CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1739|Reply: 20

[Tempatan] Gencatan politik adalah pengorbanan UMNO

[Copy link]
Post time 22-10-2020 08:46 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - UMNO telah melakukan pengorbanan untuk kali yang kedua bagi menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi kepentingan rakyat dan negara.

Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, pengorbanan yang pertama dilakukan oleh parti tersebut ialah ketika pembentukan kerajaan PN.

OTHMAN
OTHMAN

"Kami menyokong penuh pendirian yang diambil kerana ia bukan sahaja tepat, malah amat wajar dalam suasana pada hari ini. Ini sudah tentu demi kepentingan negara dan rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa parti itu melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan.

Pendirian itu dibuat bagi memastikan kegelisahan rakyat akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

UMNO juga mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam Kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat meringankan beban yang ditanggung mereka akibat kesan ekonomi dan Covid-19.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan bahawa semua ahli politik disaran supaya melakukan gencatan politik sebagai usaha memikirkan penyelesaian terbaik bagi mensejahterakan rakyat.

Dalam pada itu, Othman berkata, tindakan itu juga amat bertepatan dengan falsafah perjuangan UMNO selama ini untuk menjaga kepentingan dan menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan negara selamat dan sejahtera.

"Inilah nilai perjuangan ABATA (agama, bangsa dan tanah air) yang mana UMNO benar-benar merealisasikan perjuangan dan menterjemahkan perjuangan melalui tindakan yang tepat serta bijaksana.

"Walaupun ada macam-macam tuduhan terhadap parti keramat ini tetapi sebenarnya UMNO telah membuktikan bahawa parti ini tidak seperti yang ditohmahkan selama ini," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk parti-parti lain untuk terus bergerak dalam satu pasukan dan menghormati kerjasama yang diberikan.

"Lihat perkara ini sebagai satu aspek positif sehinggalah kita menuju ke pilihan raya umum yang akan datang. Buat masa ini hentikan seketika berpolitik sebaliknya masa ini digunakan untuk tingkat ekonomi dan selesai masalah yang timbul," katanya.

Othman juga membidas parti-parti politik pembangkang dan menasihatkan supaya berhenti daripada menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan jahat.

"Mereka tuduh UMNO gila kuasa, lemah dan jahat. Mereka perlu hentikan perbuatan ini kerana ia memperlihatkan bahawa mereka memang ada agenda tertentu yang tidak baik untuk negara," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gorbanan-kedua-UMNO
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 08:50 AM | Show all posts
Syabas UMNO

ular menyusur akar tak akan hilang bisanya

Muhyiddin pun cukup sedar bila keluar UMNO,
dia hilang sokongan akar umbi Melayu

kewujudan PPBM hanya sementara

diyakini presiden UMNO mengambilkira pandangan majlis tertinggi
dan juga titah YDP Agong
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkah terbaik dan paling bijak. abaikan kata kata berbau hasutan dr puak yg dah tiada kuasa.
baik sumbangan kita baik lah sambutan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 22-10-2020 09:38 AM

hahaha ..  ini bukan gencatan senjata tapi menampakkan lagi kelemahan parti abah . Kemasukkan umno kejawatan2 penting menambahkan lagi cengkaman umno dalam menuntut kerusi PM selarasnya kerusi terbanyak . Selepas ini ppbm akan lebih bersikap defensif yg tentunya merugikan peringkat akar umbi dan dari teori politik , keujudan ppbm makin akan terhakis . Umno bakal memdominasi dan dah tentu memberi mesej negatif di mata rakyat . Dan dengan ramai antara pemimpin tersabit dgn kes salah laku ..  peoses pembaikan takkan mungkin berlaku diantara dalam parti maupun dlm tampuk kerajaan yg akan akan mengakibatkan kerajaan yg ada akan terus tempang . Dgn kata lain , ia bukanlah sesuatu yg baik . Rakyat bakal sekali lagi menghukum .
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tengok jer klau ada lantikan jawatan baru bagi kt puak2 umno....aku blh ckp ' gencatan politik wak luuu"
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 22-10-2020 10:42 AM

Xde mana gencatan senjata bagai ...

Ni ak x phm semenanjung..time ni msh ada selera lg btukar2 kerajaan.  Yg dh jd pm letak jawatan ngan harapan dilantik sekali...lepas tu mceceh merata2 bila org lain dilantik Pm..lepas tu bgolak sesama walau sama parti..lepas nk tukar pm lg ...

Sarawak tu tpaksa juga buat PRN sebab terpaksa...if x buat...jun 2021 sarawak xde kerajaan...

Sedangkan yg semenanjung ni...boleh tangguhpun...

Dan nk sbenarnya nk PRN sarawak dibuat pun...belah sini

Yg korg tekan sngt Sabah tu..smpai pakcik tu bubar DUN...lepas tu covid serang 1 malaysia...baru nk genjatan senjata? Sebab rakyat marahkan ..korg ingat rakyat puji la apa yg korg buat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan apa yg dh korg buat...genjatan senjata nk cakap pergorbanan...?

Ker sebab agong dah menyampah sampai nk isithar darurat

X than tgk sikap ahli politik malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 10:59 AM | Show all posts
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa parti itu melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan.
Pendirian itu dibuat bagi memastikan kegelisahan rakyat akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan
Rakyat bosan, meluat tindak-tanduk ahli politik: Sultan Selangor
ASYRAF MUHAMMAD | | 20 Oktober 2020

https://www.sinarharian.com.my/

apo bondo Zahid mu madah ni....Tuanku dah titah...baru nak buwek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 11:34 AM | Show all posts
tiada parti yang boleh berkuasa sendiri tanpa sokongan parti lain
jangan sombong sangat hokey
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:38 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 22-10-2020 12:43 PM

pengorbanan abahkau lahh..bangga sgt tunjuk gila kuasa,gila jawatan kann sampai bleh ugut2 pm..bila rakyat,sultan dah marah baru menggelupor..ujung2 buat drama berkorban demi ummah kononya nak bagi nampak suci.puuiiiihh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2020 12:56 PM | Show all posts
tripleid replied at 22-10-2020 12:38 PM
pengorbanan abahkau lahh..bangga sgt tunjuk gila kuasa,gila jawatan kann sampai bleh ugut2 pm..bila  ...

abis tu bang non al jubori x gila kuasa? dari 1998 nk jadi PM ok

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2020 12:58 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 22-10-2020 10:36 AM
Xde mana gencatan senjata bagai ...

Ni ak x phm semenanjung..time ni msh ada selera lg btukar2 ke ...

bkn gencatan senjata la tapi gencatan politik.....kau sekolah tak?

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 22-10-2020 12:56 PM
abis tu bang non al jubori x gila kuasa? dari 1998 nk jadi PM ok


Ramai yg gelabah tetek kalo bangnon jd pm sbb rmai kaki rasuahh,kleptokrat dah x boleh cari makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2020 01:44 PM | Show all posts
tripleid replied at 22-10-2020 01:40 PM
Ramai yg gelabah tetek kalo bangnon jd pm sbb rmai kaki rasuahh,kleptokrat dah x boleh cari maka ...

kakak syak tokpekkong terowong pun gelabah teluq jika abg non jadi PM kan sis? btw kes rasuah tokpekkong belum selasai lagi kan, kalau bang non jadi PM boleh lah kawtim bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 22-10-2020 01:44 PM
kakak syak tokpekkong terowong pun gelabah teluq jika abg non jadi PM kan sis? btw kes rasuah tokp ...

Kes trowong tu okt nya belum terbukti bersalah pun..duit pn xde billiom2 dlm akaum mcm kes 1mdb bossku..nk kawtim apa kalo mmg x bersalah.ko skolah x
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:01 PM | Show all posts
dizekni replied at 22-10-2020 08:50 AM
Syabas UMNO

ular menyusur akar tak akan hilang bisanya

elehh...

baru kena duga sket, tross maki serenah pesiden sendiri.
apa punya macai.
skang bila masalah da reda, terhegeh2 puji balik.
ada dna pengkhianat jugak macai umngok nih


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2020 02:03 PM | Show all posts
tripleid replied at 22-10-2020 01:58 PM
Kes trowong tu okt nya belum terbukti bersalah pun..duit pn xde billiom2 dlm akaum mcm kes 1mdb bo ...

ehh..mahkamah dah buktikan tokpekkong tak bersalah ker? setahu akak belum lagi kan...mana kau tahu dia x bersalah?  kau SRP lepas tk?

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:03 PM | Show all posts
Modngengade replied at 22-10-2020 01:44 PM
kakak syak tokpekkong terowong pun gelabah teluq jika abg non jadi PM kan sis? btw kes rasuah tokp ...

pedulik hapa tokpekkong tu nak gelabah ke tidak.
yg salah kita hukum je.
apa mau kawtim2 ??

muak da dgn geng 'skim of thing' nih.
abes suma lahanat gugur kes.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tapi tapi umno dah berpecah.. ku li etc2
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gencatan utk form gandingan baru.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073562 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list