CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10266|Reply: 115

[Tempatan] Penyewa tinggalkan rumah sewa siap bercat sebelum berpindah. Huntonglah...

  [Copy link]
Post time 27-10-2020 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Untungnya...
MyMetroMutakhir

BAHAGIAN dalam rumah dibersihkan dan kerosakan dibaiki sebelum penyewa berpindah.

Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

Seremban: Anggota polis, Noor Azrol Saad, dari Senawang mungkin tuan rumah paling bertuah kerana penyewa rumahnya bukan sahaja mengecat semula kediaman, malah turut membaiki kerosakan sebelum berpindah.

Malah, rumah ditinggalkan penyewa turut berada dalam keadaan bersih tanpa kekotoran dan sampah sarap.

Noor Azrol, 34, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya turut berkongsi cerita mengenai kebaikan penyewa rumahnya di Facebook miliknya.

Ketika dihubungi, Noor Azrol yang kini tinggal di Senawang berkata, dia terkejut selepas penyewa rumahnya dikenali Fitri Alif mengecat bahagian dalaman rumahnya itu sebelum berpindah.

Menurutnya, Fitri Alif menyewa rumahnya di Taman Pinggiran Felda berhampiran Sungai Kelamah, Gemas sejak 2017.

BAHAGIARN dalam rumah dibersihkan dan kerosakan dibaiki sebelum penyewa berpindah.

"Dua bulan lalu, dia memberitahu saya akan keluar dari rumah sewa itu kerana sudah membeli rumah sendiri di Gemencheh.

"Saya terkejut malah turut berharap dia terus tinggal menyewa dan menyarankan dia menyewakan pula rumah dibeli kepada orang lain," katanya.

Noor Azrol berkata, pesanan kepada Fitri Alif supaya menjaga rumahnya itu seperti rumahnya sendiri ketika dia mula menyewa pada 2017, benar-benar dipatuhi.

Katanya, dia pernah datang melihat rumah sewanya pada 2018 dan terkejut melihat perubahan dilakukan Fitri Alif sehingga secara berseloroh memberitahunya mahu tinggal kembali di rumah miliknya.

"Berikutan percaya kepadanya, kami hanya berhubung melalui telefon jika terdapat sebarang masalah dan saya menyifatkan Fitri Alif sebagai seorang yang bertanggungjawab.

"Pengalaman sebelum itu apabila dua penyewa membuat onar sangat menakutkan saya untuk menyewakan rumah, namun tidak sangka Fitri Alif lain daripada yang lain," katanya.

Noor Azrol berkata, dia berharap penyewa baharu rumahnya itu turut mempunyai sifat tanggungjawab dan menjaga rumah disewa dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 7:19 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2020 09:13 PM | Show all posts
"Pengalaman sebelum itu apabila dua penyewa membuat onar sangat menakutkan saya untuk menyewakan rumah, namun tidak sangka Fitri Alif lain daripada yang lain," katanya.


ada tu tuan rumah nak dekat dengan rumah pun takut

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau takotttttt...buat onar ke dalam jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Msti owner dia pon baik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Owner bagus la ni...mcam kwan aku,rumah dia penyewa jga cantik tip top kemas..tpi jnis mlas byar sewa plak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Beruntung sangat dapat penyewa bertanggungjawab & baik macam ni. Susah nak jumpa zaman skang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2020 09:21 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 27-10-2020 09:18 PM
Msti owner dia pon baik ni.

aku punya penyewa rumah mula menyewa bila baru saja kahwin.  Skrg anak dah 4. Elok je dia jaga rumah tu. Klu ada kerosakkan besar, aku antar kontraktor repair. Nak cari penyewa dan tuan rumah sewa yg bagus ni mmg susah. Masa PKP aritu dia tak kerja. Gaji pun dpt separuh selama 3 bulan. aku kata kat dia tak payah byr sewa 3 bulan tu. Bila dah balik kerja ada duit baru byr. Sebab aku pun takde nak byr dgn bank, dah abis utang. Menangis beliau. Kita permudahkan orang, dan kita juga akan di mudahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2020 09:24 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-10-2020 09:21 PM
aku punya penyewa rumah mula menyewa bila baru saja kahwin.  Skrg anak dah 4. Elok je dia jaga rum ...

Moga murah rezeki uols berganda2 kuasa kuda ya

terharunya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-10-2020 09:21 PM
aku punya penyewa rumah mula menyewa bila baru saja kahwin.  Skrg anak dah 4. Elok je dia jaga rum ...

InsyaAllah ada rezeki utk chuol nanti sbb buat baik dgn org. Tak di dunia dapat di akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu... kita kalau dh pinjam (sewa) barang orang kena pulang seperti keadaan asal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
1 dalam sejuta kot ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-10-2020 01:21 PM
aku punya penyewa rumah mula menyewa bila baru saja kahwin.  Skrg anak dah 4. Elok je dia jaga rum ...

Bagusnya uols..
Moga murah rezeki dua2
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-10-2020 09:21 PM
aku punya penyewa rumah mula menyewa bila baru saja kahwin.  Skrg anak dah 4. Elok je dia jaga rum ...

Aman dunia kalau semua org bertimbangrasa mcm en peterpan
Aku yg xkena mengena pun terharu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa menyewa dulu Aku pun cat balik sikit rumah sebelum pindah. Bersih siap mop lagi hari sebelum surrender kunci. Aku jaga betul-betul sebab tak nak burn duit depo, biasanya bila kita nak pindah biasanya owner akan macam-macam sebab tak nak return deposit kita. Tak faham macamana penyewa lain boleh blah begitu je ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu aku baru masuk rumah sewa baru lepas pkp. Penyewa lepas perangai boleh tahan + anak ramai. Keluar rumah sebelum pkp tinggalbrumah pintu depan terbuka + aircond on +- sepanjang pkp. Bil sampai 4k++. Condition dlm rumah memang hancur. Tapi tengok perangai tuan rumah yg suka delay sesuka hati, no wonder dapat perangai penyewa mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak punya rumah sewa dolu pon akak tinggalkan dalam keadaan gini. Huntong yang masuk lepas akak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 10:29 PM | Show all posts
tidak ramai yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-10-2020 09:21 PM
aku punya penyewa rumah mula menyewa bila baru saja kahwin.  Skrg anak dah 4. Elok je dia jaga rum ...

Allah
Baiknya pete ni
Moga murah rezeki sentiasa

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni macam 1 dlm beribu. Rezeki tuan rumahlah kalau dapat penyewa yg amanah mcm ni. Yg selebihnya dh siap set dlm kepala agaknya, umah yg dia duduk tu rumah orang, buat apa nak membazir cat atau hias macam2 sampai masa tetap kena pindah jugak. Kat Cari ni pun ada bnyak thread, penyewa dari neraka. Bila pindah keluar umah yg ditingglkan x serupa umah manusia dah pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:38 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-10-2020 08:21 PM
aku punya penyewa rumah mula menyewa bila baru saja kahwin.  Skrg anak dah 4. Elok je dia jaga rum ...

moga hidup awak sekeluarga, saudara mara dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.137913 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list