CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3391|Reply: 20

[Tempatan] Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah ditutup sepenuhnya

  [Copy link]
Post time 21-10-2020 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah ditutup sepenuhnya

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... ditutup-sepenuhnya/

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
21 Oktober 2020, 2:32 pm


JALAN Gombak Lama menghala ke Genting Sempah ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula tengah malam tadi.

GOMBAK – Laluan dari Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Sempah berhampiran Simpang Kuari ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, jalan berkenaan ditutup sepenuhnya menggunakan penghadang simen atau ‘concrete barrier’ di kedua-dua arah.

Jelasnya, tindakan tersebut dilakukan bagi mengelakkan orang ramai menggunakan laluan ini untuk merentas negeri.

“Kita telah memasang ‘concrete barrier’ sepenuhnya di kedua-dua arah laluan ini dan ia ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sehingga diberitahu kelak.

“Orang ramai yang ingin merentas negeri terutamanya ke Pahang boleh menggunakan laluan utama iaitu melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK),”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut Arifai berkata, pihaknya juga telah mengadakan sekatan jalan raya (SJR) tetap di dua lokasi iaitu di Plaza Tol Gombak di kedua-dua arah dan juga Plaza Tol Rawang Lebuh Raya Utara Selatan juga kedua-dua arah.

“Selain sekatan jalan raya tetap, kita juga turut melakukan SJR secara ‘mobile’ atau bergerak yang mana lokasinya akan berubah mengikut keperluan,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.-K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti geng basikal/motor meluat dengan retis dan batak2 socmed skrg
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Bella Daly!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:42 PM | Show all posts
Ni mesti pasal kes artis mengeletis nak berbasikal kat situ dan kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus juga lps dia pos, yg berbasikal lain pun mmg tak boleh rentas tapi degil konon nak jaga kesihatan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti retis tu rela dibenci pencinta penunggang basikal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 05:47 PM | Show all posts
Kalau boleh sekat la Selepas sungai tu supaya sy bole pgi mdi sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
akibat golongan elitis entitled menganiaya penduduk kampung...boo sama geng2 beskal hobi mahal ni...boo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 06:13 PM | Show all posts

Mesti kawan iols yg suka cycling tu menyumpah ranah kat bella dally
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:25 PM | Show all posts


xpe bawak basikal..ringan boleh angkat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:28 PM | Show all posts
kesian orang kampung yg lalu lalang kat situ
kerana seorang retis bimbo
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 21-10-2020 06:13 PM
Mesti kawan iols yg suka cycling tu menyumpah ranah kat bella dally

Kenyang sumpahan la dia arini
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak katup ker? Patut katup masa hari pertama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:04 PM | Show all posts
kenot brain seluar sendat mendat kaw2 melekap tapi pakai tudung...  kot ye pun pakai la baju labuh yang ala2 ada skirting tu...

eh, terlari topik sikit...  hampun...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:02 AM | Show all posts
Bela anak dali nya angkara la nih

mereput la ko bela anak dali
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:56 AM | Show all posts
thanx bella daily, bella weekly & bella monthly
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih la bella dally. Lepas ni kayuh ke bukit fraser pulak ye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 10:27 AM | Show all posts
bukan ke sebelum ni memang dah ade SJR kat area kuil tu?
tapi kesian la kat orang asli area situ, diorang biasa cari rezeki area sepanjang jalan tu
kena redah hutan la gamaknya.
bace statement bella kat IG, katanya x melintasi sempadan pon.
ntah ler..

btw, lalu sini malam malam hati kena kental, unless masuk konvoi sekali dengan kereta depan


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kuewTiau replied at 22-10-2020 09:27 AM
bukan ke sebelum ni memang dah ade SJR kat area kuil tu?
tapi kesian la kat orang asli area situ,  ...

Ko caya retis? Dia cakap xrentas negeri. Bangang. Pkpb takleh rentas daerah. Kalau dia kena Covid-19 baru dia tau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:48 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 22-10-2020 10:58 AM
Ko caya retis? Dia cakap xrentas negeri. Bangang. Pkpb takleh rentas daerah. Kalau dia kena Covid- ...

LOL
bace je, pucaya nye idok la. biasa la statement pertahankan diri


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.074378 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list