CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 17

[Tempatan] Semlm 30hb Okt pukul 10 mlm, di kesan lagi pencemaran bau sungai. Kali ni Sungai

[Copy link]
Post time 31-10-2020 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 31-10-2020 09:37 PM

LUAS ambil tindakan tangani segera pencemaran bau Sungai Kuang
Ehsan A Marisah
Oktober 31, 2020 15:20 MYT

KUALA LUMPUR : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang melaksanakan tindakan segera menangani pencemaran bau sekitar 3 TON (Nombor Bau Nilai Ambang) di Sungai Kuang, Selangor yang dikesan pada semalam (JUmaat, 30 Oktober) ekoran insiden sebuah kilang pemprosesan plastik terbakar di hulu Sungai Kuang.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO), Hee Loy Sian berkata, usaha itu dilakukan secara bersepadu melibatkan LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
"Pihak LUAS mengesan insiden kebakaran berhampiran Sungai Kuang tersebut ketika menjalankan Op Sumber Air kira-kira jam 10 malam semalam.
"Berdasarkan maklumat, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor memaklumkan, insiden kebakaran premis tersebut berlaku sekitar jam 6 petang.

"Siasatan pihak LUAS dan Air Selangor mendapati sisa kebakaran tersebut telah membeku pada permukaan air, namun sisa kehitaman kesan bahan terbakar mengalir masuk ke alur air di hulu Sungai Kuang sehingga menyebabkan kesan bau sekitar 3 TON melalui pensampelan bau yang telah dilaksanakan.
Jarak insiden ke muka sauk loji rawatan air (LRA) terdekat iaitu Rantau Panjang anggaran dalam 33km," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Loy Sian berkata, sehingga kini pihaknya sedang dalam proses untuk menghentikan sisa kebakaran daripada mengalir ke dalam sungai melalui cadangan pembinaan ban tanah di lokasi.
"LUAS dan Air Selangor melaksanakan langkah awal nyah bau dengan meletakkan 43 beg activated carbon untuk mengawal pencemaran di Sungai Kundang (aliran masuk daripada Sungai Kuang) sekali gus
mengelakkan bau dari sisa kebakaran tersebut mengalir sehingga ke Sungai Sembah dan seterusnya ke Sungai Selangor.
"LUAS juga akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122, Enakmen LUAS 1999 kepada kilang terlibat berkenaan risiko dan ancaman insiden berkenaan kepada kualiti sumber air," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagaimanapun tiada henti tugas LRA dan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna dilaporkan.

"Langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan oleh LUAS bersama pihak-pihak terlibat.
"Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan sumber air di Negeri Selangor dan menyeru kepada semua agar prihatin terhadap kawasan-kawasan sensitif sumber air negeri terutamanya sungai," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Shadap la
dron rega juta2 kot sebijik
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 05:37 PM | Show all posts
dron tu boleh tangkap pihak yg buang toksid ker? setakat dpt monitor pencemaran buat membazir je...patut tujuan utama memerangi penjenayah air...bukannya monitor..bongok
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Drone mahai ok
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dron tu boleh je terbang waktu malam.. ada night vision dan IR sensor..

Pilot drone ni pon dilatih di america sana supaya mahir menerbangkan drone pada waktu malam.. bukan calang2 pilot, pilot2 ni pernah menerbangkan pesawat f22 raptor sewaktu perang USA dengan iraq.. sebab tu la macai kata "alaaa rm2 juta tu termasuk gaji pilot"
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 06:04 PM
Drone mahai ok

Dengar2nya drone ni kelak akan dilengkapi pembesar suara.. kalau dia nampak oranv nak buang sisa toksid dia akan bunyi camni:

"Perhatian.. perhatian.. yang pakai baju biru tu tengah buat ape tu? Nak buang sisa toksid ke?"

Canggih kan drone ni.. dengarnya yang tukang cakap kat speaker tu pon diberi gaji tinggi.. 2 juta tu termasuk gaji tauuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 31-10-2020 06:12 PM
Dengar2nya drone ni kelak akan dilengkapi pembesar suara.. kalau dia nampak oranv nak buang sisa t ...

Pergh.. Mcm datuk bandar Itali hat marah kat penduduk sebab x dengar nasihat suruh dok rumah masa kuarantin.. Hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2020 09:37 PM | Show all posts

Black burnt components from the factory had flowed into the upper streams of Sungai Kuang. (LUAS Facebook pic)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2020 09:38 PM | Show all posts

Enforcement officers placing 43 activated carbon bags along Sungai Kundang, which receives the inflow of water from Sungai Kuang, which is one of the main tributaries in the Sungai Selangor basin. (LUAS Facebook pic)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2020 09:40 PM | Show all posts

Jengkaut yang digunakan dalam pembersihan pencemaran Sungai Kuang, Rawang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg buang tu bangga je membuang...tukang bersih ada..apa kisah...

Penuh perut depa dgn duit rasuah penguat kuasa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dron skrg ade infrared boleh kesan jenayah alam sekitar mlm hari, mcm dron tentera..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 31-10-2020 06:12 PM
Dengar2nya drone ni kelak akan dilengkapi pembesar suara.. kalau dia nampak oranv nak buang sisa t ...

xde nye nak bg amaran mcm tu, habis lari penjenayah tu, kite nak tangkap dieorg bukan nak hambat, kalu utk patuh sop pkp boleh pakai speaker dron sbb kat Wuhan dieorg buat mcm tu, mencicit lari ah soo Wuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 1-11-2020 12:52 PM
xde nye nak bg amaran mcm tu, habis lari penjenayah tu, kite nak tangkap dieorg bukan nak hambat,  ...

Dron tu boleh tangkap orang ke?

Ok2 no wonder harga setengah juta
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 1-11-2020 12:54 PM
Dron tu boleh tangkap orang ke?

Ok2 no wonder harga setengah juta

bukanlah tangkap dgn dron, nak rakam bukti dgn imej pelaku dan perbuatan jenayah, tangkapnye kmudian..ehh, i xsuke tgk avatar u gelak2 ngejek i
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 01:04 PM | Show all posts
nanti dron tu detect
ooo kilang ni kilang haram
tak apa
pemutihan bulan Dis
tu ja tugas dron
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 1-11-2020 01:00 PM
bukanlah tangkap dgn dron, nak rakam bukti dgn imej pelaku dan perbuatan jenayah, tangkapnye kmudi ...

Oooo bangkem ingat drone tu boleh bertukar jadi robot macam filem transformers tu

Kalau setakat boleh rakam gambar dan night vision, drone rm400 kat chowkit pon boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak bawak dron, kena ada training ke? Mcm scuba diving, kena blaja asing2 kalau nak scuba dive open water, nak amik gambar, nak buat first aid, nak pi scuba dive malam2, nak ajar org scuba dive..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071660 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list