CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3610|Reply: 24

[Tempatan] Hari ni, 31hb Okt trending di Twitter tangga pagar #Malindo. Ramai staff kongsi

  [Copy link]
Post time 31-10-2020 11:47 PM | Show all posts |Read mode
sinarharian.com.my
Kisah kakitangan Malindo tamat perkhidmatan trending di Twitter
WARTAWAN SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Kisah kakitangan Malindo Airways Sdn Bhd yang menamatkan perkhidmatan secara rasmi menjadi trending di Twitter hari ini.

Ramai daripada bekas kakitangan syarikat penerbangan itu meluahkan rasa sedih mereka selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi.

Dengan menggunakan tangga pagar #Malindo antara yang mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat itu terdiri daripada juruterbang, jurutera dan kru kabin.

Pada 12 Oktober lalu, media melaporkan Malindo telah mengambil langkah pengurangan pekerja ekoran pandemik Covid-19.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu dikatakan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.

Syarikat penerbangan itu juga mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.

Proses pemberhentian kerja kakitangan yang terbabit dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan pelbagai tugasan.

Pada 9 Oktober lalu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis Covid-19.

Langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.

Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabahlab pekerja malindo..smoga ada rezeki yg lebih mencurah buat kalian
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah permudahkan rezeki mereka dan kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... teruk betul kesan cobid ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. semoga covid cepat berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Meanwhile Tengok kat ig #malindo xde kaitan pon
Gambar pramugari gedik banyakla..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2020 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereka tabah dan dimurahkan rezeki di tempat lain

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya lagi sedih baca komen2 netizen kat fb yg takda empati.

Jangan gembira dengan kesusahan orang lain dan tak perlu nak pulang paku buah keras ke apa.

Kalau nampak kawan2 kita yg dulunya keje lain tapi tetiba meniaga makanan plak tepi jalan ke apa support la dorang maybe dorang pun salah sorang mereka yg kehilangan kerja akibat pandemik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ada kenangan manis aku dgn malindo.. tq malindo... semoga ada sinar buat staf2 yg di terminate tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-11-2020 08:22 AM
Sedihnya lagi sedih baca komen2 netizen kat fb yg takda empati.

Jangan gembira dengan kesusahan o ...

Depa komen apa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan Allah hidup depa semua....jgn putus asa dlm mencari rezeki....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pramugari ramai sombong2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 1-11-2020 09:18 AM
Suchi replied at 1-11-2020 08:22 AM
Sedihnya lagi sedih baca komen2 netizen kat fb yg takda empati.

Jangan gembira dengan kesusahan o ...


aku skrg ni mmg dah xsimpati dgn netizen, kalu ade kluarge dieorg kne retrench ke, kluarge ditimpa musibah ke, mmg padan muke, dulu2 lain suare netizen mcm suare rakyat, tp skrg aku tgk netizen mcm budak2 bbnu bangang atau acik2 bodoh br jumpe smartphone, fefeeling mcm konon suare majoriti tp sbnrnye tin kosong, kdg2 aku sokong je artis2 atau instafamous,influencer yg maki balik netizen, ade netizen yg kne saman sampai meratap menangis kne byr saman, they are worth it!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju malindo ni seksi ketat kain terbelah.. gedik
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-11-2020 08:49 AM
Depa komen apa?

Pakat duk suh orang2 yg kena benti ni muhasabah diri la
Kalau selalu pandang atas kena pandang bawah,

Kalau hat berita panggung tutup tu lagi laa komen masing2 mcm tengah lepak kat syurga kecik hati staff panggung wayang baca. Itu pun ada yg komen bgtau terasa hati.

Takda empati langsung, sama la mcm bila kuar berita shopping mall sendu ade je yg hati kering akan bg komen menyakitkan hati.


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang kita semua terkesan dan terjejas..
Moga baik2 utk semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-11-2020 09:42 AM
Pakat duk suh orang2 yg kena benti ni muhasabah diri la
Kalau selalu pandang atas kena pandang ba ...

Bagi aku ni ujian.. Muhasabah ada betul juga.. Kadang2 kita hina org lain tanpa sedar.. Jadi Allah bagi rasa penghinaan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 11:38 AM | Show all posts
Simpati kpd semua pekerja2 yg kehilangan pekerjaan di waktu covid ni. Terutama yg mempunyai keluarga dan anak2 kecil yg masih bersekolah.

Pasti ketua keluarga memikirkan bagaiman utk menjana pendapatan utk menyara keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 01:59 PM | Show all posts
msn.com
2,200 Malindo Staff Sign Off With Heartbreaking Farewells Over Airline Retrenchment
Anne Dorall 1 hour ago

Malindo Air has undergone further retrenchments to cut costs during the Covid-19 pandemic. It is expected that its present workforce of 3,200 will shrink down to just 1,000.

For many Malindo staff, they were offered a three-month salary severance package during this retrenchment. Many took to social media to share their experiences at the airline, leading to a flood of love on social media, from air stewardesses to pilots to on-ground staff alike.

Some even offered helpful tips on walking into joblessness.

While the outpouring of fondness from ex-crew and customers alike were tinged with sadness, a few raised some questions about the instability of the airline industry as a whole as well as Malindo Airway’s drastic retrenchment program.

Most notably, the National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam) has critisized the move, stating that Malindo was paid close to RM3 million by Socso under the Employee Retention Programme (ERP).

Nufam states that this payment meant that the airline should be able to retain most of its workers until the middle of next year.

Additionally, the airline had already put many of its workers on long-term leave until next July as well, as most Malindo staff have not received their salaries since June.

Regardless, many ex-airline staff are finding it difficult to hold on to their jobs as the industry stays crippled by the Covid-19 pandemic.


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi aku order grab food.. yang sampai depan rumah aku, motor besar cantik seksi yahamat.. yg bawak pun segak je tengok orangnya tapi pakcik laa dlm 50an aku tgk profile grab dia. Aku suspect pakcik tu samada dia bosan duduk rumah tak boleh merempit dgn motor besar dia so buat grab & dpt merempit ataupun dia kena berenti keje sbb covid & terpaksa bawak grab. Nampak je dia aku punye instinct, dia ni org airlines agaknya. Aku bg tip, happynye laaaa pakcik tu.. ucap alhamdulillah.. rugi pulak aku x suruh dia posing dgn makanan aku tu .. semoga pakcik sentiasa murah rezeki.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.180485 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list