CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2753|Reply: 13

[Tempatan] Selipar tiruan RM4 tapi jual sehingga RM30. Bapak Yahudi....

  [Copy link]
Post time 21-10-2020 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-10-2020 10:38 AM

Selipar tiruan RM4 tapi jual sehingga RM30

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jual-sehingga-rm30

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 6:30 PM

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

ZUBIR Hamsa menunjukkan antara selipar tiruan yang dirampas dalam serbuan di stor penyimpanan di sebuah bangunan di Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur.  FOTO NURUL HIDAYAH BAHAUDIN

Kuala Lumpur: Kegiatan seorang lelaki mengaut keuntungan berganda dengan menjual selipar tiruan terbongkar apabila stor yang terletak di sebuah bangunan di Jalan Haji Taib, di sini, diserbu, hari ini.

Dalam serbuan pada 11.15 pagi itu, sebanyak 25,000 selipar tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM500,000 ditemui di lapan premis disewa lelaki berusia 36 tahun itu di bangunan berkenaan sejak hujung tahun lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur Zubir Hamsa berkata, seramai 16 pegawai dan anggotanya melakukan serbuan di lokasi terbabit selepas risikan dilakukan sejak minggu lalu.

"Kegiatan itu terbongkar selepas intipan dilakukan terhadap pemilik dan pekerja kiosk sekitar Kuala Lumpur yang mendapatkan bekalan selipar tiruan daripada lelaki berkenaan.

"Dalam serbuan ini, kami menahan lima lelaki termasuk dua lelaki masing-masing warga Indonesia dan Myanmar berusia antara 20-an hingga 30-an yang bekerja di stor terbabit selain pemiliknya yang turut berada di lokasi.

"Hasil serbuan ini, kami merampas 25,000 selipar tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM500,000," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi berkenaan, di sini.

Zubir berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mendapatkan bekalan selipar tiruan itu dari China pada harga kos RM4 hingga RM8 sepasang.

"Selipar itu kemudian dijual secara borong kepada pengedar di seluruh negara selepas ia dipromosikan melalui media sosial pada harga RM8 hingga RM30 sepasang bergantung kepada jenis dan jenama.

"Pengedar yang mendapatkan bekalan daripada lelaki terbabit akan menerima barangan melalui kiriman pos atau diambil atau dihantar sendiri oleh pengedar untuk kawasan Lembah Klang.

"Kami juga mendapati lelaki terbabit menyewa 10 premis di bangunan ini, namun hanya lapan daripadanya mempunyai barangan tiruan berkenaan," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 atas kesalahan menjual atau menawarkan atau mendedahkan bagi jualan barang-barang yang cap dagangan dipakai dengan salah merujuk kepada cap dagang berdaftar.

"Jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Zubir berkata, pihaknya menyita sebanyak 35,204 barangan bernilai RM2.46 juta bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam.

"Jumlah sitaan itu diperolehi daripada 27 kes yang disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

"Justeru, peniaga diingatkan mengelakkan diri daripada menjalankan urus niaga barang tiruan yang dipakaikan cap dagangan secara salah," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin glamer tuan. Sekali pandang macam mat sentol
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skechers pung ado jual tiruan
Harga seratus lebih
Choi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:10 PM | Show all posts
selipar Gucci kerr nokkk... kalau takat selipar gitu apa yang nak tiruannya... tu selipar biasa je... memang la harga2 around tu jerrr... cuma rm30 tu mahal sikit la... lain la dia jual rm3000 persis gucci
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:56 AM | Show all posts
maw pigi haji balik hari ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 21-10-2020 11:10 PM
selipar Gucci kerr nokkk... kalau takat selipar gitu apa yang nak tiruannya... tu selipar biasa je.. ...

30 renggek pun mahal bagi aku untuk sepasang selipar. Dok dalam jamban jer pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bata ada tiruan tak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 22-10-2020 08:56 AM
maw pigi haji balik hari ka

eh org yg buat kejahatan tkde nya pk nak pigi haji. dia pk nak foya2 zina2 yamseng2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 09:24 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 22-10-2020 09:13 AM
eh org yg buat kejahatan tkde nya pk nak pigi haji. dia pk nak foya2 zina2 yamseng2

dia tak buat jahat pun
running biz yg bg nya halal

tp illegal di sisi undang2 dunia

pulak jual harga yahudi

melambak jer biz gini kat pasar mlm

uptown bagai

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:31 AM | Show all posts
selipar brand ape tu?
aku dah 10 tahun asadi je
xkenal brand lain dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sliper bowlimg rm8 ttp dihati
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:00 AM | Show all posts
yg beli mesti jenis biar papa asal bergaya
kalau org yg mmg suka/berkemampuan, elok je pergi boutique store utk beli..
beli mahal utk kepuasan sendiri.. yg beli tiruan ni sbb nak menunjuk..

semalam pun abang iols beli satu topi, mcm topi zaman kite budak2, dia beli kat shopee dalam 10 ringgit je, dia kata tgk kedai yg spesies2 camni, jadi samapai 800 sbb barang vintage katanyerrr siap ada tagline "demo tak keney bare". kalau barang bundle lain la cite..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 03:21 PM | Show all posts
Benda sama berulang dah bertahun2 bukan benda baru.  Kalau nak ikutkan benda ni dia orang boleh stop kat port lagi tak perlu susah payah nak intip kat kedai.  Tapi kalau kat port karang rugi bab tax pula.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 03:27 PM | Show all posts
selipar apa..?

klu fitflop jual rm30 ok...rege ori rm2.3 ratus....
klu sipar coach pun ok tiruan rm30...

cuma untung dia la bnyk....beli rm4 jual rm30....

kat shopee pun bersepah barang tiruan..
contoh ID lanyard coach klu ori rm2,3 ratus....dia boleh pi jual RM40 jah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.998197 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list