CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4824|Reply: 77

[Tempatan] Belanjawan 2021: Guru minta WiFi, gajet percuma untuk sekolah

  [Copy link]
Post time 31-10-2020 09:59 PM | Show all posts |Read mode
sinarharian.com.my
Belanjawan 2021: Guru minta WiFi, gajet percuma untuk sekolah
SYAIRAH ABDUL LAJIS | | 31 Oktober 2020


SHAH ALAM - Menjelang hari pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November ini, warga pendidik berharap supaya peruntukan terus diberikan dalam bidang pendidikan terutama dalam aspek kemudahan akses internet.

Selain itu, mereka turut berharap agar bantuan kepada golongan B40 dan M40 diutamakan bagi menempuhi situasi getir ketika pandemik Covid-19 masih melanda negara.

Guru Cemerlang Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun di Kedah, Norhailmi Abdul Mutalib berkata, beliau berharap dalam ketidaktentuan akibat Covid-19, kerajaan menerusi Belanjawan 2021 dapat menumpukan usaha meningkatkan kualiti pembelajaran untuk menggalakkan ‘remote learning.

“Saya harap kerajaan dapat memperuntukkan kemudahan internet dan gajet kepada sekolah, guru dan murid terutamanya di kawasan pedalaman dan murid berisiko,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang merupakan finalis 50 utama Hadiah Guru Global 2020 berkata, ketika ini, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian terutama di lokasi pedalaman.

Perkara tersebut juga diperakui guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desaminium, Puchong, Ooi Kem Yon.

Kem Yon berkata, memandangkan kebanyakan masalah utama ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PnP) adalah aspek internet dan peranti elektronik, sudah tiba masanya perkara ini diutamakan dalam pembentangan Belanjawan 2021.

“Saya berharap Wifi percuma perlu diusahakan kerana ia telah menjadi keperluan asas buat semua.

“Kemudahan gajet di sekolah untuk mengendalikan kelas dalam alam maya perlu dipertingkatkan lagi agar guru dan pelajar dapat memperkasakan pembelajaran dalam talian dengan lebih efisien,” katanya.

Bagi guru Bahasa Inggeris, Samuel Isaiah dari SK Runchang, Muadzam Shah di Pahang, beliau berharap bidang pendidikan anak-anak orang asli mendapat perhatian pihak kerajaan.

Beliau yang terpilih sebagai salah seorang daripada 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020 memberitahu, sebagai guru yang mengajar di sekolah orang asli, beliau juga menyarankan agar kerajaan melibatkan pihaknya sebelum sebarang keputusan dibuat membabitkan orang asli.

“Mungkin sebelum ini mereka terlibat dalam perbincangan bagaimanapun tidak aktif, jadi saya berharap polisi yang berkaitan mereka perlu melibatkan mereka secara langsung.

"Saya juga berharap usaha untuk menaikkan adat dan kebudayaan orang asli di sekolah-sekolah yang tiada golongan ini perlu diperkasakan. Saya percaya selama ini murid lain tidak dapat pendedahan mengenai orang asli dan siapa mereka ini.

“Saya rasa jika kita perkenalkan sistem ini dalam pendidikan, ia boleh memartabatkan dan meningkatkan keyakinan anak-anak orang asli dan penglibatan mereka di peringkat nasional,” katanya.

Bagi guru SK Simpai Pekan di Pahang, Mohamad Sahaimi Zainal, beliau berharap agar kerajaan terus membantu menyalurkan kewangan kepada pihak sekolah.

Beliau juga aktif turun padang membantu golongan ibu bapa terjejas dari segi pendapatan ketika pandemik Covid-19.

“Ini sebab melalui bantuan tersebut, warga sekolah boleh menyalurkan bantuan itu kepada golongan pelajar yang daif bagi memastikan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna,” katanya.

Sementara itu, guru dari SMK Mutiara Rini di Johor Bahru, A Niwashini turut berpendapat Belanjawan 2021 perlu memberi perhatian serius kepada pelajar kurang berkemampuan.

“Memandangkan sesetengah negeri di negara ini sama ada berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ataupun tidak, sekolah terpaksa ditutup.

“Walaupun, pihak sekolah khususnya guru bertungkus lumus sedang menjalankan Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bentuk maya, masih terdapat pelajar yang tercicir akibat kekangan tiada liputan internet di kawasan mereka serta tiada peranti untuk mereka menimba ilmu.

“Oleh itu, saya berharap melalui belanjawan 2021, sektor pendidikan khususnya bagi pelajar yang kurang berkemampuan dapat diberikan perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Fazri Hassan merupakan guru Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Gas Sandakan di Sabah mengharapkan lebih banyak kelas pendidikan khas (PPKI) dibuka untuk memastikan murid berkeperluan khas (MBK) mendapat pendidikan yang sempurna.

“Bagi saya keutamaan ini patut diberikan kepada sekolah -sekolah yang mempunyai ramai murid MBK tetapi tidak mempunyai kelas Pendidikan Khas (PPKI).

“Selain itu, saya juga berharap lebih banyak sekolah-sekolah khas dibuka sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah dan sekolah menengah vokasional (untuk pendidikan khas) agar MBK di Malaysia mendapat peluang untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka,” katanya.

Cikgu Roslinda Abdullah dari SK Bagan Serai, Perak pula mohon belanjawan kali ini menyediakan peruntukan untuk kenaikan gaji guru setiap tahun mengikut gred.

"Saya harap kerajaan dapat kaji semula kenaikan gaji guru dan selaraskan elaun COLA guru di luar bandar juga," katanya.

Kata beliau, cukai pendapatan penjawat awam dikurangkan dan beri keistemewaan kepada pembayar cukai.

"Selain itu, semua pelajar dan guru perlu menerima data mudah alih percuma berjumlah 10G sebulan untuk tujuan PdPc alaf baharu ke arah pendigitalan dan alam maya.

"Saya juga cadangkan agar kebajikan guru dalam pelbagai aspek dijaga seperti juga sektor lain khususnya memberi keistimewaan untuk guru membeli rumah pertama," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokongggg.. Hat ni betul..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wifi utk sekolah ok juga
Skang kelas pung ada skrin yang boleh buka youtube bagai soh murid.tengok youtube
Utk belajo le..
Bukan soh tengok little big toys
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:25 PM | Show all posts
See geng cikgu cikgi... ada cadangan bagus tapi tak pikiaq panjang & selitkan pasal kenaikan gaji ... selfish punya orang..

depa ingat nak bina infra utk luaq bandar tu .. duit mai dari mana?? golongan cikgu cikgi patot dari orang2 terpelajar kena banyak membaca & jangan dok sesama sundri sambil2 gossip ka  menjual tudung kaa kek kaa mask pun ada... then gila dok tayang sana sini kat social media...

dah tahu time covid ni ekonomi mengucup.. p minta naik gaji la elaun laa.. pernah pikiaq berapa ramai orang hilang kerja? cikgu cikgi ni patot golongan yang paling dekat dengan masyarakat.. patot depa bagi cadangan untuk masyarakat semasa crisis bukan untuk diri sundri...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 31-10-2020 11:25 PM
See geng cikgu cikgi... ada cadangan bagus tapi tak pikiaq panjang & selitkan pasal kenaikan gaji .. ...

Kang ckp lebih2 ckp kutuk cikgu. Sruh jdi warden pon mengeluh mnta gaji rm10k. Huhu. Sedangkan byk je institusi lain ada warden. Contoh politeknik, walaupun gred DH bukan cikgu xde pon mengeluh jdi warden. Msa aku blajar dlu gred U dkt ILKKM jadi warden tkde pon mnta gaji rm10k.
Semua penjawat awam isi JD xde pon mengeluh merintih dkt media sosial. Cikgu je merintih mengeluh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 31-10-2020 11:25 PM
See geng cikgu cikgi... ada cadangan bagus tapi tak pikiaq panjang & selitkan pasal kenaikan gaji .. ...

Ouh satu lg, jgn lupe guru duka lara dorg. Penjawat awam lain xde pon meroyan x dpt kjer dkt dgn family, isteri. Smpi cikgu smpi menteri kena amek port. Ckp lebih2 kata dengki. Tp sendiri nmpk kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak selit gak pasal gaji.. 10 gb percuma data..haha cikgu guna jelah unlimited data skrg brp henggit je yoodo umobile offer
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:50 PM | Show all posts
caprut replied at 31-10-2020 11:42 PM
Kang ckp lebih2 ckp kutuk cikgu. Sruh jdi warden pon mengeluh mnta gaji rm10k. Huhu. Sedangkan byk ...

tu la jadi issue ... bila kritik skit pakat sentap ramai2.. suruh orang didik anak sundri ... punya low class pemikiran cikgu cikgi masa kini ..

sepanjang aku hidup... golongan cikgu cikgi laa paling banyak bising & complaint sana sini.. semua serba tak cukop... padahal kerja lain jauh lebih teruk dari cikgu cikgi... dalam waktu begini pun masih depa nak pikiaq puak2 sundri jaa... mana nilai intellectual seorang pendidik?

Dulu2 aku ingat cikgu cikgi ni super pandai.. tapi sebab depa buat benda sama jaa .. jadi la terer bab tu.. tapi depa tak nak explore lebih dari tu... sebab tu nilai intellectual majority depa kebelakang & jadi sempit.. donia depa hanya sesama sundri.. hujung2 rasa depa laa paling teruk.. tapi social media tak boleh lupa... tayang bakar kek laa jual tudung laa jual mask laa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by caprut at 31-10-2020 11:59 PM
jalfa replied at 31-10-2020 11:47 PM
Nak selit gak pasal gaji.. 10 gb percuma data..haha cikgu guna jelah unlimited data skrg brp henggit ...


Bila dilayan sgt kereneh dorg, tu lg ngada2 smua mnta. Aku smpai skrg x paham knp ada istilah guru duka lara. Smpi menteri pon kena amek port psal bnda ni. Nak balik kg halaman la, nk dok dkt ngn isteri laa. Cuba tnya, siapa je tanak kjer dkt dgn family. Smua nk. Tp tgok la ke peluang tu. Pekerja am tmpat aku kakitangan kerajan gak hari2 ulang alik kjer dari tanjug karang ke KL  naik mtor capuk. Xde pula dgar dia ggih meroyan pnjat PKD, pnjat kementerian. Merintih dkt menteri
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 31-10-2020 11:50 PM
tu la jadi issue ... bila kritik skit pakat sentap ramai2.. suruh orang didik anak sundri ... puny ...

Sbb kerajaan layan sgt kereneh dorg ni. Berhenti kjer xnk, msok private x berani kjer lg penat gaji lg rendah. So option terakhir meroyan dkt gov jela. Jgn lupe juga dulu2 famous cikgu xde meja sendiri kena kongsi laa
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah Agak dah.. Batu api muncul bagi komen.. Lepas tu gaduh mcm kes warden
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:19 AM | Show all posts
caprut replied at 31-10-2020 11:58 PM
Sbb kerajaan layan sgt kereneh dorg ni. Berhenti kjer xnk, msok private x berani kjer lg penat gaj ...

Camna tak layan.. dah depa paling kuat bising...

nak cerita kongsi meja ka apa kaa.. pernah ada balai polis baru nak bukak kerusi kaa meja kaa kipas pun tadak ... balai ni bukan kat hulu... jumpa la polis ni ke wakil rakyat laa penduduk2 sekitar laa hantar surat laa ke bukit aman... tapi tadak pula depa panggil press ka apa kaa dok complaint sana sini... tu boleh nampak beza antara dua darjat dengan puak2 yang sepatotnya pemikiran depa lebih ke arah intellectual kerna tugas mendidik anak bangsa..

mak menakan dh dekat umur 58 dok kerja cikgu.. bila tanya dia awat mak su dok sambung lagi... dia cakap kerja senang gaji masok... tapi camne cikgu cikgi cakap kerja depa tertekan teramat sangat ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 1-11-2020 12:19 AM
Camna tak layan.. dah depa paling kuat bising...

nak cerita kongsi meja ka apa kaa.. pernah  ...

Cukup2 la tu, da ada org ckp kite ni batu api.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:28 AM | Show all posts
caprut replied at 1-11-2020 12:26 AM
Cukup2 la tu, da ada org ckp kite ni batu api.

orang kaa langau ??

Kalo orang .. tak suka buleh nak berdebat & sediakan hujah2 bernas untuk membela golongan cikgu cikgi... selalu langau jaa mai hurung najis kaa sisa buangan kaa bangkai kaa apa kaa ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 1-11-2020 12:28 AM
orang kaa langau ??

Kalo orang .. tak suka buleh nak berdebat & sediakan hujah2 bernas untuk ...

Langau la tu kot. Byk sgt masa free time2 covid ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku sediakan gadget yg mencukupi tuk murid la.. Dan sediakan bbm yg mengcukupi tuk guru. Selenggara semua sekolah, baik pulih sekolah yg uzur. Check semua eletrikcity semua sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sfrnna at 1-11-2020 02:03 AM

Sejak aku dok ada roommate dari school of education zaman belajar dulu, Aku just ye kan aja apa demand2 diorg. X ramai pendidik yg mmg nak jadi pendidik. Tu jela aku boleh tulis.

Aku respek kat cikgu2 yg sanggup mengajar kat perdalaman. Yg mmg nak mendidik, nak anak murid berjaya, bukan kejar like kat fb, sebok jual kuih, tudung plus bergosip pasal pelajar. Ada yg pernah ckp "kamu nak dgr ke taknak saya cakap Suka hati kamu la, yang pasti gaji saya Jalan tiap bulan."
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by depresio at 1-11-2020 02:17 AM

Mintak untuk murid dahla

Takkan internet pon nak gov sponsor?
Zaman mcm ni ko sbg cikgu takkan tak ikut peredaran zaman?
Internet data kat hp dah jadi keperluan dah melainkn kawasan xde coverage tu kena minta tower la..
Tu pon xde bajet untuk diri sendiri harap gov sponsor?
Tak beragakla permintaan time macam ni
Mmg mintak kena kecamla..
umur berapa cikgu ni?
Setakat nak adakn data or wifi srndiri pon nak harap gov sponsor?
Memalukn la..
ko ni mewakili semua cikgu ke diri sendiri?
Klu wakil cikgu mmg musibatla cikgu2 macam ni

Memalukanla cikgu sk bagan serai
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
beli rumah pertama pun ada, maybe x cukup gaji beli rumah nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini betul. Sediakan ggadget utk murid...tp dulu pernah gov bg tp semua rosak...ada yg p jual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.289016 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list