CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 14

[Politik] Cahaya di hujung terowong : Pendaftaran MN penamat pertelingkahan UMNO, Pas. Syu

[Copy link]
Post time 20-10-2020 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Pendaftaran MN penamat pertelingkahan UMNO, Pas
NURHIDAYAH HAIROM | | 20 Oktober 2020


Ahmad Maslan meluahkan rasa syukur menerusi ciapan di Twitter hari ini.

SHAH ALAM - Keputusan UMNO dan Pas untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi menjadi penamat pertelingkahan dua parti Melayu terbesar negara sejak 60 tahun lalu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menzahirkan perkara itu melalui ciapan di Twitter hari ini sambil mengucapkan rasa syukur.

"Syukur Alhamdulillah. #MuafakatNasional #UMNO dan #Pas selaku dua parti #Melayu terbesar di #Malaysia membuat keputusan penting untuk didaftarkan.

"Pertelingkahan rugikan umat selama lebih 60 tahun telah berkubur untuk selamanya.

"Biarlah musuh perpaduan tidak suka. Namun kita sangat gembira," tulis beliau.

Terdahulu, MN dilaporkan akan didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas setuju daftar Muafakat Nasional secara rasmi

Persetujuan dan jaminan tersebut diberikan kepimpinan MN menerusi sekeping surat yang ditandatangani bersama wakil dua parti membabitkan Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung I dan Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung II.

Kandungan surat itu antara lain menyatakan bahawa kepimpinan kedua-dua parti telah bersetuju untuk mendaftarkan MN secara rasmi dengan RoS.

Selain itu, kepimpinan MN juga bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ampaign=Pendaftaran MN&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Muafakat membawa berkat.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tak rasa akan kekal lama, good luck je la ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:47 PM | Show all posts
belom tentu si hamzah bawah Wak Yidin akan luluskan... MN register berarti depa tak perlukan partai bunga raya bau taik ayam untuk next PRU... so masalah pembahagian kerusi lebih mudah melibatkan 2 partai dari 3 partai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
asal tak angkut dap sudah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertelingkahan rugikan umat selama lebih 60 tahun telah berkubur untuk selamanya."


Statement ....
Puiiiiii


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 20-10-2020 01:15 PM
tak rasa akan kekal lama, good luck je la ye

Umno dulu pernah tikam belakang pas mase bekerjasama.. wait and see je la. Sbb ketua pas yg skrg ni lebih kurang duniawi jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampa penyokong2 DAP yang ingat umno akan tinggalkan MN dan sertai geng pkr dan dap

Bangkem paham kekecewaan korang

Luahkanlah kekecewaan anda di thread ini.. bangkem baca sambil ketawa girang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 20-10-2020 09:15 PM
tak rasa akan kekal lama, good luck je la ye

Ok        
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 21-10-2020 07:10 PM
Umno dulu pernah tikam belakang pas mase bekerjasama.. wait and see je la. Sbb ketua pas yg skrg n ...

Lagi lagi..

Luahkan apa yang terpendam
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 21-10-2020 11:17 AM
Lagi lagi..

Luahkan apa yang terpendam

Umno mp synonym dgn kes2 rasuah.. so pas akan join sekali ke atau boleh tetap pendirian mengikut ajaran islam sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:29 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 21-10-2020 07:20 PM
Umno mp synonym dgn kes2 rasuah.. so pas akan join sekali ke atau boleh tetap pendirian mengikut a ...

teruskan..teruskan

aaahhhh.... the taste of the hater's tears


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 21-10-2020 11:29 AM
teruskan..teruskan

aaahhhh.... the taste of the hater's tears

Tu soalan.. sila jawab.. bagi pihak orang ameno..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:35 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 21-10-2020 07:33 PM
Tu soalan.. sila jawab.. bagi pihak orang ameno..

itu hari bukan main penyokong DAP suka bila ura2 umno nak bekerjasama dengan DAP


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ameno kafir di mata PAS... kini tidak lagi kerna yg menunggang dan yg dikatakan kafir tiada bezanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.112265 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list