CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9879|Reply: 134

[Tempatan] Ya Allah kasihannya, mengalir air mata netizen... Saksikan video pakcik ini dayu

  [Copy link]
Post time 25-10-2020 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 25-10-2020 03:06 AM

Covid-19: Penduduk kejar Polis Marin kerana tiada makanan
2020-10-24

[youtube]nxkqYz7cLd4[/youtube]
SEORANG penduduk di Kampung Halo, Semporna, Sabah terpaksa mengejar Polis Marin bagi mendapatkan bekalan makanan yang terputus ketika negeri itu berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, seorang lelaki terpaksa mendayung sampan mengejar pihak berkuasa berkenaan.

Ketika bertemu pihak berkuasa, lelaki berkenaan memohon maaf kerana terpaksa melanggar PKPB, ekoran telah terputus bekalan makanan.

“27 buah rumah semuanya, kami tiada bantuan tuan.

“Kami tiada makanan tuan…sebab itu kami terpaksa turun ke Laut.

“Kalau ada bantuan yang diberikan kerajaan, kami ikut dan patuh dengan peraturan PKPD,” katanya dalam video itu

Berdasarkan rakaman video yang dirakam pihak berkuasa itu, lelaki berkenaan bernama Ladja.

Rakaman video itu dipercayai dirakamkan oleh pihak berkuasa pada 19 Oktober lalu.

Melalui rakaman video itu juga, kampung berkenaan berada di bawah Kluster Bangau-Bangau dalam daerah Semporna.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.

Hari ini, kerajaan bersetuju PKPB di Seluruh Sabah bermula 27 Oktober hingga 9 November depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian, hari ini.

Pihak berkuasa kemudiannya menghantar bantuan makanan ke perkampungan berkenaan.

Dalam rakaman itu pihak berkuasa memaklumkan segelintir masyarakat itu tercicir daripada bancian untuk mendapat bantuan.

Perumahan atas air itu didiami masyarakat Bajau Pala’u.-Malaysiapost

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapiee afdol mana????

Oh lupaaa...  Private jet tak boleh landing kat situ... Itu yang tak sampai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 25-10-2020 10:51 AM
Sapiee afdol mana????

Oh lupaaa...  Private jet tak boleh landing kat situ... Itu yang tak sampa ...

Uolls jangan sebut2 nama si pie apdol tuu, nnti x pasal2 ayam PH meroyann
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 10:53 AM | Show all posts
PACIK LADJA MENYERAH DIRI DENGAN PASUKAN POLIS MARIN
96,981 views • Oct 22, 2020

Baru-baru ini tular satu video dari bot ronda Polis Marin RH47 di mana terdapat penduduk kawasan zone merah kluster bangau-bangau kg halo datang seorang lelaki menaiki sampan berdayung menghampiri bot Polis Marin yang melakukan operasi pemantauan OP BENTENG di perairan PKPD.

Rayuan pacik ladja merupakan rayuan sebahagian saudara-saudara di daerah Semporna yang menjalankan kehidupan sebagai nelayan yang tinggal di rumah2 atas air tiada kemudahan jambatan untuk perhubungan dengan tanah besar semporna.

Pacik ladja juga menggunakan perahu yang sudah uzur dan dimasuki air laut di dalamnya semasa berdayung menghampiri bot polis Marin yang sedang bertugas membuat rondaan di kawasan PKPD.

Polis marin yang bertugas dengan segera bertindak terus merakam video permintaan dari pacik Ladja.

Alhamdulillah maklumat tersebut terus sampai ke wasap. Aku terus menghubungi adik My Tiong Nirma Majinji selaku Coordinator dari (Hugs Project) daerah semporna, merasa terharu dengan tindakan yang dibuat oleh pihak pasukan polis marin.

Dengan segera, My tiong mengatur bantuan untuk dihulur ke kawasan yang seperti dimaklumkan oleh pacik Ladja.

Lebih kurang jam 3 petang baru air pasang, Sampai disana pengagihan dibuat mengikut seperti apa yg dirancang. Pasukan Polis Marin bersama bot esscom serta dengan rasa tanggungjawab mengiringi pihak NGO untuk mengagihkan bantuan bagi mempastikan pembahagian berjalan lancar seterusnya menjaga keselamatan.

Pihak Hugs_Project dan seluruh gabungan NGO yang ada di semporna mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Pasukan Polis Marin semporna yang telah menyampaikan informasi masalah kehidupan masyarakat yang terkesan akibat wabak covid-19 terutama masyarakat Bajau laut ( pala'u ) yang serba serbi ketinggalan dengan arus kemodenan informasi terkini.

Daripada informasi tersebutlah pihak NGO dapat melaksanakan tanggungjawab berkesan untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan bantuan dan tidak tersasar daripada tujuan asal pihak NGO.

Nur Shakirah
1 day ago
Mengalir air mata tgk...  Sesusah2 kita yg di darat ney kan... Susah lg utk dorang yg di laut... Salute and truly respect to mr. Ladja for his effort to try reaching the marin. Disebabkan dia semua 27 rumah dapat bantuan.... Tq semua yg terlibat... Teruskan usaha dan perjuangan kamu
since 1997
20 hours ago
"Kami tiada makanan tuan. Sebab itu la kami turun ke laut.. kalau ada bantuan di bagi oleh kerajaan kami tidak akan turun ke laut. Kami ikut dan patuh peraturan pkpd"
Devi Annamalai
23 hours ago
Terus menangis tengok video ni.  God bless all those who are lending a helping hand
Mr. Kungkurad
14 hours ago (edited)
Kesiannya, orang politik pula sibuk mengurus kedudukan,  sedangkan rakyat menderita. Sudah2 tu, biarlah kerajaan yang sedia ada menumpukan sepenuhnya mengurus masalah covid ini...semoga kita semua diberkati..
Tak sampai hati copy paste semua komentar netizen yang majoritinya mengatakan mereka mengalirkan air mata melihat video ini!

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
MAKLUMAT TAMBAHAN untuk TT,

Nama        YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
Parti        WARISAN
Tempat Duduk        G-4
Parlimen        P189
Kawasan        SEMPORNA
Negeri        Sabah
No. Telefon        088-369826
No. Faks        088-435350
Email        cmo.ppns@gmail.com
Alamat Surat-menyurat        Pejabat Ketua Menteri,Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 32 & 32, Blok A, Pusat Pentadbiran NegerI Sabah(PPNS),Jalan Sulaman,88400 Kota Kinabalu, SABAH.

P.s, momod nak tacang bolehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 10:59 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 25-10-2020 03:10 AM

Abah gagal mengekang penyebaran Covid-19, terutama di Sabah...

Ini menyebabkan PKPD dan akhirnya rakyat menderita terputus bekalan makanan!

Jangan ada rakyat Malaysia yang menderita kebuluran ya Abah...

#MuhyiddinOut

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2020 11:01 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 25-10-2020 03:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah lagi mengalir ayaq mata jantan aku depan forum

Sialan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ala anggap jela tercicir, ketua kampung cari insentif pergi cari. ha sape suh 22 bln aritu x jaga hati atuk, sape suh simpan backstabber azmin ali as kawan dulu ( jgn lupa pkr dap dulu la start2 main guling org tanpa p/raya cth ex mb selangor, padahal kwn sendiri tu) , klu jaga hati atuk dulu xde la jd 22 bln, sabar je menanti p/raya akan dtg. 22 bln aritu rmi je kn tercicir bantuan. xpyh berlagak suci sgt. dari ke bn, ph, pn all same la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu aku penah bgthu sampai diaorg dtg rumah minta beras, minyak masak masa pkp hri tu tpi ada forumer x percaya
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 bagi bantuan makanan berkhasiat bukan dipenuhi graham crackers, biskut marie, choki2 atau susu pekat manis...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
politaik ni elok mati je.
dah prn pun tk tau nk jaga kebajikan rakyat.
ya. mungkin ada diantaranya pati..
hidup atas air je.
tp dia org pun manusia. ada nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam keadaan terdesak, pakcik tu masih ikut SOP memakai mask (walaupun kat dagu)

Mana pegi geng kempen (tak kiralah parti apa) yang dari seantero Malaysia masuk ke pulau-pulau di Sabah hari tu? Berbondong up status kat WhatsApp konon datang membantu rakyat Sabah! Ambil gambar sedang hulur bantuan!

Pthuiiii!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:21 AM | Show all posts
anggap ja tercicir. itu pun bodo xtau pikir. otak kat lutut...yg bergerak ketua kampung laa. bongok
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:29 AM | Show all posts
kalau boleh janganlah hari tu saja dibantu, hari lain pun datang lagi dan lagi...mengalir airmataku sambil menulis komen ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pie bedal gagal total

mujur la dah kena tendang tak jadi KM lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam klar kat berita Beria me nangis..
Nape nak salahkan pm sedangkan kat kwsan tu Ada wakil rakyat..
Choiii.semua nak dipolitikkn..
Wakil rakyat bodoh...xtau nasib rakyat..
Lelas ke neraka la x jadi pemimpin yg adil
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:38 AM | Show all posts
Menitik air mata mama tengok depa... Kesian sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihhhh !! Palahu ni bangsa2 stateless d semporna. Cuma yelah, WN ke BWN ke, semua perlu makan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-10-2020 11:02 AM
Tak pernah lagi mengalir ayaq mata jantan aku depan forum

Sialan...

Same here. Teriak wehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.149739 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list