CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3536|Reply: 27

[Tempatan] Dulunya Senior Manager, kini buka business sendiri, usahawan 17 kereta sewa

[Copy link]
Post time 25-10-2020 04:00 PM | Show all posts |Read mode
freemalaysiatoday.com
Dari pengurus senior, Basharulhizam kini usahawan kereta sewa berjaya
Wan Feeza Rahim
October 25, 2020 7:55 AM



KUALA LUMPUR: Dahulu, rutin hariannya padat, bangun seawal subuh meredah sesaknya lalu-lintas. Berpusu-pusu mengejar waktu agar tidak terlewat masuk ke pejabat. Pulangnya dari pejabat tanpa nampak mentari, langit kelam hanya kelihatan bintang. Sekali lagi dia meredah pekatnya malam, bersama yang lain menuju kembali kepada keluarga sebelum esok rutin yang sama diulang semula.

Itulah rutin hariannya setiap hari. Walau lelah dia sudah terbiasa, apatah lagi menjawat antara posisi tertinggi dalam syarikat kecantikan terulung di Malaysia.

Basharulhizam Ishak, 47 akui bukan mudah mendaki jawatan yang pernah disandangnya dahulu. Banyak ilmu dan pengalaman suka duka adalah asam garam dalam dunia pekerjaan. Berbaloi dengan usaha, kehidupannya juga mewah tanpa ada cacat cela.

Namun, setelah 13 tahun bekerja, Basharulhizam akhirnya nekad untuk menerima tawaran “Voluntary Separation Scheme” (VSS) yang ditawar syarikat.


Antara kereta-kereta sewa Bash yang berjumlah 17 unit kesemuanya. (Gambar Basharulhizam)

“Mungkin sudah tiba masanya saya harus berehat dari kerja makan gaji. Lagi pula waktu itu saya tidak berapa sihat kerana pernah diserang sakit jantung pada 2013 sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Memang bukan mudah apatah lagi sudah 13 tahun bersama syarikat tetapi saya redha, mungkin rezeki saya di sana sampai di situ. Saya percaya, setiap yang terjadi tersedia hikmah yang tersendiri,” ujar anak kelahiran Bidor, Perak ini.

Bertitik-tolak dari situ, selepas menamatkan kerjayanya dengan jawatan terakhir sebagai “Senior Manager Supply Planning” pada 2016, Basharulhizam atau dikenali dengan nama Bash oleh rakan-rakannya, kemudian menjalankan perniagaan kereta sewa, “Break Away Rent A Car” (BARAC).

“Pada mulanya saya dan rakan berbincang ingin membuat projek berniaga itik panggang untuk bazar Ramadhan. Sambil berborak dari situ datang pula idea membuat perniagaan kereta sewa. Lagi pula perniagaan kereta sewa adalah “cash flow business” dan ia perniagaan yang cepat berkembang.

“Paling penting, ia berkait rapat dengan hobi saya yang suka mengayuh basikal. Bila balik dari menghantar kereta sewa, saya akan mengayuh untuk pulang ke rumah,” cerita Bash yang aktif dengan sukan berbasikal.

Nekad, dengan pengalaman 13 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran, Basharulhizam terus memulakan perniagaan, melabur sebanyak RM120,000 dia membeli tiga buah kereta iaitu Beza, Myvi dan Izora. Untuk memasarkan perniagaannya, dia menjadi pemandu Uber selama setahun sambil meneruskan perniagaan kereta sewa.

“Menjadi pemandu Uber beri saya lebih banyak peluang untuk berjumpa dengan ramai pelanggan dan dari situ perniagaan saya terus berkembang. Keuntungan yang saya dapat dari Uber juga agak lumayan. Sehinggalah di tahun kedua iaitu 2018, apabila perniagaan terus meningkat saya kemudian menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan “Break Away Rent A Car” saya.

“Alhamdulillah, saya melabur dengan dua buah lagi kereta kerana tidak dapat menampung permintaan yang ada. Dari situ saya kenal dengan ramai agen dan Pengusaha Kereta Sewa di tempat saya,” ujarnya.

Rezekinya bagai sudah diatur, permintaan kereta sewa makin bertambah sehingga ada yang terpaksa diberi kepada rakan-rakan persatuan. Pada 2019, Basharulhizam memiliki 11 buah kereta sewa termasuk kereta dari pelabur.

“Saya benar-benar bersyukur kerana di tahun ke-tiga dan ke-empat, rezeki saya datang mencurah sehingga keuntungan yang saya dapat lebih tinggi dari gaji yang saya terima semasa bekerja dahulu dan hari ini saya mempunyai 17 buah kereta sewa,” ujarnya.

Namun begitu, Basharulhizam tidak menafikan selama empat tahun menjalankan perniagaan kereta sewa, dia juga pernah mengalami beberapa kejadian buruk sama seperti pengusaha lain.

“Saya nyaris ditipu ‘scammer’ tetapi nasib baik saya cepat sedar. Dokumen yang diberi dibuat atas nama orang lain. Mujur saya tidak tertipu. Pernah juga saya cuba ditipu oleh penyewa yang culas membayar sewa pada bulan ke-empat. Tetapi saya bernasib baik kerana setiap kereta disediakan sistem GPS, jadi ini memudahkan saya mengesan di mana kereta itu berada,” katanya lagi.

Dalam keadaan dunia dilanda pandemik Covid-19, Basharulhizam tidak terkecuali. Perniagaan kereta sewanya turut terjejas namun dia sedang memikirkan akan pelan pemulihan.

“Pelan pemulihan masih dalam perancangan tetapi buat masa sekarang saya banyak mengendalikan perniagaan menyediakan van sewa kepada pelanggan tetap saya yang turut terkesan akibat pandemik ini. Kebanyakan mereka kehilangan punca pendapatan dan mereka mula membuat perniagaan penghantaran produk dalam talian,” tuturnya.
“Break Away Rent A Car” sentiasa bersedia memberi khidmat kepada anda. (Gambar Basharulhizam)

Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kereta sewa, boleh menghubungi “Break Away Rent A Car” di talian 019-3666235 atau 03-3393513. Anda pasti berpuas hati dengan khidmat yang diberi juga kereta sewa yang bersih dan dijaga rapi pada harga yang berpatutan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral of the story, hebat dan tinggi mn pun keje ko, anytime leh hilang.cm tu la realiti kat swasta ni.

Bnyk jumpa puak2 yg bermegah2 ni, post job dia la paling hebat dkt linkedln. Tetutama bdk 2,3 tahun experienced keje

Esk Bila ko da kena buang bnd2 tu semua jd sampah je kat internet ni dik. Nobody cares.

Ex-Bos aku dulu da bermcm2 commisioning siatem dan projek bsr2 kat msia ni, x pnh nak pong pang kat socmed. Ko br setahun keje da nak pong pang mcm hbt sgt. Btl2 tong kosong lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"Antara posisi tertinggi dalam syarikat kecantikan terulung di Malaysia."

Avon meh??
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 05:02 PM | Show all posts

20+ years ago iols ada terfikir nak buat bisnes kereta sewa...terfikir jer lah buat nyer tidak...hahaha

semua sebab masa tu iols kerja ngan international construction company, company sewa kan kereta utk staff smp 2 tahun, byk plak tu kereta yg disewa nyer...lebih 20 kot...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 05:11 PM | Show all posts
Avon HQ dah tak ada tepi federal highway tu
pindah mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2020 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka sewa socar balik dri klia dh ada kt parking
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 25-10-2020 04:54 PM
Moral of the story, hebat dan tinggi mn pun keje ko, anytime leh hilang.cm tu la realiti kat swasta  ...

Realiti kjer swasta. Ada dpt jdi store manager kedai pon da poyo. Haha, aku ketawa je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim covid ni laku lagi ke bisnes kereta sewa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 07:08 PM | Show all posts
you go pakcik!
moga2 balik modal dan dapat untung berterusan,
banyak duit keluar untuk perniagaan macamni jadi harap2 moga rezeki dia melimpah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 25-10-2020 05:32 PM
aku suka sewa socar balik dri klia dh ada kt parking

socar ni rate camne eh..penah sekali amek grab balik rumah dari klia fix rate rm65
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 25-10-2020 06:15 PM
Musim covid ni laku lagi ke bisnes kereta sewa

Tu lah. Driver grab pun gi antar makanan pakai kereta sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Keretanya proton, perodua. Baik ambik socar. Banyak lagi pilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran mak aku tiap kali blk kg keta baru. Membongak plak tu. Keja besar la, pangkat tinggi la. Akhirnya rahsia terbongkar keta Sewa je. Keja plak dok tanggung baja sawit kt felda palong N9
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 25-10-2020 03:54 PM
"Antara posisi tertinggi dalam syarikat kecantikan terulung di Malaysia."

Avon meh??

DHerbs kot. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 25-10-2020 10:45 PM
Jiran mak aku tiap kali blk kg keta baru. Membongak plak tu. Keja besar la, pangkat tinggi la. Akhir ...

Kerja apa tu tak pernah dengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-10-2020 04:09 PM
DHerbs kot. Lol

Avon..
Benda 11tahun dherbs
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 25-10-2020 11:13 PM
Avon..
Benda 11tahun dherbs

Lahai. Xkan kompeni sotong no 1
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 12:26 AM | Show all posts
cerita bisnes macam ini lah best untuk dibuat buku...

bukan macam acik vivy duit berkepuk buat bisnes hasil plagiat karya orang tapi semedang rugi...tapi ada hati nak buat buku...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 25-10-2020 09:18 PM
socar ni rate camne eh..penah sekali amek grab balik rumah dari klia fix rate rm65

socar ini mcm kereta sewa rate dia murah lagi dari kereta sewa biasa
hari tu aku sewa rm500+ 5hari honda jazz, minyak boleh claim
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.297993 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list