CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1900|Reply: 25

[Tempatan] Hari ni, 31hb Okt Hari Tabungan Sedunia. Masih ramai lemah pengurusan asas kewan

[Copy link]
Post time 31-10-2020 11:42 AM | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
Pengurusan kewangan lemah punca gagal menyimpan
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Oktober 31, 2020 @ 10:42am

KUALA LUMPUR: Tidak ramai yang tahu, tanggal 31Oktober adalah hari sambutan Hari Tabungan Sedunia.

Menyelusuri sejarah, Hari Tabungan Sedunia mula disambut pada 31 Oktober 1924 yang diputuskan ketika Kongres Bank Simpanan Antarabangsa kali pertama di Milano, Itali.

Matlamat utamanya, menyemai minat menabung dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia. Ia kemudiannya, diraikan untuk kali pertama pada 1925, seterusnya dijadikan acara tahunan pada setiap 31 Oktober.

Pada masa itu, menabung di banyak negara masih dianggap sebagai fasa kematangan masyarakat dan negara.

Realitinya, menyimpan wang penting untuk mendapatkan standard hidup lebih baik dan melestarikan ekonomi.

Justeru, kesedaran menabung atau menyimpan wang mesti ditingkatkan dan dijadikan budaya dalam kehidupan untuk persediaan serta kesenangan pada masa depan.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Nor Akmar Yaakub, berkata

pengurusan kewangan lemah yang disebabkan beberapa faktor seperti pendapatan kecil, perbelanjaan tidak teratur serta kurangnya motivasi dan disiplin menyebabkan seseorang individu itu gagal mengatur kewangannya dengan sihat.

Beliau berkata, tinjauan Tingkahlaku Kewangan AKPK 2018 (AFBes'18) menunjukkan, tahap kesejahteraan kewangan dalam kalangan orang dewasa yang bekerja di negara ini masih berada pada tahap rendah.

"Keberhutangan yang tinggi adalah satu isu perlu dihadapi majikan di mana tiga daripada 10 rakyat yang bekerja terpaksa meminjam bagi membeli keperluan asas.

"Mereka berpendapatan di bawah RM2,000, simpanan adalah cabaran kewangan paling besar.

"Mereka yang serius dalam menyediakan perbelanjaan adalah umur di antara 50 hingga 59 tahun manakala mereka berpendapatan tinggi, dilihat kurang merancang perbelanjaan," katanya.

Nor Akmar turut mendapati, wanita lebih cenderung merancang perbelanjaan berbanding lelaki.

Beliau berkata, satu kajian dalam talian pada Mac lalu oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi menilai kesan COVID-19 kepada ekonomi dan individu mendapati, 71.4 peratus bekerja sendiri mempunyai simpanan yang mampu bertahan dalam tempoh sebulan, sementara 82.7 peratus penjawat penjawat swasta mempunyai simpanan kewangan mencukupi untuk tempoh dua bulan.

"Secara umumnya, rakyat negara ini tidak mempunyai simpanan kecemasan mencukupi sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan yang berpanjangan," katanya.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini sedikit mengubah stigma rakyat akan kepentingan menabung dan memiliki simpanan ketika kecemasan atau luar jangka.

Katanya, Kaji Selidik Pasca Moratorium AKPK pada Ogos lalu menunjukkan, 29 peratus responden menggunakan duit moratorium untuk tujuan simpanan dan ini di sokong oleh peningkatan peratusan simpanan serta deposit di Tabung Haji, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB).

"Kajian di atas menunjukkan bahawa rakyat sudah mula menunjukkan kesedaran kepentingan simpanan terutamanya dalam tempoh menghadapi krisis seperti pandemik COVID-19. Kesedaran untuk berubah adalah langkah pertama dalam membuat perancangan kewangan," katanya.

Katanya, elemen perancangan kewangan sangat menekankan aspek disiplin dan komitmen yang tinggi. Tanpa disiplin, tiada perubahan, tiada kejayaan untuk mencapai matlamat kewangan.

Sementara itu, Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi situasi kecemasan, termasuk ketika pandemik COVID-19 melanda, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan.

"Budaya menabung dalam kalangan rakyat kita masih rendah sebab sebahagian mereka seperti penjawat awam menganggap sudah ada pencen. Bagi pekerja swasta, mereka beranggapan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah cukup untuk menyara masa tuanya.

"Jadi, stigma ini secara langsung mendorong rakyat untuk tidak menjadikan budaya menabung sebagai perkara penting terutama persediaan apabila berlaku situasi luar jangka, termasuk pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga lebih berminat untuk meminjam dengan bank atau agensi pemberi dana bagi mendapatkan wang lebih cepat berbanding mengumpul atau menyimpannya sejak pada usia kecil.

"Apabila berlaku situasi kecemasan seperti sekarang, rakyat akan mengharapkan kepada bantuan dan subsidi kerajaan kerana simpanan yang mereka ada mungkin hanya mampu bertahan untuk tempoh singkat. Hanya beberapa minggu atau bulan saja.

"Mahu dikatakan boros pun boleh juga. Ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau tidak perlu seperti membeli kereta dan telefon bimbit baharu. Tetapi ada menganggap ia satu keperluan," katanya.

Beliau berkata, penting untuk rakyat terus dididik dengan budaya menabung, bukan saja ketika sudah mencapai usia dewasa, sebaiknya ia dimulakan sejak kecil lagi.

"Institusi keluarga menjadi pemula yang penting untuk menggalakkan anak menabung ketika kecil. Mengenai budaya cermat dan tidak berbelanja secara boros," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 11:43 AM | Show all posts
11.11 dah dekat, macam mana rakyat nak menyimpan


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 31-10-2020 11:43 AM
11.11 dah dekat, macam mana rakyat nak menyimpan

Mcm x menarik sangat offer 11.11 aku dok belek2 kot ada barang yg menarik termasuk la barang2 tok aku jaga.. X ada offer sangat
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:48 AM | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 03:45 AM
Mcm x menarik sangat offer 11.11 aku dok belek2 kot ada barang yg menarik termasuk la barang2 tok  ...

tahun covid sis sarah, tahun lepas meriah


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 31-10-2020 11:48 AM
tahun covid sis sarah, tahun lepas meriah

Tahun lepas pun x byk menarik. Aku tengah cari kot offer susu tok murah.. Tak ada.. Tahun lepas ads offer rm66 max 3 tin seorg.. Dpt grab 12 tin sbb pakat2 beli utk tok
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:57 AM | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 03:50 AM
Tahun lepas pun x byk menarik. Aku tengah cari kot offer susu tok murah.. Tak ada.. Tahun lepas ad ...

Abam prefer gadget


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 31-10-2020 11:57 AM
Abam prefer gadget

Rasanya Samsung ada sale..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:02 PM | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 03:57 AM
Rasanya Samsung ada sale..

Samsung? Ewwww  


Sis sarah pakai hp ape?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 31-10-2020 12:02 PM
Samsung? Ewwww  

Sis sarah pakai hp ape?

Samsung saja.. Hahahaha. Dok tgk juga laptop.. Rasa mcm x ada sale 11.11 ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Atas tu tulis psl menabung.. bawah ni syok bincang psl nak soping..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 02:40 PM | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 04:04 AM
Samsung saja.. Hahahaha. Dok tgk juga laptop.. Rasa mcm x ada sale 11.11 ni

macam tu abam pun leh close book la 11.11 nanti  


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 31-10-2020 02:40 PM
macam tu abam pun leh close book la 11.11 nanti

Samsung s20 ada sale 11.11 ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 02:43 PM | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 06:41 AM
Samsung s20 ada sale 11.11 ni

mana2? ce tepeksss sket sis


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Menabung ni kna dr kecik disiplin...pcaya lah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 31-10-2020 02:43 PM
mana2? ce tepeksss sket sis

Tak jumpa balik iklan Samsung..



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lagi cerita disiplin kewangan..so bosan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 06:24 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 31-10-2020 01:40 PM
Atas tu tulis psl menabung.. bawah ni syok bincang psl nak soping..

menabung dan shopping
umpama isis dengan kuku
aur dan tebing saling memerlukan


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang melayu perlu diajar cara melabur.. how to use money to create money.. orang melayu kita cuma paham guna kudrat untuk create money je..

Isu epf ni pon kita boleh tengok orang melayu rata2 tak tahu epf guna duit pencarum untuk dilaburkan.. ramai yang terkejut kenapa epf guna duit mereka.. eh hello, korang ingat diperam dalam peti tu duit tu boleh beranak sendiri ke? Abis tu camne epf nak bagi dividen?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 06:43 PM | Show all posts
komitment byk,x sempat simpan habis,
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by b_n_c at 31-10-2020 09:45 PM

boleh aje nak shopping jika mempunyai pengurusan kewangan yg baik..

contoh

gaji bulanan tolak
1-expenses wajib
2-saving
3-shopping(hadkan jumlah)..mula dr kecik contoh sebulan rm20 je, lama2 membukit tanpa disedari..

jika bulan itu x shopping duit itu masuk tabung shopping,  lama2 bertimbun lah, duit saving pn ada duit utk shopping pn ada so, no hal lah nk shopping walau gaji blm ada..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.125918 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list