CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4749|Reply: 13

Kisah-kisah pelik dan misteri yang terjadi pada Penulis.

  [Copy link]
Post time 25-10-2020 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Salam dan selamat sejahtera.

Disini Penulis ingin berkongsi tentang perkara-perkara yang pada anggapan Penulis, adalah perkara-perkara yang pelik dan misteri yang pernah terjadi pada diri Penulis. (Tidak mengikut kronologi tahun dan umur; apa yang teringat Penulis kongsikan)


Cerita Pertama.

Penulis masih kecil, mungkin dalam lingkungan umur 8 atau 10 tahun. Abah dan Emak mengajak kami sekeluarga balik ke kampung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Penulis rasa begitu gembira sekali dapat balik ke kampung kerana Penulis sangat rapat dengan Datuk. Datuk Penulis ini orang Jawa. Ada amalan-amalan Datuk yang Penulis tidak faham. Antaranya makan cili padi! Ya, makan cili padi macam makan ulam. Pernah satu hari ketika Penulis sedang bermain-main di perkarangan rumah Datuk, Penulis ternampak Datuk sedang duduk di bangku, mulutnya sedang menguyah-nguyah sambil tangan kirinya memegang sebungkus buah-buahan yang berwarna-warni. Penulis yang masih kecil ketika itu tidak tahu apa yang sedang dikunyah, lalu meminta kepada Datuk buah-buahan tersebut. Mulanya Datuk tidak mahu beri pada cucunya ini, namun Penulis mendesak, lalu dengan senyuman Datuk pun memberi sebiji buah-buahan itu kepada Penulis, dan tanpa berfikir panjang Penulis terus masukkan ke dalam mulut.

Arghh!!! Pedasnya!!! Macam terbakar lidah Penulis! Penulis menangis sekuat-kuatnya...Datuk hanya ketawa...

Bila diberitahu oleh Abah yang kami sekeluarga nak pulang ke kampung, hati Penulis melonjak gembira. Dapat jumpa Datuk...seronoknya! Datuk Penulis ini suka bercerita. Walaupun bercampur bahasa Melayu dan Jawa, tapi Penulis boleh faham sedikit. Kalau tidak faham, Emak lah kamus terjemahan.

Pernah Datuk cerita, di kebun Datuk ada satu busut jantan. Datuk ambil cangkul lalu dicangkulnya busut tersebut. Tengah mencangkul tiba-tiba...Pang!!! Datuk kena lempang. Jatuh pengsan sekejap. Bila sedar, Datuk bangun ambil cangkul dan basikal pulang ke rumah. Tiga hari Datuk demam. Cerita tu tak habis kat situ. Lepas elok demam, satu hari tu seperti biasa, Datuk ambil rokok daun dari dalam bilik dan bercadang duduk dibangku di perkarangan rumah. Sampai pintu depan, Datuk nampak ada orang dah duduk di bangku. Orang tu pakai topi kebun yang besar bulat tu, sambil tunduk. Mukanya tersembunyi disebalik topi kebun tersebut, macam menunggu Datuk. Datuk tak ambil peduli, Datuk duduk di bangku yang lain sambil hisap rokok daun. Bila toleh ke arah orang tu, orangnya dah tak ada.

Ini antara cerita-cerita yang Datuk Penulis kongsikan bersama Penulis, sama ada betul atau Datuk hanya nak bergurau dengan Penulis, Penulis tak pasti, tapi Penulis percaya cerita tu betul.

Ini cerita Penulis.

Bila Abah ajak balik kampung, Penulis sangat gembira. Tak sabar nak jumpa Datuk dan dengar cerita-cerita daripada dia. Kami bertolak dari rumah kami di Selayang, petang. Sampai di sana, Kampung Pelanduk, Port Dickson, dah nak malam. Bila sampai saja, Penulis terus buka pintu kereta cari Datuk. Datuk dah tunggu depan pintu sambut cucu dia yang seorang ni dengan senyuman. Penulis ingat lagi, lepas salam dengan Datuk, Penulis terus menuju ke dapur, nak minum, haus. Rumah kampung Datuk ni, dapurnya dan ruang tamu atas tanah, tapi bilik-bilik tidur dan ruang tengok TV kena panjat tangga naik atas.

Lepas minum Penulis terus alih pandangan ke ruang atas tu, pada ketika inilah Penulis...demi Tuhan...nampak satu bentuk macam...bukan macam dah...tapi Penulis pasti...rangka manusia/tengkorak sedang berjoget! Sedang berjoget/menari terkinja-kinja sambil pandangannya terarah kepada Penulis. Tapi, yang peliknya, Penulis tak rasa takut. Penulis, entah kenapa, terus berlari panjat tangga ke ruang TV menuju pada rangka/tengkorak yang sedang menari tu sambil melibas-libas tangan tak tentu arah sambil menjerit.

Abah, Mak dan Datuk yang terperanjat melihat perangai Penulis terus berlari ke arah Penulis. Abah orang pertama yang pegang Penulis sambil bertanya sebab Penulis berkelakuan begitu. Penulis jawab, "Ada tengkorak menari!".

Sekarang Penulis dah berumur 43 tahun. Peristiwa ini masih segar dalam ingatan kerana ianya pelik. Entah apa sebenarnya yang Penulis nampak, bayangan mungkin. Lagipun Penulis memang suka tengok dan dengar cerita-cerita hantu dan misteri ni.

Mungkin imaginasi Penulis...mungkin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah di pd ada orang duduk lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 11:52 PM | Show all posts
Edited by aryonz at 26-10-2020 12:01 AM

Camping.

Penulis nak kongsikan satu kisah pelik yang berlaku kepada Penulis ketika ber'camping' bersama kawan-kawan di Templer Park.

Ketika itu, Penulis bersama kawan-kawan seramai 5 orang iaitu Penulis sendiri, Adi, Khairul, Saiful dan Ilmi ber'camping' di Templer Park. Kami berlima menaiki bas dari Selayang. Masa perjalanan tak lama, lebih kurang 30 minit. Sampai di sana, kami pun mencari kawasan yang sesuai untuk kami dirikan khemah. Ada yang cadang(Penulis dah tak ingat siapa) supaya kami pacak khemah sebelah pondok rehat. Tapi ada pula yang cadang supaya pacak khemah di seberang sungai. Kerana nak rasa 'adventure'(adventurelah sangat), kami bersetuju untuk pacak khemah di seberang sungai.

Kami pun berjalan sehingga terlihat satu kawasan yang agak lapang di seberang sungai dari laluan utama. Setelah semua bersetuju, kami pun menyeberangi sungai untuk ke seberang. Sungai tu taklah dalam, paras lutut, tapi yang menariknya ada susunan batu-batu sungai yang kami boleh pijak bagaikan jambatan memudahkan kami menyeberangi sungai. Selepas menyeberang, kami pun membersihkan kawasan itu supaya khemah boleh dipacak. Kawan Penulis yang bernama Saiful ni agak alim berbanding kami semua. Pada hari pertama kami ber'camping', Saiful siap azan dan bersolat(hari pertama jer). Dia jugaklah yang bawa 'kabait' letak sekeliling khemah; nak halang binatang berbisa dari masuk khemah katanya.

Waktu kami bersiap pasang khemah ni, hari dah nak gelap(dah nak masuk maghrib), jadi kami cari ranting-ranting kayu disekeliling kawasan tu untuk buat unggun api. Pintu khemah kami ni mengadap sungai, belakang khemah kami ni ada serimbun pokok buluh, di belakang pokok buluh tu pulak ada paya kecil. Risau juga berkhemah sebelah paya, tapi hari dah nak gelap, dah tak ada masa untuk pindah tempat 'camping'.

Malam pertama.

Malam tu kami masak maggi untuk makan malam. Sambil borak-borak, sambil gelak-gelak. Selesai makan, kami basuh pinggan dekat tepi sungai. Waktu nilah kawan kami Ilmi tiba-tiba bersuara; 'dari tadi kita camping sekor ular pun tak nampak!' katanya sambil basuh pinggan tepi sungai. Tak semena-mena...gedebush! sekor ular dari atas pokok jatuh betul-betul depan Ilmi yang tengah cuci pinggan tepi sungai tu. Apalagi, melompatlah kawan tu, sambil jerit; 'Ular!!!'. Kami pun yang tengah cuci pinggan tu pun lompat sekali...habis terlepas semua pinggan plastik tu, hanyut dibawa sungai. Besar juga ular tu, ular sawa agaknya, Penulis nampak ular tu berenang ke seberang. Nasib dia berenang ke seberang sana, kalau dia menuju ke kami...entahlah...mahu berlari semua tinggalkan khemah.

Malam kedua.

Macam biasa, kami buat unggun api, masak maggi...tapi kali ni ada hiburan. Adi ada bawak gitar. Jadi kami ambik segala periuk kuali yang ada jadikan drum set. Adi pun mula main gitar(pandai main gitar dia ni), kami nyanyi ramai-ramai sambil sorang bantai periuk kuali tu, acah-acah main drum...lagu apa ntah Penulis tak ingat. Habis nyanyi satu lagu kami ramai-ramai ketawa...happy. Lepastu sayup-sayup kami dengar orang nyanyi jugak, kami semua diam, nak dengar diorang tu nyanyi...lagu yang sama kami nyanyi, tapi dari awal. Kalau bergema, takkan dari awal? Nak sedapkan hati, ada yang kata mungkin ada orang lain 'camping' dengar kami dan nyanyi balik. Mungkinlah...tapi memang confirm tak ada sesiapa yang 'camping' dekat dengan kami.

Dekat dengan khemah kami, ada satu pokok taklah besar mana, sepemeluk tak sampai. Penulis dah target, esok bila nak balik, Penulis nak ambik pisau, toreh pokok tu, tulis nama satu-satu. Lepas kejadian nyanyi berulang tu, kami semua masuk khemah, makan dalam khemah, semua ada rasa seram sikit...dahlah nyanyi lagu ulang dari awal...tempo, suara, siap ketawa, semua sama...

Lepas makan kami tidur...malam tu Penulis mimpi pelik. Penulis mimpi pegang parang tetak pokok yang Penulis cadang nak toreh nama tu. Lepas tetak pokok tu...nah...beratus ekor serangga keluar dari kesan tetak tu. Lipas, cengkerik, lebah, penyengat, lipan dan macam-macam lagi keluar dari situ. Bila bangun tidur, Penulis terus batalkan niat nak toreh nama kat pokok tu bila balik nanti...dia dah bagi amaran awal-awal.

Malam ketiga.

Malam ketiga ni malam terakhir kami ber'camping'. Jadi semua mood nak balik jer, tak ada buat apa-apa aktiviti, cuma ada yang main daun terup. Malam tu Penulis tidur dengan aman, tak ada mimpi yang pelik. Bila bangun esok pagi, bila semua dah bangun, Adi tiba-tiba bukak cerita. Dia cerita malam tadi dia takboleh tidur. Katanya, malam tu semua dah tidur, tapi dia tak dapat lelap mata. Dia dengar bunyi-bunyi pelik belakang khemah. Dia ada jugak cuba kejutkan yang dah tidur, tapi semua tidur mati...tak ada yang sedar. Katanya bunyi pelik tu makin lama makin dekat dengan khemah. Adi kuatkan semangat selak tingkap khemah(khemah ni besar, ada macam tingkap boleh selak tengok belakang), bila dia selak, dia nampak satu makhluk kecil berdiri, matanya merah...dia tak pasti apa sebab gelap, nampak samar-samar sebab ada cahaya bulan...tapi mata benda tu merah menyala.

Tak lama lepas tu, dia dengar pula macam suara mengilai, katanya kuat jugak...lepas dia cakap dia dengar suara ngilai ni, Khairul tiba-tiba menyampuk; dia kata, dia pun dengar suara ngilai tu...dia pun tak dapat tidur malam tu rupanya.

Itulah cerita pelik sewaktu Penulis ber'camping' dengan kawan-kawan dulu. Pasal suar ngilai tu...mungkin musang...sebab Penulis memang ada pengalaman dengar dan nampak musang mengilai. Memang seram bunyinya...bunyi macam budak tengah menangis pun ada. Bayangkanlah kalau tengah waktu dalam hutan....aduhhh...mahu meremang segala bulu yang ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 11:52 PM | Show all posts
MissVixen replied at 25-10-2020 11:34 PM
Rumah di pd ada orang duduk lagi?

Dah tak ada. Anak cucu semua tinggal di bandar. Rumah tu dah terbiar kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 01:26 PM | Show all posts
masuk.. cerita la lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 02:19 PM | Show all posts
ada macam ni tak?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2020 04:39 PM | Show all posts
best ni citer lagi penulis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2020 09:38 PM | Show all posts

lebih kurang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2020 10:25 PM | Show all posts
Kucing dan Anjing.

Salam dan selamat sejahtera.

Ini satu lagi kisah pelik yang berlaku pada Penulis. Perkara ni berlaku ketika Penulis tinggal di Selayang. Waktu tu, Penulis ada bela 3 ekor kucing. Seekor namanya Tuah, kucing jantan all white...bulunya semua putih. Tuah ni bila dah besar, memang BESAR...bila berjalan memang nampak sasa, tapi bila dengar kucing gaduh, dia lari dulu. Kemudian Oni, warna oren...kucing betina, dan lagi satu Emak namakan Baby, pun kucing betina, warna kelabu...paling manja, asyik nak meliuk-liuk dekat kaki.

Penulis waktu tu tinggal di Selayang rumah teres 2 tingkat. 5 bilik tidur, 4 kat atas, satu kat bawah. Dua bilik atas pecah cantum jadi masterbedroom...bilik Emak dan Abah. Lagi 2 bilik milik Abang dan Kakak. Penulis bilik kat bawah sebelah dapur.

Kisah ni berlaku kalau tak silap waktu Penulis darjah enam. Satu hari tu, Penulis lepak kat ruang tamu main dengan kucing-kucing Penulis...Tuah, Oni dan Baby. Penulis baring kat atas sofa di ruang tamu. Waktu ni kucing-kucing ni pun masih kecik lagi. Penulis main dengan diorang guna tali kasut...alih sana, alih sini...seronok tengok diorang kejar. Semua kecik lagi, memang nampak comel. Tengah seronok tengok kucing-kucing tu berlari, tiba-tiba Blackout...elektrik takde. Ianya berlaku dalam lingkungan pukul 2 ke 2:30 pagi. (Penulis memang suka tidur lambat)

Sebaik saja elektrik takde, kucing-kucing Penulis mula 'mengiyau'. Suara mereka nyaring, mungkin takut, Penulis pun tak pasti. Suara mereka betul-betul sebelah sofa tempat Penulis sedang baring...bertalu-talu, tak berhenti. Penulis jerit, sergah mereka;'dah kenapa korang ni!', tapi suara mengiyau terus bertalu-talu tak berhenti. Daripada baring Penulis dah bangun berdiri atas sofa, rasa macam ada yang tak kena. Keadaan dahlah gelap, nampak kucing-kucing tu pun samar-samar. Penulis capai bantal sofa tu dan baling ke arah mereka. Bertempiaran mereka lari...kemana Penulis tak pasti, mungkin ada yang masuk dapur dan ada yang masuk bilik tidur Penulis.

Tak lama kemudian, Penulis dengar pula suara anjing di depan rumah. Macam ada suara beberapa ekor anjing menyalak-nyalak. Kenapalah agaknya, Penulis kata dalam hati. Sebabkan ingin tahu, tanpa lengah Penulis buka pintu dan keluar dari rumah berjalan menuju ke pintu pagar. Subhanallah...apa yang Penulis nampak memang mengejutkan. Ada berpuluh-puluh(mungkin ratus) ekor anjing yang datang entah dari mana sedang berjalan melalui depan rumah Penulis sambil menyalak melolong. Waktu tu keadaan agak terang; bulan penuh mengambang di langit. Anjing-anjing yang berpuluh-puluh ni bagaikan sedang mengikut sesuatu. Penulis boleh lihat dengan jelas dimana 'mereka' berjalan muncul dari simpang bersebelahan rumah jiran Penulis dan kemudian membelok ke simpang yang lain. Kesemuanya!....Benda apa yang anjing-anjing ni ikut?

Penulis pegang pintu pagar, rapatkan dahi, sambil tengok dari celah-celah pagar anjing-anjing yang jumlahnya memang sangat banyak. Ada di antara anjing-anjing ni yang tegakkan kepala ke langit sambil melolong, lagaknya macam serigala dalam cerita Werewolf. Melolong lolong, kemudian mendengus dan menyalak. Penulis ada kat pintu pagar rumah tu sampai habis tak ada seekor anjing pun yang lalu. Terasa pelik, kagum, takut bercampur baur. Lama juga Penulis termenung dekat pintu pagar tu...otak Penulis masih memproses apa yang sebenarnya Penulis nampak. Penulis pandang kawasan sekeliling, memang tak ada jiran-jiran berdekatan yang keluar tengok macam Penulis. Semuanya lena diulit mimpi.

Kejadian ni memang pelik. Kekal dalam ingatan Penulis. Setiap orang yang kenal Penulis, semua dah dengar cerita ni. Jadi Penulis kongsikan kan juga dengan Pembaca-pembaca forum Cari. Itu sahaja...nanti Penulis kongsi lagi kisah-kisah pelik dan misteri yang terjadi dalam hidup Penulis...insha Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 01:48 PM | Show all posts
we want more!
we want more!
we want more!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2020 08:51 PM | Show all posts
Edited by aryonz at 27-10-2020 09:45 PM

Salam / Selamat sejahtera.

Penulis memang seorang yang gemar membaca atau menonton cerita-cerita mistik, misteri dan sebagainya. Satu hari tu, abang Penulis yang tinggal di Rawang datang ke rumah Penulis di Selayang. Kami memang rapat, bila berjumpa macam-macam cerita yang keluar...dari cerita misteri, hantu dan beralih kepada cerita agama...kalau datang petang, tengah malam baru balik. Hari dia datang tu, abang Penulis beri satu set VCD. Kata dia, cerita ni best, macam dokumentari, wajib tengok...

Tajuk cerita tu...The Arrival (siapa pernah tengok?) (waktu ni Penulis dah kahwin, anak dah empat...usia dalam lingkungan 30-an)

Serba sedikit mengenai The Arrival - banyak berkisar tentang Freemason dan Illuminati...cerita tentang Jin dan sebagainya. Memang menarik. Sejak dari haritu, Penulis mula mencari dan mengkaji tentang Freemason dan Illuminati, dan selepas itu ada beberapa perkara pelik yang berlaku dalam hidup Penulis.

Antaranya, Penulis dapat call dari nombor rambang, bila hello, tak ada yang jawab. Banyak kali juga dapat panggilan macam ni...ada juga yang telefon tapi salah nombor. Perkara ni biasa, Penulis faham...tapi ianya memang kerap selepas Penulis mula fokus mengkaji tentang perkara tersebut.(mungkin perasaan Penulis yang rasa macam tu)

Selepas berkahwin dan punyai anak, Penulis masih tinggal di Selayang...bilik masterbedroom kepunyaan Abah dan Mak, sekarang jadi milik Penulis. Manakala bilik yang satu ketika dulu milik Abang dan Kakak, jadi milik anak-anak Penulis. Penulis ada 4 orang anak waktu tu(sekarang dah lima) seorang perempuan, sepasang kembar lelaki dan seorang anak lelaki (yang kelima pun perempuan).

Rumah Selayang ni dah agak lama, Penulis tinggal disitu sejak berumur 7 tahun. Jadi atap rumah tu dah tak sempurna, kalau hujan, air masuk ikut bumbung jatuh kat siling. Banyak juga siling yang dah bertompok-tompok. Pada siling bilik Penulis tu ada satu yang memang dibiar terbuka, tutup dengan papan empat segi jer. Kadang-kadang papan tu teralih, jadi boleh nampak ruangan siling yang gelap gelita. Kenapa dibiar terbuka? Entahlah, mungkin senang tukang paip nak masuk betulkan paip kalau bocor kawasan tu. Penulis pernah bawak tangga panjat masuk ruang siling yang kosong tu nak tengok ada apa...memang gelap, cahaya dapat masuk pun sikit, celah-celah bumbung. Penulis cuma nampak saluran paip air.

Satu haritu, Isteri Penulis kata kat Penulis, suruh tutup ruang siling kosong tu dengan papan lain, takpun tambahlah lagi beberapa papan atau apa-apalah supaya berat, tak beralih; katanya papan yang ada asyik beralih. Penulis akur je, pegilah carik papan lain atau apa-apa yang sesuai yang boleh masuk lubang ruang siling tu untuk diletakkan atas papan yang ada. Penulis jumpa beberapa majalah lama, letak atas papan penutup siling tu supaya berat, taklah beralih.

Tapi...papan tu masih beralih. Pelik juga. Walaupun dah letak majalah-majalah supaya berat papan penutup tu, tapi masih beralih. Yang pelik lagi, macam mana boleh beralih? Angin ? Tak mungkin...memang tak mungkin.

Isteri Penulis asyik komplen...tutuplah lubang tu, sebab bila tidur dia asyik pandang ke arah siling yang berlubang tu. Dia tak suka katanya. Penulis tegur dia, 'biar jelah, tak ada apa pun, kenapa takut ke?'. 'Bukan' dia jawab, 'tapi saya nampak ada cahaya bertitik merah kat ruang siling kosong tu...dah banyak hari dah saya nampak...', kata Isteri Penulis.
Cahaya bertitik merah?

Penulis memang takpernah nampak cahaya tu...mungkin sebab Penulis tak pandang sangat siling yang kosong tu. Jadi Penulis pesan pada Isteri, 'lain kali kalau nampak lagi cahaya titik merah tu, kejut saya'.

Satu malam tu Isteri Penulis kejut Penulis; 'abang bangun! tu tengok tu ada titik merah dekat ruang siling yang kosong tu'. Penulis bangun, dan alihkan pandangan pada ruang siling yang kosong tu...yang papan penutupnya dah beralih sekali lagi, walaupun dah ditutup oleh Penulis. Memang betul apa yang Isteri Penulis kata; memang ada cahaya titik merah...

Cahaya ni, macam yang pen pancar lampu laser tu. Bila pancar kat dinding dia jadi macam bentuk titik. Tapi siapa yang pancar pen laser tu? Lagipun macam mana cahaya laser tu boleh masuk? Kalau duduk kat luar rumah pegang torchlight suluh kat bumbung rumah tu...pun takboleh masuk cahaya diantara ruang bumbung dan siling tu...memang tak boleh. Mana datang cahaya titik merah ni? Penulis rasa macam nak ambil tangga dan masuk ke ruang siling kosong tu...tapi...entah kenapa, Penulis tak berani. Malam tu kami tidur kat ruang tamu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2020 09:14 PM | Show all posts
Masih berkisar tentang kejadian-kejadian pelik(pada pendapat Penulis), pada masa Penulis fokus mengkaji tentang Freemason dan Illuminati.

Sejak tengok cerita The Arrival tu, Penulis suka duduk dekat beranda sambil tengok Langit. Mana tahu nampak U.F.O.

Kejadian ni berlaku sewaktu sambutan Merdeka, 31 Ogos. Dari beranda rumah Penulis, boleh nampak, walaupun jauh, KL Tower dan KLCC. Penulis dah pesan kat anak-anak; dah nak dekat pukul 12 tengah malam, jom duduk dekat beranda, nanti boleh nampak orang tembak mercun. Anak-anak excited...tapi belum masuk pukul 11 malam, semua dah lentok tidur dengan Ummi mereka. Jadi malam 30 Ogos tu, Penulis sorang-sorang duduk kat beranda. Tepat pukul 12(rasanya), mercun pun ditembak, meriah Langit berwarna-warni...bunyi tak dengar, tapi Penulis boleh nampak letupan mercun yang ditembak dari Dataran Merdeka. Tapi, tengah seronok tengok tembakan mercun tu, Penulis perasan ada satu benda kat Langit yang berkelip merah, biru, putih...tak bergerak. Dekat mana kedudukan 'benda' tu setepatnya Penulis tak tahu. Tapi yang pasti ianya bukan bintang.

'Benda' tu bagaikan sedang menyaksikan juga tembakan mercun sempena 31 Ogos. Penulis agak juga, mungkin helikopter...tapi...sedang Penulis perhatikan 'benda' tu sambil berfikir, apa agaknya 'benda' tu, yang berkeadaan statik di Langit tak bergerak langsung, yang berkelip-kelip merah, biru dan putih...tiba-tiba...whoosh! nampak cahaya berkelip-kelip tu bergerak pantas dan hilang...

Apa 'benda' tu agaknya? Penulis sampai sekarang masih tak tahu.

U.F.O ?


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aryonz replied at 27-10-2020 09:14 PM
Masih berkisar tentang kejadian-kejadian pelik(pada pendapat Penulis), pada masa Penulis fokus mengk ...

Saya pernah tengok objek yang sama masa kecil..di K. Terengganu, tahun 1989 kalau tak silap. Dari jarak dekat je, betul-betul depan mata. Objek tu siap berhenti hovering depan saya lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 01:20 AM | Show all posts
Bookmark                                                                           
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.076925 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list