CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 3

Sejarah Curta Calculator

  [Copy link]
Post time 28-10-2020 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 6-12-2020 03:34 AM

Masa sekolah dulu printer ambil subjek akaun. Jadi printer memang hebat tekan dan picit kalkulator casio fx570ms. Bila dah bekerjaya ni kerja printer dah tak pegang kalkulator lagi jadi amat sedih kehidupan printer sekarang tiada lagi perasaan keseronokan dalam bidang yang menyeronokkan.


Pendahuluan

Sebelum kedatangan elektrik secara total, kebanyakkan mesin dilakukan dengan konsep mekanikal. Justeru itu bagi memudahkan pengiraan 1+1, kalkulator mekanikal dihasilkan supaya owner kedai runcit pantas mengira baki duit pulangan pelanggan yang datang beli dingdang. Kebanyakkan kalkulator ini adalah besar, berat, padu, jitu, tegap dan berkarat. Malah memakan ruang yang besar.



Sebuah syarikat menghasilkan kalkulator besi ini mempunyai anak lelaki. Curt Herzstark namanya. Keturunan katolik yahudi. Company ayah dia memang buat dan jual kalkulator di Vienna. Tapi disebabkan boring dengan design yang lapuk dek zaman, Curt mencuba untuk ubah supaya rekaan calculator tu menjadi lebih baik lagi dan dikenali sebagai CURTA CALCULATOR.


Curt bermain kalkulator suka hati dia mentang - mentanglah company tu bapak dia punya

Idea mu idea ku jua

Idea kalkulator ini bukanlah 100 peratus dari Curt. Dia pun CTRL A + CTRL C + CTRL V dari paten design sebelumnya tapi belum sempurna. Design dan ciri mekanikal diambil dari konsep kalkulator Han 1774, bentuk silinder yang sama dari konsep rekaan Alex Jakob Peterson 1873, Rekaan dalaman ada iras iras konsep Cristel Hamman 1902 dan setelah membuat semula semua dari zero, rekaan pertama Curta Kalkulator siap pada tahun 1930 tetapi hanya dipertontonkan kepada umum pada tahun 1948.

Kerjalah di Syarikat Papa

Lepas habis sekolah, Curt terus kerja dekat syarikat ayahnya. Mungkin sebab ayahnya sering bagi dialong sebijik macam drama pukul 7 "papa mahu tengku curt anak tan sri samuel kerja dengan papa, uruskan syarikat papa. pasal perempuan yang gila kan curt tu, biar papa handlekan kalau curt tak mahu nanti papa jadikan dia mama nombor dua curt. ok?"

Tapi tak lama lepas tu Curt pergi carik pengalaman kerja di kilang kejuruteraan bagi menimba pengalaman mengendalikan mesin mesin yang menghasilkan produk berasaskan besi. Jadi dari situlah skil precission Curt ni timbul dan itulah permulaan bagi dia untuk menghasilkan kalkulator ini.

WW2

Hujan sampai ke petang rupanya tengah hari panas pulak. Begitulah yang berlaku apabila Nazi menjajah Austria. Ibarat Jepun menjajah China tatkala Ip Man sedang seronok seronok berlatih kungfu, begitulah yang terjadi pada Curt dan company bapaknya. Company itu telah dipaksa tentera Nazi untuk menghasilkan precision gauges tentera dan lebih mendebarkan, Curt mempunyai darah yahudi membuatkan dia tiduk tak lena makan tak basah takut rahsia diketahui Nazi. Mati laa aku dalam gas chamber kalau mereka tahu.

Akhirnya rahsia itu pecah dan pada tahun 1943 Curt dihantar ke pusat tahanan Buchenwald concentration camp. Kat sana dia dipaksa menggunakan alat - alat mesin sebagai technician. Tak tahulah ada gaji ke tidak. Zaman ni gaji kalau technician pun mesti boleh pakai Honda. Kat dalam tu Curt berjaya menghabiskan design kalkulatornya dan segala masalah kalkulator yang melanda sebelum ini. Bertahan dan terus bertahan akhirnya Curt berjaya menempuhi concentration camp itu setelah pihak Nazi kalah dalam perang dunia ke 2. Sebaik sahaja bebas, Curt terus menghasilkan kalkulatornya secara produksi massa untuk dijual. Pada rekod sebanyak 150 000 kalkulator berjaya dijual.

Penjenamaan

Nama awal nak diberi berdasarkan design dia dalam Buchenwald camp tu adalah Liliput. Tapi kilang yang nak hasilkan kalkulator ni tak setuju. Bodoh ke nak bagi nama kem Nazi sebagai nama produk? Akhirnya nama CURTA dipilih sebagai nama perempuan bagi CURT. Ni pun agak kurang siuman. Nak cover diri itu girl inside kah? Coverina sungguh.

Kini harga Curta Kalkulator ni mencanak naik. Pergi tengok dekat amazon atau ebay sambil mengurut dada sendiri.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak sarah part duluu.. Tq printer comel
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 02:09 AM | Show all posts
Sejarah Curta Calculator adalah kisah yang menarik dalam perkembangan teknologi perhitungan. Diciptakan oleh Curt Herzstark pada tahun 1938, kalkulator mekanis ini menjadi alat yang sangat penting selama Perang Dunia II. Meskipun terbatas dalam fungsi perhitungannya, Curta Calculator sangat portabel dan cocok untuk penggunaan militer, terutama dalam perhitungan artileri. Kalkulator ini terdiri dari sekitar 600 komponen yang dirakit secara presisi. Sementara itu, berbicara tentang kalkulator VAT online, alat ini adalah inovasi yang memudahkan perhitungan pajak pertambahan nilai (VAT) dalam bisnis dan kehidupan sehari-hari. Ini tidak hanya mempermudah perhitungan VAT dengan cepat dan akurat, tetapi juga memiliki kebalikan VAT calculator, yang memungkinkan pengguna untuk menghitung jumlah VAT yang dibayarkan berdasarkan total harga termasuk VAT. Kalkulator VAT online dan alat sejarah seperti Curta Calculator adalah bukti dari evolusi perhitungan yang mengubah cara kita mengelola data dan keuangan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 03:00 PM | Show all posts
barang lama nihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.354486 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list