CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5558|Reply: 48

Raja Merah, Raja Agung Terakhir Melayu Champa

  [Copy link]
Post time 20-10-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sarah82 at 20-10-2020 09:40 PM

Kerajaan Champa ni ditubuhkan pada tahun 192 Masihi dan kerajaan Melayu Champa ni berada pada puncak kegemilangan pada abad ke 7 Masihi hingga abad ke 10 Masih.

Memandangan kedudukan Kerajaan Melayu Champa ni berada di tengah2 jalan antara China dan Kepulauan Melayu (ikutkan catatan Champa dok di Kemboja dan ada juga tinggalan kerajaan ni di Vietnam), kerajaan Melayu Champa ni berperanan sebagai orang tengah dan memonopoli perdagangan rempah ratus dan sutera utk China, Kepulauan Melayu dam India.

Pada tahun 602 M-605 M, Champa ni pernah berperangan dgn tentera China dari dinasti Sui yg dikenali sebgai Kempen Linyi-Champa. Antara teknik yg Kerajaan Melayu Champa gunakan utk menentang tentera Dinasti Sui adalah menggunakan gajah. (Hari tu ada yg gelakkan bila kak sarah ckp melayu tu pakar dalam peperangan hutan dan meggunakn gajah sebagai kenderaan tentera). Walaupun dlm peperangan ni tentera Kerajaan Champa kalah tapi tentera dimasti sui juga teruk..jadi keadaan seri...dan akhirnya tentera Dinasti Sui berundur kembali ke China.

Dan semasa satu persatu kerajaan di Asia Barat dan Eropah jatuh ke tangan Tentera Merah Mongol, Kerajaan Melayu Champa menjadi penghalang kepada kemaraan tentera Merah Mongol ke Kepulauan Melayu.
Agama rasmi asal kerajaan Champa adalah Hindu ajaran Shivaisma tapi ikut pakar sejarah, sekitar abad ke 10 Masihi, Islam mula sampai ke Champa dan mula diterima sebagai agama rasmi Champa. Dipercayaan Champa adalah antara kerajaan Melayu terawal yg menerima Islam di Asia Tenggara.

Sebelum abad ke 9 Masihi, Champa mmg ada perang dgn kerajaan Khamer tapi tak melemahkan kekuatan Champa tapi bila kaum Dai Viet yg asal dari selatan China mengasaskan kerajaan Annam, kerajaan Champa selalu diserang oleh kerajaan Annam ni dan menyebabkan kerajaan Champa makin lemah dan dihimpit jauh ke selatan Indo China. Hinggalah lahirnya seorg raja Champa....

Raja Agong Terakhir kerajaan Melayu Champa.

Pada tahun 1335 Masihi, Che Bong Nga menaiki takhta pemerintahan Champa selepas ayahanda baginda iaitu Raja Tra Hoa Bo De @ Sultan Darman Syah (kalau ikut dalm Syair Siti Zubaidah Perang Cina). Dan dikatakan yg Che Bong Nga ni isteri baginda adalah Puteri kepada Raha Bharubhasa dari kerajaan Jembal kat kelantan. Nama isteri baginda adalah Dewi Nareswari (Siti Zubaidah).

Baginda tahu yg utk memgukuhkan kembali kekuatan Champa dan menjadikan kerajaan Melayu Champa sebagai kuasa ketenteraan di IndoChina adalah baginda perlu menyatukan semua kepala tentera dan juga rakyat dibawah pemerintahan baginda. Setelah perpaduan dikalangan kepada tentera dan rakyat dicapai, maka Che Bong Nga pun memulakan langkah serangan balas pertama tgerhadap kerajaan Dai Viet pada tahun 1361 dan selepas 3 tahun, pada tahun 1363 baginda berjaya menakluk Nghe An yg merupakan salah satu wilayah Dai Viet.

Satu persatu wilayah Champa yg dikuasai oleh Dai Viet jatuh semua ke tangan Champa dan semestinya semua kempen ketenteraan utk mendapatkan hak Champa diketuai sendiri oleh Che Bong Nga @ Sultan Zainal Abidin sendiri. Dan dek kerana kerajaan Dai Viet asyik kalah salah mengamuk la Maharaja depa nama Dhuong Nhut Le (1369-1371). Jadi dia suruh tentera Dai Viet balas semua tapi kalah.

Nak jadikan cerita dalam celah bedah tengah berperang tu, Maharaja Dhuang Nhut Le ni meninggal dunia. Maka berlaku la perebutan sapa nak jadi Maharaja. Gaduh la adik lelaki mendiang maharaja dgn permaisuri tentang sapa yg layak jadi maharaja...pong..pang...pong...pang... Permasuri Duong Khuong kena tangkap dalam celah tu beliau dapat melarikan diri..jadi dia pun pi la ke Kota Bal-Ngwe iaitu ibu kota Champa, jumpa dgn Che Bong Nga dan minta supaya Champa serang Dai Viet.





Sambungan kat ruang komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 20-10-2020 09:53 PM

Bila mana mendengar saja permintaan Permaisuri Duong Khuong ni apa lagi, ibarat perut kelaparan jumpa ketupat daun palas la dipagi raya, maka Che Bong Nga pun menyiapkan bala tentera Champa dan juga bantuan dari Dinasti Ming (masa ni Dinasti Ming baru ditubuhkan) maka berangkat lah Che Bong Nga ke Dai Viet dan berlaku la serangan demi serangan yg mana akhirnya kota Hanoi jatuh ke tangan Champa.

Maka Che Bong Nga pun memulihkan kekuasaan Permaisuri Duong Khuang sebagai pemerintah yg berhak.

Setelah beratus tahun berperang berbunuhan antara satu sama lain, maka hubungan politik antara Champa dan Dai Viet pulih dan amanlah mereka berdagang antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 20-10-2020 10:00 PM

Setan tu benar2 wujud bukan saja menggoda anak adam melakukan dosa tapi mengadu domba supaya anak adam bergaduh antara satu sama lain.

Selepas 2 tahun hubungan politik antara Champa dan Dai Viet aman dan rakyat kedua2 kerajaan happy sebab tak berperang, maka setan dalam bentuk manusia yg tak boleh tengok keamanan antara 2 kerajaan berjiran ni, maka berlakunya kapal Dai Viet dibakar kat pelabuhan Ba-Ngwe yg mana setan yg menjadi dalang kejadian kebakaran ni adalah pembesar Dai Viet tu sendiri..hamjada sangat kan perangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 20-10-2020 10:05 PM

Maka mengamuk la Permaisuri Duong Khuong sebab kejadian kapal dagang milik Dai Viet dibakar, maka beliau bersama 6 org saudara perempuan beliau pun mengetuai bala tentera Dai Viet dan menyerang Champa.

Dalam serangan mengejut ni, Che Bong Nga ditawan bersama 4 pengikut setia baginda, dibawa ke Hanoi dan dihukum dgn dipenjara dalam telaga beracun.

Hati isteri mana tak sedih bila tau suami sendiri ditawan oleh musuh, maka Permaisuri Siti Zubaidah pun menyamar menjadi lelaki, mengetuai sepasukan tentera Champa dan berjaya menyelamatkan suami baginda iaitu Che Bong Nga dan 4 pengikut baginda.

mujur tak jadi mcm Olga...kalau tak aku yg stress baca

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 20-10-2020 10:31 PM

Dai Viet masih tak puas hati sebab Che Bong Nga berjaya selamatkan diri, maka pada tahun 1377, Raja Tran Due Thong (bapa Duong Khuong) dibantui oleh jeneral Le Qui Ly mengetuai 120 ribu tentera Dai Viet menyerang Kota Bal-Ngwe.

Sampai saja kat kota Bal-Ngwe ni, sorg tentera Champa pi mengadap Raja Tran Due Thong yg Che Bong Nga dah larikan diri dgn segala rakyatnya...hahahahaha...gelak besar la Raja Tran ni..maka dia pun masuk ke kota Bal-Ngwe bersama2 120 ribu tentera Dai Viet....

Apa yg depa x sedar yg tentera Champa dgn arahan Che Bong Nga dok sembunyi tunggu tentera Dai Viet masuk perangkap...elok saja dah masuk...apa lagi serangan dari tentera Champa pun bermula...habis diamuknya hingga Raja Tran De Thong, para pembesar dan pengikut mati dibunuh dalam pertempuran kota Bal-Ngwe ni. dan hanya sebahagian kecik saja tentera Dai Viet yg berjaya melarikan diri dan balik ke Hanoi.

Dalam pertempuran Kota ni kita boleh tau yg baginda Sultan Zainal Abidin pentingkan keselamatan rakyat baginda yg tak berdosa, jadi baginda mengarahkan kota dikosongkan dan hanya Che Bong Nga dan tentera baginda menunggu kedatangan Raja Tran dan bala tentera beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 20-10-2020 10:52 PM

BIla saja berita tentang kematian Raja Tran ni sampai ke pengetahuan Permaisuri Duong Khuong, mengamuk la beliau. Maka dgn beliau bersama 6 saudara perempuan dia mengetuai tentera Dai Viet dan menyerang dan menghapuskan Champa once for all gitu.

Apa yg Duong Khuong tak tau, tentera melayu dari Segenting Kra dah sampai utk menguatkan lagi tentera Melayu Champa.

Dalam pertempuran kali ni, tentera Melayu Champa dan tentera Melayu Segenting Kra berjaya mengalahkan tentera Dai Viet malah berjaya menawan Permaisuri Duong Khuong dan juga 6 saudara perempuan beliau.

Doung Khuong memerluk islam dan menjadi isteri bernombor kepada Che Bong Nga.

Manakala Tra Da Hien dilantik menjadi Raja Dai Viet ni Hanoi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 10:23 PM | Show all posts

reversed tu gear masuk R , reserved tu simpanan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-10-2020 10:23 PM
reversed tu gear masuk R , reserved tu simpanan.

maaf l...sy ni SPM pun tak ambik tu bahasa inggeris salah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 10:35 PM | Show all posts
sarah82 replied at 20-10-2020 10:32 PM
maaf l...sy ni SPM pun tak ambik tu bahasa inggeris salah.

sorry gurau kasar. haha. kaka baru makan nasi ayam champa sedap bangat. ayam dia panggang. cuma sosej gulug2 pakai usus lembu tu kaka xberani makan.

sarah ada mix champa ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-10-2020 10:35 PM
sorry gurau kasar. haha. kaka baru makan nasi ayam champa sedap bangat. ayam dia panggang. c ...

tak la kaka CPS...sy tak kisah..benda betul..jadi x salah pun ditegur...hahahaha...no hal.

mix champa? dikatakan Kelantan ada byk org melayu champa dan juga pengasas  Kesultanan Aceh dari putera kepada Che Bong Nga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pada tahun 1388 lagi sekali Hanoi diserang dan ditakluk oleh tentera Champa yg diketuai oleh CHe Bong Nga. Tentera Champa menjarah harta kekayaan kota Hanoi dn dijadikan hadiah kepada Maharaja Dinasti Ming yg memerintah China pada masa tu.

Dibawah pemerintahan Che Bong Nga @ Sultan Zainal Abidin, Champa bukan saja berjaya memulihkan kekuatan sebenar mereka, tapi juga berjaya membuatkan Dai Viet terpaksa berundur ke pendalaman Indo China.

tapi setiap permulaan akan ada pengakhiranya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SYAHIDNYA SEORG RAJA AGONG.

Suatu hari dibulan Febuari 1390, Sultan Zainal Abidin ni bawa la tentera baginda untk mengawal perairan Sungai Hoang Giang.

Raja Tran De Hien (Raja Dai Viet) bila tau yg Sultan Zainal Abidin otw ke Sungai Hoang Giang, maka beliau pun antar la anak beliau iaitu Tran Khat Chan utk halang Sultan Zainal Abidin dan tentera Champa kat Sungai Hoa Trieau. Bila tentera Champa sedar kehadiran tentera Dai Viet, maka dikejar la tentera Dai Viet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg Sultan Zainal Abidin dan tentera Champa tak tau adalah seorg laksamana kepercayaan baginda iaitu Lai Khai telah mengkhianati baginda dan Champa dgn memberitahu perahu perang mana yg Sultan Zainal Abidin berada.

Tentera Dai Viet dibawah arahan Tran Khat Chan pun mengepung perahu perang baginda dan akhirnya syahid lah baginda dalam usaha melindungi kerajaan Champa dari musuh mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah syahid Che Bong Nga @ Sultan Zainal Abidin, maka kucar kacir lah pertahanan tentera Champa. Pengkhianat iaitu Laksamana La Khai pun bawa tentera champa berundur ke Kota Bal-Ngwe dgn alasan nak kebumikan jenazah baginda Sultan Zainal Abidin.

Bila dah selesai urusan kebumi almarhum Che Bong Nga, Laksamana La Khai pun tunjuk la muka dia sebenar, tujuan dia khianat adalah untuk merampas takhta kerajaan Champa.

Jadi hamjad ni berjaya menguasai kerajaan champa dan menghalau keluarga almarhum Sultan  Zainal Abidin dari tanah Champa. Hamjad ni memakai gelaran sebagai Jaya Simhavarman dan kerajaan melayu Champa semakin lemah dan akhirnya pada 1471 Masihi, kerajaan Champa ditelan sepenuhnya oleh kerajaan Dai Viet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg jadi dgn keturunan Che Bong Nga?

Dikatakan pengasas kerajaan Aceh adalah dari keturunan Che Bong Nga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nti dtg balik baca. Mlm2 ni ngntuk plak..xleh fokus .hehe..

Baidewei,ada sapa2 taw pasal sejarah "black flag" kt malaysia ni?kalau ada,bkk benang psl tu..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2020 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 21-10-2020 01:18 AM
Nti dtg balik baca. Mlm2 ni ngntuk plak..xleh fokus .hehe..

Baidewei,ada sapa2 taw pasal sejarah  ...

Black flag?  Boleh bg sipnosis sikit apa yg chuols tau
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 01:50 AM | Show all posts
bukan ke melayu champa yang bina Angkor Wat tu? Siam pulak kecoh konon diaorang yang bina.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik Sarah, nk tanya yg kita dpt tau ada sebilangan org melayu yg bukan beragama Islam terdpt di belah selatan Thai ni berasal dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Raaaajin pulak ko menulis ye sarah. Kalau pakcik tau, duluuuu lagi pakcik dah rekomen kan ko ni jadi mod kat sini ko tau. tahniah sarah tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.460692 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list