CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2873|Reply: 15

[SOALAN KES HISTORICAL]: Pekedai mengandung ditikam dikhalayak ramai

[Copy link]
Post time 27-10-2020 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 15-12-2020 02:49 AM

Assalamualaikum forumers,
Boleh tolong puaskan hati saya mencari jawapan pada kisah2 lama?
Suatu ketika semasa bercuti, saya dengar kisah seorang wanita mengandung yang berniaga dan dia bertengkar dengan seorang pekedai lain. Pekedai lelaki ini naik berang lalu tikam dia di market itu juga. Saya rasa dia mati kerana that stab wound. Apa hujung kisah kes ini? Sorry I cannot give you any further details. Ini sahaja yang I ingat. Nak sangat tahu.

[Saya ada banyak kes kes lain nanti saya tanya dalam thread baru; dok jauh ni nostalgic la pulak].

edit :

ni link nya


post #15


https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1221057&page=1#pid71960380

credit to @syd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 07:39 AM | Show all posts
Waalaikumsalam...

bagi tau la kat negeri mana .. daerah mana ... tahun brapa kejadian nya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 03:20 PM | Show all posts
nih kena tanye abg @Syed...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 12:14 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 1-11-2020 07:39 AM
Waalaikumsalam...

bagi tau la kat negeri mana .. daerah mana ... tahun brapa kejadian nya

tu la mana saya tahu kat mana
masa cuti dulu.. lama dah
kids kecik lagi masa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 12:15 AM | Show all posts
jahcomel replied at 1-11-2020 03:20 PM
nih kena tanye abg @Syed...

good idea!
ya syd sellau tau macam macam
polis agaknya dia
tak pun CIA

syd @Syd  sila tolong saya ..mana ek kes diatas
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 2-11-2020 12:15 AM
good idea!
ya syd sellau tau macam macam
polis agaknya dia

Baik.

Now:

1) nak mkn dulu
2) nak tido
3) esok i jawab k
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2020 07:05 AM | Show all posts

24 hours has elapsed
saya penat google tak jumpa
news penuh dgn kes some young girl killing another young girl yg syd bagitau pagi tadi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 08:59 AM | Show all posts
ipes2 replied at 4-11-2020 07:05 AM
24 hours has elapsed
saya penat google tak jumpa
news penuh dgn kes some young girl killing anot ...

cer cerita lebih sikit :

1. negeri mana berlaku tu?
2. u tu balik msia bercoti tahun bila?
3. sbb kes libatkan kes bunuh ppuan mengandung ada bbrp. ada yang mati kena cekik dan pura2 tuduh ppuan tu bunuh diri, ada yang kat ganu tu, ppun tu dah mengadung bf dia tak mo tanggungjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 03:01 PM | Show all posts
iols rasa kes ni jdi kat n9... area seremban kot..mcm ingat2 lupa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2020 05:50 AM | Show all posts
Syd replied at 4-11-2020 08:59 AM
cer cerita lebih sikit :

1. negeri mana berlaku tu?

tak ingat
KL kot eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2020 05:56 AM | Show all posts
amon_79 replied at 24-11-2020 03:01 PM
iols rasa kes ni jdi kat n9... area seremban kot..mcm ingat2 lupa...

cerita nya, peniaga wanita tu sarat, pastu dia ada tengkar dgn peniaga lelaki se-market.
si lelaki tu tikam wanita tu sampai mati dan lari
ramai org kat market witnessed
saya tak tahu kesudahannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-11-2020 05:56 AM
cerita nya, peniaga wanita tu sarat, pastu dia ada tengkar dgn peniaga lelaki se-market.
si lelak ...

Ada dalam thread Syd vol 1, post 288 & 289..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2020 06:56 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 9-12-2020 07:54 PM
Ada dalam thread Syd vol 1, post 288 & 289..

iya???
nanti sy cari
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 9-12-2020 07:54 PM
Ada dalam thread Syd vol 1, post 288 & 289..

Tq Dear

Dr @ipes2


Seguni peanut plis
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga dibebas kes bunuh wanita hamil

BEBAS: A Jamal gembira ketika keluar dari bilik Mahkamah Tinggi Seremban selepas beliau dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita hamil lima tahun lalu.

SEREMBAN: Seorang peniaga sayur-sayuran serta buah-buahan dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Tinggi, di sini, semalam tanpa dipanggil membela diri terhadap tuduhan membunuh wanita sarat mengandung, kira-kira lima tahun lalu.

Tertuduh, A Jamal Md Jan, 46, dari Flet Templer, Jalan Tun Dr Ismail, di sini dituduh membunuh Norlin Othman, 41, di Gerai Nombor 46, Tingkat Bawah Pasar Besar Seremban pada 30 Oktober 2003, kira-kira jam 11.30 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Tertuduh ditahan pada 22 Disember 2003 dan didakwa di Mahkamah Majistret pada 7 Januari 2004 sebelum kesnya dipindahkan serta dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 27 April 2005.

Hakim, Datuk Sulaiman Daud dalam hujah penghakimannya berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang menyebabkan mahkamah membebaskan dan melepaskannya tanpa dipanggil membela diri.

"Mahkamah mendapati pihak pendakwa gagal mengemukakan saksi ketika kejadian yang memboleh memberi keterangan secara terus, sebaliknya hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan.

"Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan saksi yang dapat membantu mahkamah mensabitkan satu kes prima facie terhadap tertuduh, selain banyak keraguan ditimbulkan pihak pembelaan dalam kes pendakwaan," katanya.

Pendakwaan mengemukakan 10 saksi dalam kes itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

A Jamal yang ditemui selepas penghakiman itu bersyukur dengan keputusan itu dan berharap orang ramai terutama pelanggan kedainya terus memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

"Mahkamah sudah membuat keputusan dan saya hanya berdoa dan berharap orang ramai kembali menyokong terutama perniagaan saya," katanya yang tenang ketika hakim membuat keputusan.

Kes pembunuhan Norlin dari Jalan Labu, dekat sini, dalam keadaan ngeri menggemparkan masyarakat kerana mangsa sedang sarat mengandung kira-kira lapan bulan ketika dibunuh di pasar berkenaan.

Lebih tragik apabila tertuduh didakwa menikam Norlin dengan pisau berkali-kali hingga mangsa terbaring berlumuran darah di depan orang ramai.

Sebelumnya, mangsa dikatakan pergi ke pasar menemui lelaki yang dikenalinya itu untuk mengambil beberapa dokumen, tetapi berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki terbabit mengambil pisau pemotong sayur dari gerai berhampiran dan terus menikam mangsa beberapa kali.

Tertuduh melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, sebelum dapat ditahan di Kelantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 05:53 AM | Show all posts
Syd replied at 14-12-2020 08:43 PM
Peniaga dibebas kes bunuh wanita hamil

BEBAS: A Jamal gembira ketika keluar dari bilik Mahkamah T ...

oooh terima kasih Syd
sian dia .. mati dia tidak terbela
depan org ramai tu dia kena tikam tapi prosecution gagal buat kes yang strong
orang yg dituduh tu Abu Jamal Md Jan lari ke Gua Musang; dapat kesan so polis tangkap.

si mati tu mati dgn anak; dia tentu ada adik beradik ada suami anak anak hidup.. sangat tak adil; somebody stabbed her depan orang ramai.. cuma court je dapati ianya terbukti didalam courtroom mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.509824 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list