Rata-rata rakyat Malaysia pasti mengenali dan pernah menikmati burger jalanan yang dijual di gerai pacak tepi jalan. Biarpun harga dan bahannya lebih murah berbanding burger dijual di rangkaian restoran terkemuka, burger ini mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia, setanding burger berjenama.
Turut dikenali sebagai ‘burger sampah’ di beberapa tempat, hidangan ini telah menarik perhatian seorang pakar burger, pembuat filem dan pengasas Food Film Festival, George Motz.
Beliau yang telah menghasilkan beberapa siri resipi pelbagai jenis burger sebelum ini turut tertarik untuk merasa dan menghasilkan burger versi Malaysia ini.
Pakar Hamburger America ini telah menunjukkan cara pembuatannya dari awal sehingga akhir sebelum merasai sendiri burger berkenaan.
Untuk tonton keseluruhan reaksi lelaki ini ketika menyediakan burger special burger, anda boleh melihat video yang disertakan di bawah.
Rata-rata penonton baik dari dalam dan luar negara memuji kemahiran lelaki ini menghasilkan burger, malah penduduk tempatan sendiri memujinya yang berjaya menghasilkan burger menggunakan cara yang tepat seperti kebiasaan penjual burger Malaysia.
Gambaran burger Malaysia yang tepat
Cara dia yang gunakan marjerin untuk bakar roti tunjukkan betapa pakar dan semangatnya beliau dalam budaya burger. Di Malaysia kami tak bakar roti guna mentega sebab ia lebih mahal, dan Motz tunjukkan burger itu dengan tepat, tulis Luqman.
Sumber: George Motz
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 31-10-2020 05:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
epal21 replied at 31-10-2020 04:35 PM
Burger tepi jalan suka letak sos selambak. Kadang dah request pun preeet sauce. Tak kena dengan teka ...
Khennnnz acik kalo beli burger tepi jalan mesti pesan takmo sos2 mayonis ke hape semua takyah
Haku nak burger special tuh takde sos jek
Balik rumah acik pretttt sendiri sos lingam
Post time 31-10-2020 05:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat area aku ni dah melambak stall burger
Pagi yg jual nasi lemak
Melambak2
Dah semua pakat jual lepas kena berhenti keje
Kesian
Burger walaupon guna daging sama je tetap la tak sama tengok siapa yg masak n rempah apa yg korg letak
Post time 31-10-2020 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Acikgomen replied at 31-10-2020 05:35 PM
Khennnnz acik kalo beli burger tepi jalan mesti pesan takmo sos2 mayonis ke hape semua takyah
Hak ...
Betul2...SG pon akan pesan 3 kali kat penjual letak sos cili skit je...mayo lebih...time oder, time tgh buat n time dia tgh packing...lantak laa kalau dia rengsa dgr SG pesan 3 kali, yg penting selera x potong...
Post time 31-10-2020 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I ok je klu burger selebet dgn sos.
Asalkn sosnya sedap. Biasa org guna jenama longson.
Klu sos ceroi nmpk pewarna merah je lebih,mmg i xakn repeat dah burger dia.
Oh sedapnya beger ramly.
Lama dah x mkn sbb bdk2 yg jual kt kg i tu dah x meniaga since pkp.
Btw nape klu wat sendiri kt umh xrasa nikmat mcm beli kat stall favourite gini
Post time 31-10-2020 06:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Best kan street burger. Kalau gi makan mana2 yg fancy or dinner yg higher end, sebelum balik rumah iols mesti round mana2 lorong cari street burger. Walau pun tadi dah makan mahal2 ke hapa, nanti mesti lapar lagi. Street burger mmglah my no.1 comfort food.
Selalu order drp tingkap kereta, "Dik, burger ayam biasa sayur lebih ya"... biasanya RM3 je.... Mmm yummy yummy... Baru 'kejap' perut nak tidur.
Oh, tapi kan sekarang ni dah banyak burger bajet, diorang letak harga RM2 je.... Iols heranlah Otai burger masih sanggup letak harga utk burger ayam biasa at RM3.50 lagi. Maybe lah sebab franchise kan, harga jadi gitu. Tapi ntahlah macamana nak compete dgn burger bajet tu.