CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2424|Reply: 29

[Tempatan] Pusat hiburan karaoke terkesan. Pengunjung tak boleh dtg melalak mcm biasa

[Copy link]
Post time 22-10-2020 11:20 AM | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
'Perit buat kami' | Berita Harian
4 minutes

KUALA LUMPUR: Menyifatkan situasi dialami memeritkan, pengusaha pusat hiburan karaoke yang sebelum ini ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akur tiga bulan selepas dibuka semula pada 15 Julai lalu, operasi terpaksa 'direhatkan' lagi akibat penularan COVID-19.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuat kuasa kerajaan sehingga 27 Oktober memaksa operator pusat hiburan karaoke menutup premis masing-masing, biarpun dibeban kos penyelenggaraan peralatan dan lebih penting, tenaga kerja yang bergantung harap kepada pusat hiburan itu.

Umpama belum sempat menarik nafas lega, pengusaha karaoke terpaksa menyusun strategi mempertahankan perniagaan dalam situasi tidak menentu akibat penularan COVID-19.

Tiada pilihan, apatah lagi memikirkan aspek keselamatan pengunjung perlu diberi perhatian utama, pengusaha karaoke reda berdepan ujian biarpun resah mengenang prospek perniagaan pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Music Box Karaoke, Michael Yong, berkata syarikat terpaksa akur dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mahu premis ditutup sepanjang PKPB.

"Sebaik PKPB dikuat kuasa, kami tidak dibenarkan beroperasi kerana premis terletak di bawah kategori pusat hiburan.

"Ibarat 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'. Semua pihak berdepan kesulitan ketika pandemik ini menjelma. Begitu juga kami. Tiada daya bagi kami kerana apa yang diputuskan kerajaan adalah demi kebaikan bersama," katanya kepada BH Online.

Ditanya apakah penutupan sementara pusat karaoke boleh memberi kesan buruk kepada kewangan syarikat malah tidak keterlaluan menghadapi kemungkinan 'gulung tikar', Yong bagaimanapun menjelaskan, Music Box Karaoke masih mampu bertahan.

"Situasi yang kita alami ini cukup memeritkan namun perlu diteruskan. Apatah lagi untuk meneruskan kelangsungan semua pihak yang bergantung harap kepada Music Box Karaoke.

"Kita berharap dalam tempoh dua minggu PKPB berkuat kuasa, kes musibah COVID-19 dapat dikawal semula. Jika kami dibenarkan beroperasi semula, datanglah beri sokongan kepada kami," katanya.

Yong berkata, sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuat kuasa, perniagaan mula menunjukkan peningkatan.

"Boleh dikatakan aliran masuk dan perniagaan kembali okay 100 peratus seperti sebelum PKP. Namun, tiba-tiba, datang pula PKPB," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Red Box, Giovann Ng mengaku situasi getir ketika ini cukup pahit untuk ditelan.

"Malangnya, kita berdepan dengan gelombang ketiga pandemik COVID-19. Ini detik mencabar buat kami hingga akur terpaksa menutup operasi premis di Lembah Klang sekali lagi.

"Hakikat impak pandemik ini terhadap perniagaan ini tidak boleh diduga.

"Namun, pada masa sama, kami faham situasi semasa membabitkan penularan COVID-19 semakin teruk. Lalu sama-sama kita bekerjasama dengan kerajaan untuk mencegah situasi ini daripada tidak terkawal," katanya.

Giovann berkata, soal keselamatan dan nyawa pelanggan serta staf cukup penting buat syarikat.

"Sepanjang PKPB, kami akan terus melakukan operasi pembersihan premis sebelum dibenarkan beroperasi semula.

"Selama tempoh dibenarkan beroperasi, kami tidak pernah mengambil mudah dalam soal prosedur operasi standard (SOP).

"Baik dalam aspek penjarakan fizikal, sistem pendaftaran dan sanitasi, semuanya terus dipraktikkan setiap masa," katanya yang menguruskan lapan cawangan dengan 200 pekerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 11:23 AM | Show all posts
lama wehh tak karok.. time pkp bukak youtube karok kat umah sorang2 je la.. hahha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Last time aku pi karok masa aku belajar dulu.. Teman kwn2 aku pi karok.. Depa menyanyi aku dengar.. Aku pening sbb bising.

Apa pun kesan covid-19 ni mmg teruk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:50 AM | Show all posts
Semua industri juga terkesan... jNgan lah pengusaha KOROK mahu feeling victim sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:59 AM | Show all posts
white_musk replied at 22-10-2020 11:50 AM
Semua industri juga terkesan... jNgan lah pengusaha KOROK mahu feeling victim sahaja...

khuenz, iols lebih simpati dgn peniaga-peniaga kecil yang terkesan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:00 PM | Show all posts
elok di tutup shj pusat2 hiburan..terima kasih covid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Melalak je la kt umah. Apa ssh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pusat ulut(pegang2)pon boleh ma..apa pasal nyanyi saja tableh...nyanyi talak pegang2 olang ma....@#&@℅
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 12:05 PM | Show all posts
Semua jenis perniagaan terjejas terus nak2 dah masuk gelombang ke 3 melanda.  Yang mana masih boleh bertahan masa mula dulu pun sekarang dah mula goyah.  Nak pulak tempat tumpuan perniagaan semuanya dah bertukar warna merah.  Yang duduk dirumah pun bila lama sangat boleh stress nak gi karok dah kena tutup sebab pkp apa tah lagi nak ke mall atau makan diluar.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:07 PM | Show all posts
Beli je set karoke. karok la puas2 kat rumah. sekarang ada bluetooth speaker and microphone. RM89 je. puas hati. macam buat konsert. tapi jangan plak karok malam2 and pagi2. kesian kat jiran sama
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
siputpepel replied at 22-10-2020 12:07 PM
Beli je set karoke. karok la puas2 kat rumah. sekarang ada bluetooth speaker and microphone. RM89 je ...

Betul. Lagik mahal lagik sedap sound. Boleh melalak puas2 di rumah takyah kongsi mic dengan strangers yang ntah2 bawak virus C19.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2020 12:18 PM | Show all posts
kalau shopping complex taraf biasa-biasa
ditengah-tengah tu ada pusat karaoke
tu dipanggil karaoke jamban
aku tak tahu dari mana istilah tu
mungkin sebab dia buat satu-satu unit
rupa mcm jamban
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 22-10-2020 12:18 PM
kalau shopping complex taraf biasa-biasa
ditengah-tengah tu ada pusat karaoke
tu dipanggil karaok ...

Jamming Band..tu jadi jamban!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 22-10-2020 12:18 PM
kalau shopping complex taraf biasa-biasa
ditengah-tengah tu ada pusat karaoke
tu dipanggil karaok ...

Jamming Band..tu jadi jamban!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 22-10-2020 12:18 PM
kalau shopping complex taraf biasa-biasa
ditengah-tengah tu ada pusat karaoke
tu dipanggil karaok ...

Jamming Band..tu jadi jamban!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:35 PM | Show all posts
R2D2 replied at 22-10-2020 12:18 PM
kalau shopping complex taraf biasa-biasa
ditengah-tengah tu ada pusat karaoke
tu dipanggil karaok ...

Karoke jamban tu dia dalam bilik kecik macam kotak ja. sebijik macam jamban orang dulu2 kat luar rumah tu. dulu masa sekolah rajin la p. satu lagu rm1 je. boleh masuk 2-3 orang sebab kecik
sekarang takde dah kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 01:36 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-10-2020 12:14 PM
Betul. Lagik mahal lagik sedap sound. Boleh melalak puas2 di rumah takyah kongsi mic dengan strang ...

Hahah sekali pakej terpercik ailiooo. eeeeew
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih jimat karok kt rmh. Nyanyi la smpai lebam
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:45 PM | Show all posts
lama gile dah x karok.. haha.. last tahun 2013 mungkin... bila lalu pusat karok mcm nak menjejakkan kaki tapi x jadi. last2 PKP mmg teros xde lah...

impak covid ni mmg ketara kt semua... bertabahlah memasing
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kejirananku ada jiran cina kawin ppuan vietnam.. tengahari buta berkaraoke lagu viet. sedih betul lagunya.. ntah sbb belum lunch ke.. atau pkp ni rindu kg halaman
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.097788 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list