CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4471|Reply: 60

[Tempatan] Extended PKPB. Pemandu teksi Lembah Klang mengadu nak dapat sehari RM50 pun susa

  [Copy link]
Post time 30-10-2020 10:39 AM | Show all posts |Read mode
malaysiakini.com
PKPB: Pemandu teksi Lembah Klang kembali terjejas
Diterbitkan 29 Oct 2020, 9:02 pm

Susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang kembali dilaksanakan dan kini dilanjutkan sehingga 9 November, pendapatan pemandu teksi di sekitar Lembah Klang kembali terjejas.

Abdul Manap Nazir tidak terkecuali merasakan kesan PKPB apabila dia terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan seorang pelanggan dalam perjalanan jarak dekat.

Ketika ditemu bual oleh Malaysiakini, katanya dia kini mengharapkan seorang pelanggan tetap yang bekerja di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam.

“Sebelum ni saya tunggu pelanggan sejam pun boleh dapat. Tapi sekarang lima jam baru dapat seorang penumpang. Kadang-kadang sampai setengah hari.

“Buat masa ni nak capai RM50 pun payah. Ada kalanya boleh dapat RM20 saja. Kalau nak dibandingkan sewa kereta, kos lain tak sepadan dengan apa kita dapat,” katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini.

Abdul Manap, 65, berkata selain perlu bersaing dengan perkhidmatan e-hailing, dia juga terpaksa berdepan dengan perkhidmatan bas percuma di sekitar Shah Alam.

“Orang banyak pilihan. Pilihan terlalu banyak. Tergugat sangat. Orang tak ramai keluar oleh kerana tak ramai penumpang,” katanya.

Had penumpang, terpaksa tolak

Salah seorang rakannya yang juga pemandu teksi, Rostan Akad turut berkongsi masalah yang sama.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata dia sudah puas berfikir bagaimana cara lain untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka sekiranya PKPB berterusan.

“Merentas daerah pun jadi faktor. Penumpang pula ada had. Kalau ada yang bawa anak tak boleh lepas, terpaksa tolak daripada kita kena saman. Bukan seringgit dua ringgit,” katanya.

Selain mengambil langkah berjimat-cermat dalam berbelanja, Roslan, 55, berkata jika boleh dia mahu mencari pekerjaan lain seperti pengawal keselamatan tetapi faktor usianya menjadi penghalang.

“Saya ada tinjau.. Macam (nak jadi) security (pengawal keselamatan) dia (majikan) tanya umur. Bila (umur) 50 lebih tak nak ambil,” katanya yang merupakan pemandu teksi sejak 1992.

Katanya kebanyakan majikan memilih untuk mengambil golongan muda yang telah dibuang kerja oleh syarikat-syarikat lain seperti syarikat penerbangan dan automotif.

“Sekarang anak saya terpaksa kerja buat part time (separuh masa) walaupun masih belajar (kolej),” katanya.

Di bawah PKPB, perkhidmatan teksi dan e-hailing hanya dibenarkan maksimum dua orang penumpang. Premis makanan, kedai serbaneka dan kedai runcit pula hanya dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

Kerajaan juga mengarahkan semua pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan penyeliaan di kawasan PKPB tidak lagi dibenarkan ke pejabat sebaliknya bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Okt lalu.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah.

Orang makan di rumah

Keluhan yang sama disuarakan oleh Mohd Sham Jusoh dan Mohd Yusof Musa yang merupakan pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur.

Disebabkan rentas daerah tidak dibenarkan, Mohd Sham, 47, berkata dia terpaksa menolak dan kebanyakan penumpang yang diambil sekitar Setapak hanya menaiki teksi dari rumah ke pasar raya.

“Dulu masa ramai orang kerja (ke pejabat) mungkin ke pejabat kerajaan, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) urusan-urusan pejabat. Sekarang dah berkurangan.

“Sebelum PKPB boleh capai RM100 (pendapatan seharian). Kalau PKPB nak dapat RM50 pun susah, tunggu dari pagi sampai malam,” katanya yang telah memandu teksi selama 20 tahun.

Mohd Yusof pula berkata jika di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), restoran dan kedai makan dibenarkan untuk beroperasi sehingga 12 malam, tetapi sewaktu PKPB dia berkata orang ramai memilih untuk makan di rumah kerana waktu yang pendek untuk makan di luar pada waktu malam.

“Kadang-kadang RM30 saja (sehari). Malam pun dah tak ada (penumpang) sebab sekarang ni sampai pukul 10 saja.

“Kalau ada pun mungkin yang nak ke hospital, klinik. Takkanlah kalau demam pun nak pergi klinikkan? Sekarang (keadaan) memang teruk.

“Saya pakai (kereta Proton) Iswara lama, tapi nak tukar kereta pun takut sebab takut keadaan semakin teruk,” katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula pada 14 Okt lalu dilanjutkan sehingga 9 Nov ini berikutan penularan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.. iols dah lama tak amik teksi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah dunia pakcik. Berubah mengikut zaman. Maybe kena tukar approach..jgn bawa teksi dah. Buat delivery barang pulak. Better dari bawa manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:56 AM | Show all posts
Waktu covid19 melanda ni service hantar orang pastinya terjejas berbanding services hantar barangan.  Ramai malas nak keluar tapi masih memerlukan orang untuk hantar barangan buat mereka jadi permintaan lebih tinggi bagi sector itu sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:04 AM | Show all posts
driver teksikan memang eksyen..
teksi bukannya tak boleh masuk grab..
tapi payah nak pau customer kan kalau masuk grab..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Turun bas ekspress tanya teksi nak balik rumah charge sampai rm18-20, order Grab baru rm7.. kalau betul2 nak cari pendapatan ada banyak je peluang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 30-10-2020 11:07 AM
Turun bas ekspress tanya teksi nak balik rumah charge sampai rm18-20, order Grab baru rm7.. kalau be ...

I pernah kena mcm ni jugak. Tmpt nk pegi mmg xjauh pon. Bila tnya kenapa mahal, bg alasan masa balik x ada penumpang. Habis, kalau ada, nk refund balik x duit tu?? Dah mcm berjudi. Elok la ada grab
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:10 AM | Show all posts
sume pun terkesan
orang yg kutuk2 orang mkn gaji tu tau ke orang makan gaji terkesan sama
so orang makan gaji dah berjimat2
ni la kesannya bila orang makan berjimat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah kena.. driver taxi kat satu lrt station ni xnak hantar aku atas alasan kena lintas jalan (flyover) sebab area umah aku side sebelah satu lg.. aku bukan x berduit nak bayar pun.. so aku blk jln kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:20 AM | Show all posts
sorry to hear that pakcik. but teksi dah ada prime time dia dulu sampai pelanggan di cekik darah. skrg alhamdulilah pelanggan dah ada alternatif.

ikut rzeki la pakcik. kalau servis baik, org tetap akan menggunakan your service.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:22 AM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki pak cik
lagipun sekarang pengguna ada alternatif lain dah
better start fikir sumber lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku naik teksi kan... Rm25 ye walaupun tak jauh. Aku tanya kenapa, dia kata susah nak jumpa rumah aku. Ye, dia bawak slowwwwwwwwwwwwwwww gila. Baguslah susah nak cari rezeki dah sebab perangai eksyen korang yg suka pau customer
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:38 AM | Show all posts
Dah lama tak naik teksi, grab kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa grab takde

Sombong bukan main lagi

Bila tahan teksi taknak berhenti siap letak harga yahudi lagi

Rasakan skrg
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:52 AM | Show all posts
aku ada fair share naik teksi dpt driver hamjad tapi musim2 pkp ni kesian la semua orang tseksa.
kita pun kalau hilang keje tetiba tak tentu kita tau apa nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:55 AM | Show all posts
berpuluh tahun dulu.. adala naik teksi.. Masa tu selain teksi.. pilihan cuma bas lompat2. Tahan teksi dr Larkin.. nak ke Perling.. takde teksi nak anto.. alasan jalan Perling jem. Bangang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai rakyat yg terkesan kecuali menteri2 kaya raya dan penjawat awam...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 12:01 PM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki pakcik2 teksi
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 30-10-2020 11:09 AM
I pernah kena mcm ni jugak. Tmpt nk pegi mmg xjauh pon. Bila tnya kenapa mahal, bg alasan masa bal ...

dari zaman iols study lagi driver taxi bagi alasan gini..padahal masa hantar kita tu mesti dah cover upah servis drive+minyak kan..x logik la harga yg kita bayar tu diorg blom untung..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 12:03 PM | Show all posts
Edited by damsel_fiji at 30-10-2020 12:07 PM

kesian..tp mengenangkan perangai sial dan berlagak drebar2 taxi ni dulu sebelum kemunculan grab dulu..yihhh sajalah
bayangkan la dulu kita naik taxi kt stesen ktm..boleh pulak dia tunggu customer lain, sumbat sampai penuh..dah lah harga sama jah..padan muka bila dh ada servis grab, mereput terus drebar taxi yg camnih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.084995 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list