Muar: Perdana Menteri membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun Satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun Satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
"Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.
"Memang ramai yang teks saya berkata 'tolonglah Tan Sri, kami susah'. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.
"Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, dekat sini, hari ini.
MUHYIDDIN menyampaikan ucapan pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir, hari ini. FOTO Bernama
Isnin lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mencadangkan KWSP supaya membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 secara one off bagi mengharungi cabaran berikutan impak penularan wabak Covid-19.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion sebelum ini bagi melaksanakan pakej rangsangan bagi membantu meringankan beban rakyat.
"Ini semua dilakukan bagi membantu meredakan bebanan rakyat dan kerajaan sudah bantu hampir sembilan juta rakyat terjejas.
"Belanjawan 2021 nanti akan ada lebih banyak langkah yang akan diumumkan bagi meringankan beban rakyat.
"Sebelum ini juga kerajaan sudah membenarkan rakyat mengeluarkan caruman KWSP dari Akaun Dua," katanya.
Post time 30-10-2020 05:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Walaupun aku kurang percaya betapa rakyat boleh terjejas teruk dek kesan wabak covic ni , tapi tapi hasil percamporan sosial dlm masyarakat , aku lihat memang ramai yg kehilangan kerja , yg mana berniaga sendiri sendunya . Nak dapat hasil pulangan 50 rm sehari pun nampak tak mudah . Kegiatan ekonomi makin menguncup dan apa yg terkejut peniaga2 terpaksa menaikkan harga untuk mendapatkan untung . Dan seharusnya consumer yg terpaksa mengadap segalanya . Dan kalau idea pengeluaran wang kwsp ini dibenarkan , sekurang2 rakyat punya duit poket disamping boleh membantu yg lain .
Post time 30-10-2020 05:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Akaun 2 ada cap pengeluaran ke?
Bertabah la mereka yang betul2 terjejas kerana pandemik ni...
Selepas 6 bulan takde auto deduct...hari sama gaji masuk terus bank deduct duit i bayar loan kereta... Sebelum covid deduct every 1st of the month...la ni lagi 6 hari nak masuk nov dah deduct...
Post time 30-10-2020 05:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nak pikir masa depan org macam kau boleh la
harta luar negeri dlm negeri berkoyan koyan, 7 keturunan makan tak habis...rakyat marhaen yg setakat savings can only last not more than six mths without any income.....kau nak suruh pikir masa depan?
sebab apa tak leh keluar akaun 1....????
sebab akaun 1 rakyat jelata telah diroling oleh kerajaan BN sejak dahulu lagi.....
sejak atok sampai laaahhhh ke bijan
sekian.....
Post time 30-10-2020 09:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ctaz replied at 30-10-2020 05:50 PM
sebab apa tak leh keluar akaun 1....????
sebab akaun 1 rakyat jelata telah diroling oleh kerajaan ...
Hr tu i buat study, came across companies yg epf ada share... Takde la cikai company2 tu... Yearly dapat dividen ..
Dan epf ni pun agak teliti check investor ...sbb tu depa ada satu unit syariah yg check background potential investor tu... Yg mana was2 depa tak favor...
Invest tu la nak bg dividen kt oencarum...kalau peram je brp % la dividen tu nnt korang jua yg kecoh tak puas hati...
Post time 30-10-2020 09:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dizekni replied at 30-10-2020 09:07 PM
Dicadang buatkan had, misalnya 10%
tak susah kalo komited
Busuk busuk JIB GOR yg sedut billions sekalipun...rakyat pun happy dapat BRAM BRIM BROOM ratus rattus lemonade kheunz? Guan eng setakat kasi 30hengget aja...