Having said that, the fact that we are even considering to use sea water when we have tons of rivers and lakes and rain all year long, it's both sad & sounds kinda lazy/pathetic?Dan Singapore pun tak pakai air laut
Teknologi memproses air laut boleh menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di kawasan Lembah Klang.
Felo Akademi Sains, Profesor Datuk Dr Ahmad Ibrahim, teknologi membran kini semakin popular digunakan dalam rawatan air yang bermasalah.
"Seperti yang kita semua sedar, air laut adalah salah satu contoh air yang paling bermasalah di dunia untuk dimanfaatkan kerana kandungan garamnya yang tinggi.
"Walhal, air laut merupakan sumber air yang paling banyak. Alangkah eloknya kalau air laut dapat dirawat untuk digunakan sebagai air bersih.
"Akibat usaha pembangunan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatan pelbagai jenis membran, kilang penyahgaraman di dunia kini banyak menggunakan membran untuk menghapuskan unsur-unsur yang perlu dinyahkan terutamanya garam," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad yang merupakan profesor dalam pengurusan alam sekitar di Jabatan Kimia dan Petroleum, Fakulti Kejuruteraan, Teknologi dan Pembinaan Alam, Universiti UCSI berkata, hasil daripada kemajuan yang dibuat dalam reka bentuk dan operasi sistem membran, kos juga telah turun dengan banyak.
"Negara-negara yang menggunakan teknologi membran untuk menyahgaram air laut tidak lagi mengadu insiden gangguan bekalan air. Tidak ada sebab mengapa teknologi membran yang sama tidak dapat dimanfaatkan dalam perawatan air bersih kita.
"Ramai mencadangkan supaya pihak berkuasa air perlu mengamalkan pengurusan risiko yang lebih proaktif," ujar beliau.
Tambah beliau, jika teknologi rawatan air yang digunakan berkemampuan mengenyahkan semua bahan pencemar yang menimbulkan masalah itu, isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku ketika ini akan menjadi sejarah.
"Sudah sampai masanya loji rawatan air kita mengubahsuai sistem rawatan menggunakan teknologi yang lebih berkesan, seperti menggunakan teknologi membran," jelasnya.
Post time 22-10-2020 11:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah byk sgt duit ke? Bukan x de air pun...jaga je la sungai tu elok2..sita semua kilang2 punca pencemaran..penakutnya kerajaan sgor yg telus suci dan berintegrasi
Proses desalination tu telan kos yg byk di samping memerlukan tenaga yg byk dan menghasilkan bahan buangan garam yg sgt masin bercampur bahan kimia toksik yg diguna utk desalinate air laut.
sungai banyak kenapa tak uruskan sungai dengan lebih baik.
Kalau perlu buat tasik buatan, buatlah, .... rasanya bajet taklah banyak mana banding dengan nak tapis air laut untuk keperluan ramai orang dan industri dgn kuantiti yang banyak. Tapi alang-alang dah buat tu bajet sekali dengan hidroelektrik, tapi mahallah sedikit...., untuk jangka masa panjang katalah untuk ratusan tahun pun rasanya lebih baik dari buat kemudahan tapis air laut ini sahaja...
rasanya prof tu nak bisness... tapi aku personally taklah tak setuju sebab lebih baik lebih banyak sumber air sebagai persediaan kepada perkara2 yang tak menyebabkan gangguan air.. keadaan kekurangan air ini tetap akan berlaku bila penduduk dan penggunaan bertambah..
Post time 22-10-2020 11:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ok boleh teruskan bina kilang kat tepi sungai dan buang semua kotoran sampai sungai2 kita jadi level longkang. Dasar prof kangkung pembaziran je simpan prof camni kasi cadangan bodoh. Yihhh
Post time 22-10-2020 11:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mahal dan membahayakan alam sekitar. Dari sibuk bisnes air mahal ni, baik jaga sungai2 tu. Singapura negara kaya pun tak bergantung pada teknologi ni sebab mahal. Dia buat loji membrane kecik.
Post time 22-10-2020 12:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau sini gurun kontang, logiklah. ni dengan taburan hujan yang tinggi, idea ini tersangatlah tak bijak. punyalah tak nak selesaikan punca masalah tapi nak tambah lagi masalah
Relocate je mana2 kilang yang terletak berhampiran sumber air bersih, bagi sikit galakan macam pengecualian cukai untuk few months etc etc etc kalau mereka bersetuju berpindah jauh dari sumber air bersih. Ditempat baru pastikan mereka ada cara untuk process hasil buangan sendiri dan bukan salur semuanya ke sungai. Pemantauan berterusan amat penting.