CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7628|Reply: 69

[Tempatan] Masih ramai penjawat awam tak guna LPPSA sebab tak faham kelebihannya

  [Copy link]
Post time 23-10-2020 11:13 AM | Show all posts |Read mode
msn.com
Ramai tak tahu kelebihan lppsa
Muhamaad Razis Ismail 3 hrs ago
6-8 minutes


MASIH terdapat dalam kalangan kakitangan kerajaan belum menggunakan kemudahan pinjaman disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk memiliki kediaman pertama.

Perkara ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tentang kemudahan itu atau tidak mahu mengambil peluang menggunakan keistimewaan disediakan khas kepada kakitangan awam oleh pihak kerajaan kerana tidak nampak manfaatnya.

Naib Pengerusi Koperasi Hartanah Anggun Bhd (KOHAB) Datin Khairunnisa Liyana Azani berkata, terdapat banyak kelebihan membuat pinjaman perumahan di LPPSA dalam merealisasikan impian memperoleh rumah pertama sebagai permulaan pemilikan aset terutama golongan B40.

Katanya, antara ditawarkan kadar faedah tetap empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.

"Selain itu, menerusi LPPSA, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak dua kali seumur hidup bergantung kepada had kelayakan pinjaman perumahan atas faktor kenaikan gaji yang berlaku setiap tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.

"Pada masa sama, biarpun disenaraihitamkan apabila nama dimasukkan sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (Ctos), mereka masih lagi layak membuat pinjaman menerusi LPPSA.

"Malah bagi mereka yang berdepan masalah kadar keberhutangan yang tinggi juga masih layak untuk memohon pinjaman di bawah LPPSA selagi belum diisytiharkan bankrap di Jabatan Insolvensi Malaysia," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Apa yang menarik katanya, bagi pinjaman di bawah LPPSA, penilaian semakan kelayakan hanya dibuat berdasarkan apa yang tercatat di dalam penyata gaji tanpa mengambil kira sebarang komitmen luar seperti pinjaman bank dan ini antara kelebihan pinjaman LPPSA kerana ia menaikkan kelayakan pinjaman mereka dan membolehkan mereka membeli rumah melalui LPPSA berbanding bank.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan kakitangan awam yang tidak mengetahui mengenai kelebihan pinjaman LPPSA ini dan sanggup membuat pinjaman bank bagi rumah pertama kerana mahu menyimpan kelayakan membeli rumah lebih besar dan selesa seperti diidamkan sedangkan mereka ada kelayakan pinjaman LPPSA yang mampu menawarkan pinjaman perumahan lebih baik setanding pinjaman bank.

"Melalui pemilikan rumah di bawah KOHAB, setiap bakal pembeli mendapat rundingan dan nasihat hartanah terbaik oleh konsultan hartanah KOHAB dalam menggunakan peluang keemasan dan keistimewaan disediakan oleh LPPSA menggunakan kelayakan pinjaman semasa dengan kaedah pelaburan hartanah.

"Kemahiran kita adalah membantu menguruskan pinjaman serta memudahkan mereka memiliki aset hartanah pertama, contohnya kakitangan kerajaan bergaji bersih RM1,500 sudah layak memiliki rumah berharga RM250,000 bergantung kepada pengiraan had kelayakan pinjaman perumahan," katanya.

Menurutnya, di KOHAB pembeli boleh membuat permohonan menerusi Skim Zero Deposit Plus dengan syarat perlu berjawatan tetap dan disahkan penjawatan.

"Kakitangan kerajaan yang disenarai hitam masih layak mohon pinjaman LPPSA. Kita akan semak kelayakan secara percuma melalui penyata gaji terkini.

"Apabila layak, kita akan cadangkan projek perumahan di bawah KOHAB yang sesuai dengan kelayakan pemohon," katanya.

Bagaimanapun, sekiranya pemohon ingin memiliki kediaman lebih tinggi berbanding kelayakannya, konsultan hartanah di KOHAB akan membantu memberi nasihat terbaik melalui kaedah pelaburan hartanah bagi membantu mereka memiliki aset hartanah pertama dan menjana pendapatan melalui rumah sendiri sehingga mampu menambah aset di masa hadapan dengan hanya bermula melalui pembelian tanpa sebarang kos di bawah skim Zero Deposit Plus ditawarkan oleh KOHAB.

"Contohnya kelayakan RM250,000 tapi pemohon inginkan rumah RM300,000 di Selangor. Logiknya dalam tempoh lima ke 10 tahun ke hadapan belum tentu ada jaminan pemohon akan mempunyai kelayakan miliki rumah berharga RM300,000 itu atas faktor penambahan usia dan pembayaran insurans tinggi dan perlu diketahui harga rumah semakin meningkat setiap tahun dan pada masa kelayakan mencukupi rumah tersebut berkemungkinan meningkat harga.

"Oleh itu, kita ajar bagaimana pemohon boleh menggunakan kelayakan sedia ada untuk miliki rumah sebagai pelaburan tanpa perlu mengeluarkan wang dan akhirnya kediaman itu menjadi miliknya," katanya.

Khairunnisa Liyana berkata, sehingga kini hampir 3,000 kakitangan kerajaan dibantu dalam tempoh tiga tahun ini oleh KOHAB untuk miliki kediaman sendiri sesuai dengan saranan dan akta 502 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang mana galakan koperasi bekerjasama atau berniaga sesama ahli koperasi.

"Rata-rata mereka memberi maklum balas positif. Malah ada juga yang ingin buat pinjaman kedua untuk miliki rumah sebagai pelaburan dan kita bantu periksa kelayakan dan cadangkan projek yang sesuai," katanya.

Di KOHAB selain pembelian rumah tanpa deposit, menerusi skim Zero Deposit Plus ditawarkan setiap pembeli menerima bon saham RM1,000 sekali gus menjadi ahli koperasi secara automatik.

"Sebagai ahli anda akan menikmati pelbagai manfaat di bawah koperasi seperti dividen dan berpeluang menjalankan perniagaan dengan hartanah di bawah KOHAB melalui didikan menerusi Program Pembangunan Usahawan Hartanah KOHAB.

"Di KOHAB kita bukan hanya sekadar koperasi biasa malah turut membuka peluang kepada ahlinya mencipta kerjaya dan pendapatan besar dalam bidang hartanah dalam konteks keusahawanan bermula sebagai ahli sehinggalah menjadi seorang pemaju perumahan," katanya.

Meskipun pandemik Covid 19 masih lagi berlarutan untuk satu tempoh panjang namun ia sebenarnya peluang terbaik yang seharusnya direbut oleh kakitangan kerajaan kerana melalui KOHAB anda bukan sahaja mampu menyediakan rumah idaman untuk keluarga tercinta tetapi mampu mencipta pendapatan melalui hartanah.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 11:26 AM | Show all posts
bukan dorang xnak buat skrg kan rate bank rendah...gunalah bank dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:44 AM | Show all posts
sebab ramai pelabur hartanah suruh beli guna loan bank lepas dh labur baru hentak akaun lppsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:14 PM | Show all posts
aku dh guna..beli tanah...tp utk buat rumah blm lagi...klu gaji bersih rm1500 blh beli umah rm250000...nak mkn apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-10-2020 11:26 AM
bukan dorang xnak buat skrg kan rate bank rendah...gunalah bank dulu

Bukan dpat rendah dari rate 3%. Pastu bank ni pon byk yg snyap. Kita da pm kasi docs, ujung2 snyap. Better lg berususan dgn lpps
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 23-10-2020 02:14 PM
aku dh guna..beli tanah...tp utk buat rumah blm lagi...klu gaji bersih rm1500 blh beli umah rm250000 ...

Klau kite gun loan lppaa, then quit gov kita kena byar interest rate 7% ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 02:33 PM | Show all posts
caprut replied at 23-10-2020 02:27 PM
Klau kite gun loan lppaa, then quit gov kita kena byar interest rate 7% ek

ye ke....mak oi mahalnye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:01 PM | Show all posts
aku marah lg dgn lppsa

pasal tak bagi moratorium

baru nak beli pulut dakap sampai ke leher
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 23-10-2020 02:33 PM
ye ke....mak oi mahalnye...

Tu nk kepastian
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:40 PM | Show all posts
nak tanya la...kalau dah guna lppsa utk beli rumah, boleh tak guna sekali lagi kemudahan lppsa ni utk renovate?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh rasanya selagi kita x habiskan guna had pinjaman
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:05 PM | Show all posts
lurve82 replied at 23-10-2020 02:14 PM
aku dh guna..beli tanah...tp utk buat rumah blm lagi...klu gaji bersih rm1500 blh beli umah rm250000 ...

Samalah kita.. beli tanah sawah hampir 2 relung melalui lppsa.. bulan2 potong rm 400++.. ingat nak pakai sikit tanah tu nak buat rumah.. tak terbuat lagi sebab jauh dari tempat kerja.. skrg ni makan hasil sawah je setahun 2 kali.. taklah dpt byk mana pun tapi oklah ada hasil dari buat potongan gaji buta je 30 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 23-10-2020 03:40 PM
nak tanya la...kalau dah guna lppsa utk beli rumah, boleh tak guna sekali lagi kemudahan lppsa ni ut ...

boleh pi mohon skang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 23-10-2020 02:26 PM
Bukan dpat rendah dari rate 3%. Pastu bank ni pon byk yg snyap. Kita da pm kasi docs, ujung2 snyap ...

Loan aku dpt 2.58%.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 23-10-2020 02:27 PM
Klau kite gun loan lppaa, then quit gov kita kena byar interest rate 7% ek

Yup, keluar gomen otomatik naik 7%....sbb tu aku amik loan bank utk rumah 1st aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 23-10-2020 09:24 PM
Loan aku dpt 2.58%.....

Aku x dpt pon. Mgkin hrga rumah ko mahal kot. Aku nk mnta bwah rm300k pling rendah pon 3.6%. Btw, btol ke klo nak elak dari interest rate 7% sbelom quit cari loan bank dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 23-10-2020 10:07 PM
Aku x dpt pon. Mgkin hrga rumah ko mahal kot. Aku nk mnta bwah rm300k pling rendah pon 3.6%. Btw,  ...

Yg aku tau interest rate tu bank bagi ikut rating credit kita kan....yg aku tau agen umah aku ckp rating aku A+ sbb tu bank bagi rate rendah....  X tau lah btol ke x....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Agent suka pakai loan bank sbb cepat and now rate lebih rendah .Lppsa lama n lambat ..Masa nak close deal tu jadi panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 23-10-2020 10:54 PM
Agent suka pakai loan bank sbb cepat and now rate lebih rendah .Lppsa lama n lambat ..Masa nak close ...

Ntahla, aku rasa lg sng lppsa kot. Loan bank apak susah. Kita tnya pegawai bank pon dorg acuh tak acuh je jwab. Kita wasap tnjuk slip gaji pastu snyap. Kalao x lepas cko jela x lpas. Kol susah, bila dtg nk tnya itu ini mcm nk xnk jwab je. Better lg kol lppsa, smooth je jwab, angkt fon pon sng. Mgkin hrga rumab aku bwah rm300k kot tu gaji pula rendah tu dorg like, ada aku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Td tgk pay slip. Byk kurang dh bhgn gaji bersih. Bye2 cik mora
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.487989 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list