CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14425|Reply: 122

Edisi Ujian: Artis dan Sakit, Berjuang,Menyerah dan Kematian

  [Copy link]
Post time 23-10-2020 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BarbiePink at 23-10-2020 12:03 PM

Salam Jumaat uols.iols saja buka topik ni.mereka dikenali tapi mereka jugak manusia biasa yang tak terlepas dari kesakitan dan berjuang meneruskan hidup.andai mereka tidak lagi berdaya melawan penyakit mungkin segalanya terserah pada takdir.

semoga dengan perkongsian ini kita sebagai warga forum dapat memberi kata-kata semangat,sokongan dan berdoa untuk mereka.manakala yang telah kembali kerahmatullah kita sedekah al-fatihah

senarai artis yang sakit,berjuang dan menyerah

1.Datin Orchid Abdullah
- menghidap penyakit tumor yg dikenali "paraganglioma" bagaimana pun beliau meningal dunia pada 13 may 2011

2.Yasmin Ahmad
-meninggal dunia akibat pendarahan otak setelah dilaporkan  mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

3.Puteri Balqis
-sedang berjuang melawan kanser yang sebelum ini dikatakan menghadapi masalah jantung.

4.Elyana
-sedang berjuang dan kuat menempuh ujian melawan keran beliau menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap 4

5.Ardell Aryana
-dikatakan menghidap penyakit kanser tahap tiga,namun Ardell berkata biarlah  ia menjadi hal peribadinya.

6.Mak Jah
-menghidap barah rahim tahap pertama  walaubagaimana syukur awal tahun ni disahkan pulih sepenuhnya

7. Wafa Abdul Kadir

-menghidap kanser ovari dan kanser peritoneal tahap 4.wafa tewas dan meninggal dunia  15 mac 2019 yang lalu

8.Zaleha Hamid
-kini terlantar selepas diserang angin ahmar

maya matahari,ary malik jugak meninggal disebabkan kanser

itu saja iols senaraikan setakat ini.so mana2 forumer nak tambah silakan.jom doakan yang mana2 sedang sakit sekarang supaya cepat sembuh


Maya Matahari dan Ary Malik





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Azreen manan, nasier wahab pun kanser ke kalau tak silap iolls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts


PELAKON Nazim Othman mengimbas kembali momen ketika mendapat tahu dirinya disahkan mengidap ketumbuhan dibahagian otak empat tahun lalu.
Nazim berkongsi kisah itu menerusi akaun Instagramnya beserta foto yang dimuat naik semalam.
Coretan Nazim juga jelas menggambarkan perasaan dirinya yang bercampur-baur ketika berita itu disampaikan kepadanya.
“2015: Still remember this? Masa doktor bagitau that I had a brain tumor, my world bertukar menjadi gerhana dengan serta merta.

“Takut, sedih, kecewa, pilu dan macam-macam lagi menyelubungi hidup buat seketika. I redha but I refused to give up.
“After 3 hours of surgery, 14 days of hospitalisation and 100% determination to survive, Alhamdulillah, Allah makbulkan doa I. I’m a survivor. You don't know how brave you are until being brave is all you got,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen di posting berkenaan dipenuhi dengan ucapan dan kata-kata semangat kerana kekuatan Nazim melawan kesakitannya.
Terdahulu, Terdahulu, Nazim Othman disahkan mengidap ketumbuhan dibahagian otaknya pada Mac 2015.
Sebelum membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya pada ketika itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts


KUALA LUMPUR: Nasib penyanyi veteran, Zaleha Hamid, 65, yang kian uzur dan hanya terlantar selepas diserang penyakit angin ahmar mendapat pembelaan.

Keadaan kesihatannya yang semakin merosot mendapat perhatian ramai pihak. Sebelum ini, penyanyi lagu Dangdut Reggae masih boleh berbual dalam sebutan pelat dan sepatah demi sepatah, kini tidak lagi.


Tiada sepatah pun perkataan terkeluar dari mulutnya, dia hanya mampu mengerdipkan mata sebagai tanda isyarat, sejak dua bulan lalu.

Wanita kelahiran Sungai Pinang, Pulau Pinang yang sudah lima dekad bergelar penyanyi diserang penyakit angin ahmar sekembali dari program realiti, Gegar Vaganza musim keenam pada pertengahan Disember lalu.

Pada awal serangan, wajahnya senget sebelah hingga pertuturan menjadi pelat. Kaki dan tangan kanan pula kejang dan tidak bergerak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi memberitahu, penyanyi dangdut, Melayu Deli dan Hindustan itu sudah lama dalam pemerhatian persatuan.

"Bagaimanapun, kami tidak boleh merentas negeri sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, jadi usaha membantunya agak terbatas.

"Perancangan sudah ada, cuma menanti masa yang sesuai menziarahi Zaleha di Johor Bahru. SENIMAN mempunyai 7,000 artis berdaftar untuk diberi perhatian seluruh negara. Nama Zaleha dalam senarai penerima bantuan.

"Kami bukan mahu melengah-lengahkan bantuan, tetapi situasi sekarang jadi penghalang pergerakan. Mengharungi sekatan jalan raya dan merentas negeri menjadi cabaran besar," katanya kepada BH Online.

Zed berkata, SENIMAN mempunyai dana diagihkan pada fasa pertama dan kedua tempoh PKP.

"Namun, kami tidak lagi mampu menyalurkan bantuan pada fasa seterusnya. SENIMAN ada menerima barangan keperluan daripada Mercy Malaysia untuk diagihkan, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, kami tak boleh mengagihkannya sembarangan. Ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menekankan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang perlu dipatuhi. Mereka mahukan senarai nama, kad pengenalan dan butiran peribadi setiap penerima bantuan," katanya.

Sementara itu, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah sudah menyalurkan bantuan kepada Zaleha menerusi program Tautan Kasih Sumbangan Amal anjurannya.

Biarpun mengetahui persatuan dan banyak individu tampil menghulurkan bantuan, Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2016 dan 2017 itu tetap melaksanakan usaha murni bersama rakan-rakannya.

"Saya tak dapat bergerak ke Johor Bahru melawat Zaleha, tetapi saya cari alternatif lain dengan menggunakan khidmat penghantaran terus kepadanya.

"Selain saluran bantuan barangan asas, saya ada mengirimkan duit belanja menampung keperluannya," katanya.

Penyanyi lagu Miss Diva itu berkata, biarpun sudah tidak lagi menyandang jawatan Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia, tetapi dirinya tetap selesa membantu artis dangdut dan veteran.

"Keadaan Zaleha amat uzur. Tubuhnya semakin melidi disebabkan hanya minum susu dan tidak mampu menjamah sebarang makanan.

"Saya sentiasa mendoakan Zaleha sembuh dan dipermudahkan segala urusan," katanya.

Sementara itu, pelakon, Betty Banafe bersama sukarelawan Jom Sedekah Banafe Team menziarahi dan menghulur sumbangan kepada Zaleha, hari ini.

"Saya dan keluarga akan cuba meringankan bebanan Zaleha. Saya simpati melihat keadaan yang uzur dan memerlukan penjagaan rapi.

"Saya akan membelikan barangan keperluan dan ubatan buatnya. Minggu depan saya akan menziarahinya lagi, insya-Allah.

"Jika diizinkan Allah, saya nak mengajak rakan artis lain seperti Rahmat Mega dan Ayai Ilusi turut serta," katanya.

Credit to berita harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
snowater replied at 23-10-2020 12:27 PM
Azreen manan, nasier wahab pun kanser ke kalau tak silap iolls

Nanti iols cuba tepek ya.tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1990-an, Azreen Manan, 41, meninggal dunia kira-kira jam 1.06 tengah hari tadi akibat penyakit kanser serviks.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga dan teman rapat di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.


Menurut suaminya, Shah, 41, Azreen meninggal dalam keadaan tenang di sisi keluarga dan teman rapat.

Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya, untuk disembahyangkan, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, selepas solat Asar.

Azreen disahkan menghidap kanser serviks tahap empat sejak dua tahun lalu. Beliau pernah menjalani pembedahan membuang ovari, namun, akhir tahun lalu, sel barah menyerang lagi dan beralih ke kaki.

Azreen atau nama sebenarnya Azrina Abdul Manan dikenali sebagai penyanyi pada usia 12 tahun apabila tampil bersama album sulung pada 1989. Antara lagu popularnya ialah Semalam Yang Berlalu.

Beliau juga pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Asia Bagus pada 1992, yang menyaksikan bintang Indonesia, Krisdayanti, muncul juara.

Setahun kemudian, Azreen dipilih membintangi filem Azizah The Lagend bersama-sama Badrul Muhayat dan Wafa Abdul Kadir.

Berita pemergian Azreen turut dikongsi beberapa teman artis seperti Erra Fazira, Zarina Zainuddin dan Nourul Depp.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 12:48 PM | Show all posts
Edited by watachiwa at 23-10-2020 01:42 PM


penulis lirik lagu dayang yg citer mak leha tu ye tak? yg reporter tu ke bukan gak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mak benjy uolllssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Azean mak benji mana????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 23-10-2020 12:53 PM
mak benjy uolllssss

Tq kejap lgi I tepek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts


Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.25 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.
Allahyarhamah menderita sejak lapan tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.
Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.
Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Jenazah Allahyarhamah dibawa ke kediaman keluarganya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut wakil keluarga Allahyarhamah, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara, Petaling Jaya dan kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
watachiwa replied at 23-10-2020 12:48 PM
hazami kanser jugak kan?
penulis lirik lagu dayang yg citer mak leha tu pon kalo x silap. yg report ...

Hazami mana tu chouls?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
watachiwa replied at 23-10-2020 12:48 PM
hazami kanser jugak kan?
penulis lirik lagu dayang yg citer mak leha tu pon kalo x silap. yg report ...

Hazami katakanlah tu ke... kanser apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Enot pun cancer dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahyarhamah Maimom mutalib.. pelakon serba boleh.. kelakar, jahat, sedih.. rahsiakan sakit drpd public..

Yang tak sakit biasanya self claim sakit.. yg betul2 sakit, tau2 pergi je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:41 PM | Show all posts
RumiMenari replied at 23-10-2020 01:31 PM
Hazami katakanlah tu ke... kanser apa?

iols gugel deny lak sakit kanser usus. sat la nak edit post td. kang kene saman plok

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 01:44 PM | Show all posts
RumiMenari replied at 23-10-2020 01:31 PM
Hazami katakanlah tu ke... kanser apa?

ni ade sangkal so kire silap iols lah ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
shima - sakit saraf, sakit belakang
zaiton sameon - accident
aida agil - sakit saraf

ada a few iols dah lupa yang masuk segmen gv kongsi rezeki musim lepas
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
awie - sakit misteri

boleh gitu?

macam tiap2 tahun jah keluar berita heshe sakit tapi tak tahu sakit apo
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah sharifah aini - Pulmonary fibrosis kalau x silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.089639 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list