CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

[Tempatan] Peniaga rugi RM62,340 kena tipu aplikasi 'Rela'

[Copy link]
Post time 23-10-2020 11:43 AM | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
Peniaga rugi RM62,340 ditipu permainan 'Rela'
Nur Izzati Mohamad
2 minutes

BUTTERWORTH: Terpedaya bermain permainan dalam talian kononnya menawarkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat mengakibatkan peniaga barangan kecantikan kerugian RM62,340 ditipu penganjur permainan berkenaan.

Mangsa wanita berusia 42 tahun dari Sungai Dua di sini, tertarik untuk bermain permainan secara dalam talian pada 16 Oktober lalu selepas melayari aplikasi 'Rela' sebelum berkenalan dengan seorang penganjur wanita tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa berkomunikasi dengan penganjur melalui WhatsApp sebelum ditawarkan permainan yang boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.

"Mangsa diumpan dengan keuntungan awal berjumlah RM6,820, lalu tertarik dengan pelawaan itu.

"Namun untuk meneruskan permainan itu ke peringkat selanjutnya mangsa perlu membuat beberapa bayaran tambahan.

"Mangsa melakukan 10 transaksi kemasukan wang kepada tujuh akaun bank diberikan suspek yang kesemuanya berjumlah RM62,340 dari 16 hingga 22 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa akhirnya sedar dirinya ditipu selepas penganjur permainan itu gagal dihubungi.

"Mangsa datang membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut.

"Polis masih menjalankan siasatan bagi memperoleh maklumat akaun individu terbabit," katanya.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak mudah terjebak dengan sindiket permainan dalam talian kerana tiada permainan dapat memberi keuntungan mudah dalam tempoh singkat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.456950 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list