CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1940|Reply: 11

[Tempatan] Anwar Ibrahim digugur dari Selangor

[Copy link]
Post time 25-10-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anwar Ibrahim Antara 5 Pemain Yang Digugurkan Daripada Skuad Selangor Musim Depan

Oleh Sulaiman
Beberapa hari lepas, Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner mengesahkan terdapat 5 pemain telah digugurkan daripada skuad gergasi merah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

5 pemain ini telah ditandatangani ketika dibawah kendalian B. Satiananthan dan menurut laporan daripada New Straits Times, mereka juga tidak dibenarkan menjalani latihan bersama pasukan itu.

Difahamkan, kontrak mereka sudah pun ditamatkan dan mereka akan dibayar pampasan baki kontrak yang akan berakhir pada bulan depan. Ia juga bermaksud mereka tidak akan terlibat dalam saingan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan menggunakan fasiliti di Pusat Latihan FAS untuk mengekalkan tahap kecergasan sebelum menyertai pasukan baharu.

Pemain tersebut ialah Nick Swirad, Farizal Harun, Khyril Muhymeen Zambri, serta dua bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara iaitu Anwar Ibrahim dan Zahril Azri Zabri.

Namun begitu, Feichtenbeiner enggan menyatakan sebab sebenar dua pemain muda itu disingkirkan dan beliau kini memberi fokus untuk mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia bulan depan.

“Saya tidak akan komen mengenai ini kerana saya mahu fokus pada barisan pemain yang sedia ada dan juga Piala Malaysia.

“Kami juga mempunyai pemain daripada pasukan ‘feeder’ yang akan menyertai skuad Liga Super,” kata Michael Feichtenbeiner yang kini merupakan ketua jurulatih sementara.


FAS juga menafikan sebarang khabar angin mengenai isu dalaman yang menyebabkan dua pemain muda tersebut digugurkan kerana mereka dibawa masuk oleh jurulatih terdahulu, B. Satiananthan.

“Segala isu perpindahan di dunia ini adalah senstitif. Kami tidak mahu komen mengenai mana-mana pemain tetapi ini juga sebahagian daripada bisnes,” tambahnya.



https://www.vocketfc.com/anwar-ibrahim-antara-5-pemain-yang-digugurkan-daripada-skuad-selangor-musim-depan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat budak ni bawak nama dia selama ini dan hari2 yg mendatang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe kesian budak ni tak pepasal

Anyway selamat maju jaya dik
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorr.. ingatkan siapa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak kena badi PM tepi
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian letih... Meh sini, kurex buatkan air...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2020 05:47 PM | Show all posts
Ingatkan Pak Non. Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa ja nama ni macam aku ada kawan nama Mahathir Mohamed, Husin Onn. Mohamad Ali pun ada.

Lainlah kalau nama Muhyiddin Yassin, itu baru rare. Tapi tak mustahil aku percaya ada ja kat luar sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 06:25 PM | Show all posts
che-cikL replied at 25-10-2020 04:36 PM
Berat budak ni bawak nama dia selama ini dan hari2 yg mendatang.

ni mesti bapak dia peminat tegar bang non yg dok kata ada numbers last2 agong tanya list nama....satu nama pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 08:30 PM | Show all posts
ni namanya dik non
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 08:33 PM | Show all posts
tahniah TT

tajuk yang best
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar diknon shirtless tak ada ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.829901 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list