CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12014|Reply: 161

[Tempatan] Ribuan terima kasih Anwar Ibrahim.Tindakan kamu untuk menggugat kerajaan sehingg

  [Copy link]
Post time 25-10-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DARURAT COVID-19 : Pilihan Munasabah Jika Ganggu Gugat Politik Berterusan

1. Pembangkang dijangka akan menggunakan peluang sidang Parlimen bulan depan untuk menentang Belanjawan 2021 sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

2. Seandainya gerakan politik itu berlaku, PM harus membuat pilihan, iaitu:

i. Letak jawatan; atau

ii. Bubar Parlimen.

3. Jika pilihan (i) letak jawatan dibuat, YDP Agong perlu memilih PM baharu. Akan tetapi, berikutan di pihak Pembangkang pun tidak ada majoriti, siapa yang layak untuk diangkat sebagai PM
baharu? Maka situasi ini akan memungkinkan pilihan (ii) dilaksanakan.

4. Melihat kepada situasi semasa wabak COVID-19, majoriti Rakyat menolak usaha pilihan raya umum (PRU) diadakan. Ia langkah tidak popular.

5. Maka pilihan terakhir bagi menstabilkan keadaan adalah Pengisytiharan DARURAT COVID-19.

6. DARURAT COVID-19 ini tidak sama sebagaimana yang digambarkan oleh puak puak Pembangkang. Ia lebih kepada untuk mengelak berlakunya pilihan raya umum, yang akan menjadi penyebab peningkatan wabak COVID-19.

7. Kerajaan tidak akan melaksanakan perintah berkurung (curfew) dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa. Hanya persidangan Parlimen, himpunan politik massa dan perarakan atau kempen skala besar yang tidak dibenarkan dalam tempoh darurat.

Ribuan terima kasih Anwar Ibrahim. Tindakan kamu untuk menggugat kerajaan yang bertungkus lumus nak selamatkan negara terhadap ancaman COVID-19 telah berjaya – sehingga kerajaan
tiada pilihan. Sikap tamak haloba, rakus telah membuahkan hasil apa?

#PoliticalLockdown

Tulisan ini adalah lanjutan tulisan awal saya bertajuk “Proklamasi Darurat Jalan Keluar Tangani Covid-19” (Berita Harian, 14 Oktober 2020). Ketika saya mengemukakan cadangan Proklamasi Darurat Covid-19 dibawah Perkara 150 bagi menghadapi wabak tersebut, ramai yang khuatir kalau-kalau ia membawa kepada pentadbiran diktator. Kerisauan ini berlaku kerana darurat seringkali dikaitkan dengan kekacauan yang memerlukan pemerintahan yang sangat tegas dan keras.

Bahkan ada yang menimbulkan kerisauan akan berlakunya berlakunya rusuhan seperti zaman darurat peristiwa 13 Mei 1969 jika Darurat Covid-19 dikuatkuasakan. Hakikatnya, rusuhan kaum 13 Mei bukannya berlaku kerana pengisytiharan darurat, sebaliknya darurat diisytiharkan bagi menamatkan rusuhan. Sejarah membuktikan bahawa proklamasi darurat berjaya memainkan peranan sebagai jalan keluar kepada masalah sedemikian.

Dari sudut yang lain pula, darurat bukan sahaja dibenarkan bagi menangani masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Perkara 150 secara jelas menyebut bahawa “jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”
Soal ekonomi disebut secara jelas sebagai salah satu sebab yang membolehkan darurat diisytiharkan.

Dalam satu kes mahkamah (kes Stephen Kaling Ningkan lwn Kerajaan Malaysia [1968]), Majlis Privi telah menyebut antara lain bahawa Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan membolehkan darurat diisytiharkan dalam skop situasi yang luas iaitu termasuklah perkara-perkara seperti peperangan, kebuluran, gempa bumi, banjir, jangkitan penyakit, dan keruntuhan kerajaan sivil.

Melihat kepada hakikat ini, pengisytaharan darurat bagi mengatasi wabak Covid-19 bukan satu masalah dari sudut Perlembagaan.
Ada juga yang membayangkan bahawa proklamasi darurat akan menyebabkan negara diperintah oleh pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah berkurung. Tanggapan ini jauh dari hakikat sebenar. Dari sudut pemerintahan, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak akan mengubah bentuk pemerintahan sedia ada.
Kerajaan tetap boleh berfungsi seperti biasa kerana perubahan fungsi kerajaan di peringkat kementarian dan negeri-negeri tidak diperlukan bagi menangani Covid-19.
Apa yang berlaku ialah pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani Covid-19. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan, peranan aktif MKN telah digerakkan untuk menangani wabak ini. Tetapi dari sudut kuasanya agak kurang jelas dan janggal. Masalah ini dapat diatasi dengan proklamasi darurat. Hal ini telah saya perincikan dalam tulisan yang lepas.

Selain itu, ada juga yang menganggap bahawa Proklamasi Darurat Covid-19 akan menyebabkan negara berada di bawah pemerintahan MAGERAN atau Majlis Gerakan Negara seperti yang berlaku selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Persepsi ini juga menambahkan ketakutan kepada Proklamasi Darurat Covid-19. Istilah MAGERAN atau seumpamanya tidak wujud dalam Perkara 150. Ia ditubuhkan bagi membantu Pengarah Gerakan Negara yang diberi kuasa oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk melaksanakan kuasa-kuasa perlu dalam tempoh darurat.
Soalnya apa perlunya MAGERAN pada hari ini, sedangkan kita sudah ada MKN? MKN ditubuhkan pada bulan Julai 1971 setelah MAGERAN dibubarkan pada tahun yang sama. MKN diberi peranan untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah ordinan-ordinan Darurat dan perintah-perintah di bawahnya.

Pada tahun 1979, fungsi dan punca kuasa MKN kemudiannya dikemaskini melalui Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979. Kedudukan ini berkekalan sehingga darurat ditamatkan secara rasmi dan akta ini dimansuhkan pada 21 Jun 2012. Pada hari ini MKN melaksanakan kuasanya secara lebih jelas dan tersusun melalui akta khusus iaitu Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776).

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa darurat yang diisytiharkan pada tahun 1969 berkuatkuasa secara rasmi dalam tempoh 43 tahun sehingga ia ditamatkan secara rasmi pada tahun 2012. Dalam tempoh berkenaan beberapa ordinan darurat dikekalkan dan digunakan oleh kerajaan dalam pendakwaan dan pentadbiran. Hakikat ini membuktikan bahawa kedudukan negara dalam keadaan darurat bukanlah satu masalah sehingga boleh menghakis amalan demokrasi dan perlindungan hak asasi rakyat.
Oleh yang demikian, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak perlu menjadi satu polemik atau ketakutan kepada rakyat Malaysia.

Kita mengharapkan dengan diisytiharkan Darurat Covid-19, penguatkuasaan peraturan dan arahan berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 termasuklah melalui Perintah Kawalan Pergerakan dan langkah-langkah lain dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Selain itu, ia juga mampu menyediakan mekanisme yang dapat mengelakkan rakyak terjebak dalam pilihan raya umum dalam tempoh wabak ini.
Mudah-mudahan negara kita dan dunia segera dikeluarkan dari dugaan dan cabaran wabak yang luar biasa ini.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
FELO PENYELIDIK (UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBANGAAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
17 OKTOBER 2020

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka. siapa suruh Mahathir pecat diri sendiri.  hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg cakap rakyat pilih political lockdown darurat politik bagai? Memandai je abahcow. Dahlah menipu konon ada 2 pilihan saja. Apa teruknya dan kesannya kepada pandemic kalau parlimen bersidang dan ada undi tak percaya? Nothing. Tapi abahcow mungkin takleh jadi PM. Tu je. Abahcow no egg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa aje yg melayan anwar ni....rakyat x kisah pun apa dia kata... cuma penyokong kecil dia je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Assumption yg kata Anwar xde majoriti tu unfair...
Macam kes Mahathir resign dulu la, Agong gigih tanya sorang2 MP....maknanya kali ni kena buat benda sama lah sebab ada MP yg dulu sokong PN dah berubah hati.
Tapi cai PN x nak la semua tu sbb setiap langkah mesti nak favor diorang aja...guna excuse covid bagai utk darurat. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluar jel buat huruhara negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar meminjam jawapan Menteri Undang2

Tujuan pembangkang hanyalah mahu membuktikan kelemahan kerajaan.

“Kalau gagal, ia kegagalan kerajaan, bukan pembangkang. Kami hanya ambil kesempatan membuktikan kerajaan ini lemah, itu tujuan pembangkang,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan pembangkang seperti mempermainkan nasib golongan kurang bernasib baik, beliau berkata, meluluskan belanjawan adalah tanggungjawab kerajaan, bukan pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kat porem tak tau sejarah, tak tau undang2 pun ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 08:56 AM | Show all posts
harizs replied at 25-10-2020 07:49 AM
padan muka. siapa suruh Mahathir pecat diri sendiri.  hehe

hehe kat belakang ayat tu yg best ....hehehehe tu le punca chaos, sebelum tu - digasak betubi tubi bila nak serah jawatan PM kan? tu yg Sheraton move  tu semua....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul politicians ni semua..semoga kena covid ..bertelagah walapon dh nk msuk kubur sekor2.malu kat negara luar..ekonomi merudum gara2 bala covid tambah lg politik negara yg tak stabil ..tolong la fokus pd ekonomi dan covid dulu..kesiankan rakyat dan kkm.korang reta dh ckup 7 keturunan nak apa lg..ish geram betul lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg menyusahkan semburit ni...dulu duk desak tunm serah jawatan PM sampai org tua surrender tk fikir panjang. Sekarang tengah wabak ekonomi down, desak muhyiddin turun pulak, konon ada majoriti. Kalau betul ada majoriti ydpa confirm terima cadangan, ni tak rahsia2. Mana la org nk percaya lantik ko jd PM. Seriously menyusahkan dan sesuai dilaknat semburit ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-10-2020 07:53 AM
Siapa yg cakap rakyat pilih political lockdown darurat politik bagai? Memandai je abahcow. Dahlah me ...

Aku tak pilih pun politiclockdown.. Politik meme taik
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun saya bukanlah gemar sgt dgn Anwar tp vote of confidence tu bukan sesuatu yg illegal. Kita pun tak tau dgn pasti dia ada atau tidak majoriti tu selagi belum dibuat vote of confidence kpd PM. Tp kalau betul apa yg dispekulasi iaitu perisytiharan darurat nak dibuat utk halang proses yg sah di sisi perlembagaan ini, maka mekanisme perisytiharan darurat tu disalahgunakan.

Mmg Anwar tu byk yg boleh dipersalahkan dlm karier politik dia. Tp dlm hal vote of confidence ni, menyalahkan Anwar sbg punca perisytiharan darurat "terpaksa" dibuat adalah sama mcm seseorg merompak barang kemas org lain dgn alasan siapa suruh miliki barang kemas, kan dah terpaksa rompak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 25-10-2020 08:56 AM
hehe kat belakang ayat tu yg best ....hehehehe tu le punca chaos, sebelum tu - digasak betubi tubi ...

X perlu tabayyun ke asbab kenapa persoalan bila nk serah jawatan tu Puan MBBS? Ke mmg xder asbab?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ANWART! ANWART! ANWART!

Burrpppppppppp

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 10:02 AM | Show all posts
segelintir yang buat gila babee lapar jawatan.  habis semua affected. padan muka.  lagi senang nak kelulusan belanja..  nganga laaa geng hancing...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 25-10-2020 09:28 AM
Walaupun saya bukanlah gemar sgt dgn Anwar tp vote of confidence tu bukan sesuatu yg illegal. Kita p ...

Ntah lah, aku x nmpk apa yg salah dgn undi x percaya or undi xnk bagi bajet lulus....apsal plak nk takut bajet x lulus kalau btol ada majoriti,yer dok.....

Kalau dah tau xder majoriti undur jer secara terhormat....

Isu siapa pengganti? Yg tu serahkanlah kpd kebijaksanaan YDPA dan MRRM

Apapun aku suka quote statement Menteri Undang2 dari PAS yg aku yakin faqih dan wara'

Ni statememt dia : "Tujuan pembangkang hanyalah mahu membuktikan kelemahan kerajaan.

“Kalau gagal, ia kegagalan kerajaan, bukan pembangkang. Kami hanya ambil kesempatan membuktikan kerajaan ini lemah, itu tujuan pembangkang,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan pembangkang seperti mempermainkan nasib golongan kurang bernasib baik, beliau berkata, meluluskan belanjawan adalah tanggungjawab kerajaan, bukan pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 10:28 AM | Show all posts
sebagai rakyat aku memilih darurat.
please, silakan Agong dan ATM ambil alih.

aku nak tengok politikus dan pencacai politaik demokrasi,
kena terajang dengan askar
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp btul la kalau suruh muhyiddin turun sape nk jadi pm? Nk buat pru? Parti skrang pun byk yg lompat2. Lgpun aku sbg pengundi pun boring nk vote, nnt dh vote main lompat2 parti plak pastu. Buang masa aku je
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 25-10-2020 08:19 AM
Assumption yg kata Anwar xde majoriti tu unfair...
Macam kes Mahathir resign dulu la, Agong gigih t ...

Covid19 is not an excuse, Covid19 is a real thing. Sad to say, but it's real.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.100427 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list