CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6695|Reply: 65

[Tempatan] Menteri Kewangan Tanya Apakah Permintaan Rakyat Untuk Belanjawan 2021.Korang wis

  [Copy link]
Post time 30-10-2020 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen 6 pada November ini, mungkin jauh berbeza berbanding tahun sebelum ini mengambil kira lmpak kehadiran pandemlk C0VID 19.

Krisis pandemik yang bukan sekadar mengorbankan nyawa, tetapi turut menjejaskan struktur ekonomi itu semestinya mengundang cabaran cukup besar bagi kerajaan untuk tampil dengan belanjawan yang benar-benar bersifat inkluvsif.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini menyatakan empat teras utama akan menjadi paksi kepada Belanjawan 2021 termasuk sokongan bersasar kepada golongan mudah terjejas akibat pandemik C0VID 19.

Selain menyokong industri melalui insentif, tumpuan juga pastinya kepada usaha menyelamatkan nyawa dan dalam masa sama mengekalkan mata pencarian rakyat.

Paling penting, apa inti pati yang perlu dimasukkan dalam belanjawan tahun depan dalam usaha kerajaan mengekang penularan C0VID 19, pada masa sama memulihkan ekonomi dalam keadaan sukar sekarang ini.

Menerusi hantaran dari laman facebook Tengku Zafrul serta dikongsi oleh kementerian kewangan, beliau bertanyakan pada rakyat apakah cadangan untuk belanjawan 2021.

Cadangan tersebut pula berdasarkan pada 3 matlamat utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.

Menerusi ruangan komen yang dilihat, rata rata orang ramai memberikan komen yang sama berkaitan permintaan pengeluaran KWSP akaun 1.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najlb Tun Razak berkata semalam, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas bagi kegunaan mendesak.

Najib turut mencadangkan agar permohonan tersebut boleh dipertlimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi puIih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbnding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

RAKYAT MENJAWAB PERTANYAAN MENTERI KEWANGAN

Selain itu, duit kwsp dlm akaun 1 juga boleh dipertimbangkn utk dikeluarkan bagi pekerja yg telah diberhntikn atau pun mana individu yg layak iaitu yg mempunyai duit dlm akaun 1 KWSP.

Ini bertujuan, agar duit tersebut dpt digunakan utk tujuan perbelanjaan keluarga selama tempoh PKPB / PKPD.

Tengku Zafrul,Dato pertimbangkan cadangan kami untuk pengeluaran account 1 yg benar2 layak kerana ia akan dapat membantu kami menampung perbelanjaan rumah dan perniagaan. Dato terbaik menteri kewangan semoga terus di beri kesihatan yg baik dan sentiasa di permudahkan segala urusan amin2.

Jadi apa pendapat anda? Ada permintaan lain ke untuk Belanjawan 2021? Sila komen di posting.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts


Dijemput  mengundi melalui  laman sesawang:

https://t.co/zvLsqk1Jf0

#BajetRakyat
#Belanjawan2021 https://t.co/y5i2sd4XIs

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
One off withdrawal dari EPF acc 1 Tu patut dipertimbangkan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerspam at 30-10-2020 08:35 AM

Dah collate data,saranan dan respond kerajaan(the feasibility of implementing feedbacks)  hasil perbincangan semenjak julai?kongsi la dgn rakyat supaya saranan terkini dari rakyat tak bertindih dan redundant?

Benda macam ini pun nak ajar keww TENGKU?

Pembentangan budget in a week's time, mustahil segala saranan rakyat kini can alter or being added on to the bigger plan that you are going to table anyway ?

Please dont cheat our feelings...

Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah undi.
Kome?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak tanya wishlist rakyat sekadar usaha terakhir nak memujuk hati luka rakyat selama ini...then dont waste your time...Just to wat is RIGHT...THE RIGHT THING.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2020 09:04 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 30-10-2020 09:14 AM
stingerspam replied at 30-10-2020 08:34 AM
Dah collate data,saranan dan respond kerajaan(the feasibility of implementing feedbacks)  hasil perb ...

nak wish pm letak jawatan voley?


x kompeten betul,lg dua tiga hari nak bajet baru tehegeh2 nak mintak pendapat rakyat

nak tunjuk konon2 prihatin la tuh padahal bakal ditongsampahkan jah..





Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:10 AM | Show all posts
1.kurangkan gaji mp/menteri/adun...kalau tak kurang pun potong semua elaun
2.kurangkan cukai rokok tapi naikkan cukai todi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 09:11 AM | Show all posts
Pelepasan cukai individu dan tanggungan dinaikkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:16 AM | Show all posts
budget tak buat lagi kaaa nih yg last minit baru kalut nak tanya apa rakyat nak... awat terlampau sambil lewa buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-10-2020 09:04 AM
nak wish pm letak jawatan voley?



Dialog dipagi hari...

Abg jamil: bapak nak pi mana?

Bapak: Bapak nak sembahyang tolak balak..

Abg jamil: Tolak apanya pak?...balak dah nun DIDEPAN mata.....

Gitula perumpamaannya....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:50 AM | Show all posts
bg 1 kenaikan gomen

acik2 gundu nak oberlap bank sy musti piley
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 30-10-2020 10:15 AM

Dia ni nampak macam orang bijak, tak mcm tipikal menteri kat Malaysia.
Harapnya belanjawan tahun ni memberi manfaat utk semua rakyat malaysia la emm cam cliche plak ginilaa biasanya tiap tahun bila ada perbentangan bajet ni iols tak pokus sangat nak ambil tahu sebab tak berada dalam golongan yg mendapat manfaatnya huhuhu.
Biasanya lebih kepada penjawat awam kan tp kalau bab utk pendidikan dan kesihatan iols ok je sbb dedua ni sgt penting. Nak tambah sekolah kebangsaan ke nak tambah sepital ke apa.
Bab sekolah ni berharap sgt pra sekolah or tadika kemas dibuka utk semua golongan.
Takkan nak pindah duk kt kg semata2 nk bg anak masuk pra/tadika kemas.
Kat kg mmg senang nak masuk tak de kisah slip gaji ke apa sana byk kekosongan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:13 AM | Show all posts
Bila dia tanya niii? awat lambat naw tanya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
fairiza replied at 30-10-2020 10:13 AM
Bila dia tanya niii? awat lambat naw tanya?

dah lama dia tanya. ni last minute adjustment la ni. mmg biasa dibuat pun.

kalau setakat one off duit epf, mora tu tak libatkan bajet negara pun. tu duit epf, mof cuma perlu bg arahan kpd epf je & umum masa bajet je. lain la kalau ada potongan emolumen govt servant, yg tu mmg kena tukar serba serbi dlm report bajet tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
patutnya mof blh buat potongan utk elaun penjawat awam sementara ekonomi pulih. lanjutkan moratorium & potong bajet emolumen. penjawat awam yg terkesan blh ambik moratorium top up income yg hilang tu.

100 bilion+- dpd bajet tu utk emolumen penjawat awam je. byk giler kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 10:38 AM | Show all posts
T20 minta kasihan...kurangkan sikit cukai pendapatan


asyik asyik B40 & M40 ja dapat bantuan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bajet nak bentang 3-4 hari lagi baru tanya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak.. pengurangan dlm cukai pendapatan.. gaji x byk pun... lg pulak swasta kalau gaji + elaun pun, tax kena gak pd elaun tu.. dpt bonus pun kena potong tax gak.. walhal bonus bukan byk pun.. utk this year lg la x payah nak berharap sgt dpt bonus..  kalau cukai pendapatan dikurangkan, ada la lebihan, boleh menyimpan.. boleh gak berbelanja utk ekonomi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:03 AM | Show all posts
stingerspam replied at 30-10-2020 09:18 AM
Dialog dipagi hari...

Abg jamil: bapak nak pi mana?

kahkah

on spot sungguh perumpamaan iteww


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.386278 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list