CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12255|Reply: 176

[Tempatan] Perempuan tanpa dosa:Murid Ini Pernah Tular Sebab Jaga Ibu Sakit. Malam Tadi Ib

[Copy link]
Post time 23-10-2020 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kisah murid ini pernah tular sekitar Mei lalu apabila tidak menjejakkan kaki ke sekolah sejak Januari kerana terpaksa menjaga dan menguruskan ibunya yang saklt.

Di usia yang masih mentah, Nor Syafira Mohd Razali, 11, sudah menggalas tanggungjawab sebagai tempat berpaut buat ibunya, Norhayati Che Noh, 45.

Namun takdir Allah penentu segala apabila ibu tercinta pergi mengadap Ilahi malam tadi.

” Umi ada berpesan agar saya jaga diri dengan baik dan kami sama-sama menangis ketika itu kerana umi memang sudah berasakan hayatnya tidak lama,” kata Syafira.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kini hidup sebatang kara apabila ibunya yang menderlta pnyakit darah tinggi, knclng manis kronik dan buah pinggang meninggaI dunia di Hspital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, malam tadi.

Kisah Nor Syafira yang menjaga ibunya yang sakit sehingga menyebabkannya terpaksa ‘ponteng’ sekolah sepanjang tahun ini pernah dipaparkan dalam akhbar sebelum ini dan mengundang hiba ramai pihak.

Nor Syafira berkata, sebelum dimasukkan ke HRPZ II, ibunya mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat selama seminggu dan sepanjang tempoh itu dia sentiasa berada di sisi arwh.

” Umi meminta kebenaran doktor untuk pulang kerana rindukan rumah kami dan ketika berada di rumah lah dia sempat menitipkan pesanan itu dan kami sama-sama menangls.

” Keesokan harinya keadaan umi kembali kritikal sebelum segera dirujuk ke HRPZ II dan selepas 10 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (lCU), umi menghembuskan nafas terakhir malam tadi kira-kira 7.40 malam,” katanya dalam nada sebak.

NorSyafira ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dalam Rhu di sini selepas mengiringi jenazah ibunya ke Tanah Perkburan Islam Kbur Dato’ berkata, dia buntu dan masih belum membuat keputusan ingin menetap bersama siapa.

Ada pihak mahu ambil tinggal bersama

Dia yang juga murid Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 1 berkata, ada beberapa pihak yang sudi menjemputnya tinggal bersama namun rasa sayang terhadap rumah yang didiami bersama arwh ibu membuatkannya berat kerana tidak sanggup melupakan segala kenangan bersama.

” Saya sayangkan rumah ini kerana ia baru sahaja dibaiki dan banyak kenangan bersama umi disebabkan umi yang membesarkan saya berseorangan selepas bercerai dengan ayah 11 tahun lalu.

” Selain terlalu rindukan umi, hati saya juga meronta untuk kembali bersekolah kerana sudah hampir setahun meninggalkan alam persekolahan,” kata anak tunggal itu.

Sementara itu wakil kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed berkata, Nor Syafira akan diletakkan di bawah jagaan pihaknya kerana selama hayat arwh Norhayati, segala kebajikan dua beranak itu di bawah tanggungjawab mereka.

” Kami akan menguruskan proses penjagaan Nor Syafira dan membuat pertukaran sekolah dengan mencari sekolah harian yang mempunyai asrama.

” Kami juga akan sentiasa memantau perkembangan Nor Syafira sehingga dia menamatkan pengajian dan mampu berdikari suatu hari nanti,” katanya.

Sumber:asiakini

Al Fatihah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kecik lagi i just cant
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau dia pilih nk duduk dgn siapa pun aku doakan adik ni sentiasa dilindungi dan besar jadi orang yg berjaya dunia akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
hebatnya dugaan dia
aku pun x mampu nak carry ujian mcm ni
semoga anak ini dapat kehidupan yg sempurna dan dilindungi insan yg ikhlas menjaga dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedehnya, ayhnya mana tak munculkah dah lama cerai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:15 AM | Show all posts
sedihnya.. tinggal lah dia sebatang kara..
Allah swt.. Kau permudahkan lah hidupnya.. murahkan lah rezeki nya
moga dia tabah mengharungi hidup  bersama-sama insan disekeliling nya.


mak dia diceraikan 11 tahun dulu? dia pun umur 11 tahun.. mmg cilaka punya bapak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila.dpt.mcm2.bantuan.nnt
Tengok2 bapak dia datamg nak bela sebab duit
Ahhh.sudahhh

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg baik2 aje utk ank ini
Utk 'arwah' bapak dia, semoga xkan muncul terus, mereput la nkau!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 23-10-2020 06:20 AM
Bila.dpt.mcm2.bantuan.nnt
Tengok2 bapak dia datamg nak bela sebab duit
Ahhh.sudahhh

Part ni aku menyampahh..dunia mcm tu laaaa.. dan dan nakkk sgt anak tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dia tabah.. dia mmg kuat, selama ni mak dia jd kekuatan dia.. aku rasa dia akan tabah sgt teruskan hidup, walaupun nanti dia akan rasa sunyi dan rindukan mak dia.. harap dia berjaya dlm pelajaran, kerjaya dan jumpa jodoh yg baik, ada keluarga mertua yg baik dan kasihkan dia sbg pengganti kasih syg ibu bapa dia.. aminn
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya,. kuatnya dugaanmu  anak,semoga Allah pelihara dirimu dr kejahatan dunia, dipermudahkan segalanya dan berjumpa dgn org2 baik je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:52 AM | Show all posts
shernazz replied at 23-10-2020 06:20 AM
Bila.dpt.mcm2.bantuan.nnt
Tengok2 bapak dia datamg nak bela sebab duit
Ahhh.sudahhh

Itulah.. Karang ramai yg amik kesempatan......... Moga dipermudahkan urusan utk adik ini............. Moga roh arwah ibunya dicucuri rahmat.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tetibe muncul pulak bapak dia udahhh...pastu bapak dia playvictim..acah2 cakap dia ada Hak atas adik ni..wali bagai
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Meruntun jiwa baca kisah anak ni
Arwah mak dia pun bukan tua sgt. Mana sedara mara mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 23-10-2020 06:07 AM
Sedehnya, ayhnya mana tak munculkah dah lama cerai...

Dah mampusss.....

Nati bila adik ni dah berjaya, mengesot ngesot ngaku anak dia.....dah berbelas tahun cari tapi tak jumpa....

Yg dia puk* ompuan je.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
moga dia jumpa otg yg sygkan dia dan berjaya dlm hidup dia..mesti lg tindu kt mak dia kalau stay situ lg .
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Be strong dekk
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebak........
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Si bapak dia nie jantan ker apo.. Mana tanggungjawab ko.. Harap adik nie berjaya n jgn plop bapak ngaku anak plop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.256746 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list