CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 9

[Tempatan] Kes Covid-19 terkawal, Sarawak berdepan isu lain pulak. Wabak rabies (penyakit a

[Copy link]
Post time 22-10-2020 10:55 AM | Show all posts |Read mode


Kenyataan Akhbar KPK 22 Oktober 2020 – Situasi Terkini Rabies di Sarawak
By DG of Health on October 22, 2020       

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes rabies dalam kalangan manusia yang baru disahkan. Ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak adalah empat (4) orang pada tahun 2020. Kumulatif kes rabies di Sarawak sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017 sehingga 21 Oktober 2020 adalah sebanyak 26 kes.

Mangsa terbaharu adalah seorang wanita berumur 34 tahun. Beliau dimasukkan ke Hospital Sibu pada 12 Oktober 2020 kerana mengalami lemah pada kedua-dua belah kaki sejak lima (5) hari sebelum dimasukkan ke wad. Kes ini telah meninggal dunia pada 18 Oktober 2020 jam 11.30 pagi dengan diagnosa rabies encephalitis. Beliau telah disahkan dijangkiti virus rabies melalui ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Oktober 2020. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

Siasatan mendapati kawasan kediamannya berdekatan dengan tapak pelupusan sampah di mana terdapatnya banyak anjing liar yang berkeliaran. Beliau pernah digigit oleh anjing peliharaannya pada penghujung tahun 2018 namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan. Anjing peliharaan tersebut bebas bercampur dengan haiwan lain dan tidak pernah diberi suntikan vaksin anti-rabies. Haiwan ini telah dibunuh oleh orang awam susulan satu lagi kejadian di mana ianya telah menggigit seorang lagi individu. Walau bagaimanapun, tiada sampel dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bagi ujian pengesahan jangkitan rabies pada anjing tersebut.

KKM ingin menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada penyakit rabies:

    Cuci bahagian tubuh yang digigit anjing atau haiwan lain menggunakan air mengalir dan sabun selama 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur;
    Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika digigit oleh haiwan peliharaan yang agresif atau anjing liar, walaupun semasa negara mengalami pandemik COVID-19;
    Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan ia bercampur dengan anjing atau haiwan liar;
    Jika anjing atau kucing peliharaan didapati berubah tingkahlaku termasuk agresif, dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhampiran;
    Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
    Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan cuci tangan dengan betul menggunakan air dan sabun selepas menyentuh haiwan peliharaan.

Bagi kes ini, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk membuat penangkapan anjing di kawasan kediaman mendiang. KKM dan JKN Sarawak komited dan akan mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dilaksanakan secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
22 Oktober 2020

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa mmg Sarawak byk kali juga hadapi wabak anjing gila kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:58 AM | Show all posts
Bukan kes baru sebelum2 ni pun dah banyak kali jadi tapi macam masih tak terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:59 AM | Show all posts
anjing takkan gigit kalau penduduk pakai cawat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2020 12:20 PM | Show all posts
dulu dh ada gesaan anjing perlu vaksin
tapi kebanyakan pemilik anjing degil tak nak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tau ade wabak rabies kenapa tak buat vaksin besar2an kat semua anjing liar? anjing bertuan, tuan dia la tanggung. sama jugak cam kucing. orang bela ko nak bela, suruh vaksin taknak. mati kena parvo meroyan gila babi sedih dah jaga tatang macam anak sendiri la hape.  vaksin yg murah tu pon kedekut nak buat. banda boleh elak sendiri cari nahas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 02:32 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 22-10-2020 01:46 PM
dah tau ade wabak rabies kenapa tak buat vaksin besar2an kat semua anjing liar? anjing bertuan, tuan ...

Kat seluruh srwak mmg dah buat prog vaksinasi free utk pemilik haiwan dan penangkapan anjing2 liar yg x bertuan. Mungkin ada beberapa yg terlepas atau ada juga tuan anjing xnak gi vaksin anjing peliharaannya. Mmg rabies ni wabak di srwak start naik balik last year lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik lamanya. Dia kena gigit tahun 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2020 03:21 PM | Show all posts
         


Siasatan mendapati kawasan kediamannya berdekatan dengan tapak pelupusan sampah di mana terdapatnya banyak anjing liar yang berkeliaran. Beliau pernah digigit oleh anjing peliharaannya pada penghujung tahun 2018 namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan. Anjing peliharaan tersebut bebas bercampur dengan haiwan lain dan tidak pernah diberi suntikan vaksin anti-rabies. Haiwan ini telah dibunuh oleh orang awam susulan satu lagi kejadian di mana ianya telah menggigit seorang lagi individu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 22-10-2020 02:32 PM
Kat seluruh srwak mmg dah buat prog vaksinasi free utk pemilik haiwan dan penangkapan anjing2 liar ...

erk free pon taknak? set2 antivax ke apooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.086455 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list