Kangar: Seorang tukang urut wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Behor Temak, pada 16 Oktober lalu.
Tertuduh, Suryati Salleh, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan di sebuah rumah di Taman Jaya Diri, Behor Temak pada 11.20 malam 16 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Wan Nursyaheedah Wan Najmi dan Nur Diyana Ab Shukor.
Wan Nursyaheedah dalam rayuannya memohon tertuduh dikenakan hukuman ringan berikutan hanya bekerja sebagai tukang urut di sebuah spa dan menyara tujuh anak berusia antara tiga hingga 17 tahun.
Kamaliza kemudian menetapkan tertuduh didenda RM4,000 dan sekiranya gagal membayar denda dia akan dipenjara selama lapan bulan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 2:07 PM
Post time 22-10-2020 02:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ymur 37 ada anak umur 17..tu diaa.. Nikah awal.. Awat la ang x buat offer mobile spa ke rumah.. Kwn aku ibu tunggal juga.. Anak 2..bekas suami serupa haramjadah.. Dah bercerai nafkah anak tak bagi..demi rezeki utk anak2 sakan kwn aku pi berurut org....sekali urut dia caj rm70 biasanya aku ambik sekali dgn bekam lagi.
Nak cari rezeki halal ni ada saja merata2..cuma kena usaha lebih sikit.