View: 1175|Reply: 9
|
[Tempatan]
INFO. Cara nak akaun 'meletup' or jadi perhatian segera ialah hantar posting, ko
[Copy link]
|
|
Memang sudah jadi trend sekarang dengan posting yang mengundang kemarahan akan menyebabkan akaun media sosial akan ‘meletup’ dalam sekelip mata. #sinarharian
sinarharian.com.my
Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam kehidupan
MERAK JALANAN | | 22 Oktober 2020
Memang sudah jadi trend sekarang dengan posting yang mengundang kemarahan akan menyebabkan akaun media media sosial akan ‘meletup’ dalam sekelip mata.
Memang teruk seorang influencer kena kecam di media sosial gara-gara memuat naik status kononnya tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi ada teman wanita yang cantik.
Ada dalam kalangan netizen mengatakan tindakan tersebut seolah-olah peperiksaan tersebut tidak penting dan memberikan harapan palsu kepada bakal-bakal calon SPM.
Bagaimanapun difahamkan bahawa lelaki tersebut kini merupakan seorang usahawan yang berjaya dan sangat popular di media-media sosial.
Merak Jalanan menganggap apa yang dimuat naik itu sekadar gimik pemasaran untuk mempopularkan imej seseorang individu.
Memang sudah jadi trend sekarang dengan posting yang mengundang kemarahan akan menyebabkan akaun media sosial akan ‘meletup’ dalam sekelip mata.
Dalam ilmu media yang pernah Merak Jalanan belajar dulu, publisiti buruk adalah juga publisiti yang baik untuk menjadikan seseorang itu menjadi popular.
Pernah satu ketika dahulu, kecoh di seluruh negara apabila seorang pelanggan dari Putrajaya menghebohkan di media sosial apabila lauk ikan tongkol yang di makan di sebuah restoran di Terengganu berharga RM45.
Kontroversi itu bagaimanapun telah mempopularkan restoran tersebut dan menyebabkan lebih ramai ingin mengetahui keenakan makanan yang disajikan di situ.
Berbalik kepada isu tidak berjaya dalam SPM tetapi masih boleh mencapai kejayaan pada masa depan sebenarnya perlu dilihat dari sudut positif.
Untuk berjaya sebenarnya tiada jalan mudah baik kepada mereka yang mempunyai kelebihan dalam bidang bidang akademik ataupun bukan akademik.
Ada yang mengatakan bahawa dalam kehidupan kita ini bukan pada permulaan tetapi lihat kepada pengakhirannya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kes Mamat berlagak tu.. Aku menyampah dari dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
x perlu buat keje murahan untok jadi terkenal |
|
|
|
|
|
|
|
Yg jual perfume tiruan pon melonjak followers lepas kena serbu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang paling hebat ialah nabelah. Isu laki curang dn pukul dia masa dia tengah pantang mampu naikkan followers dia hingga sejuta lebih masa tu. Kontroversi lain2 oleh lakinya terus membuat followers dia naik dan naik. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm tips marketing
memang salah satu caranya lebih kurang mcm ni
samada ko komen provokasi
kemudian ada adegan pura-pura menyesal, mohon maaf
tak pun ko buat adegan, aksi , lakonan tahap gila-gila yg memang undang kecaman
kemudian spt diatas
ada adegan pura-pura menyesal, mohon maaf
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanya nak ckp
Manusia makin pelik
Tak tercapai akalmu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak popular kejap senang je. tapi nak menten populariti tu payah.
rakyat pun dah bijak sekarang. nak follow orang2 yang bagi manfaat je.
letih jugak kalau hari2 disuap dengan negativity dan kecaman je |
|
|
|
|
|
|
|
Naik cepat sangat turun pun cepat je bukan semua mampu maintain selamanya kalau guna cara tu |
|
|
|
|
|
|
|
Buat cerita sedih,makan megi,duit tinggal singgit,dulu org susah byk lg la cerita recycle....boring.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|