CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6576|Reply: 76

[Tempatan] 71 peratus pencarum KWSP simpanan kurang dari RM50,000

  [Copy link]
Post time 31-10-2020 11:50 PM | Show all posts |Read mode
71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000
Ridauddin Daud
Oktober 31, 2020 18:40 MYT

KUALA LUMPUR: 71 peratus daripada ahli aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, berdasarkan kajian itu bermakna mereka hanya mempunyai RM208 sebulan jika mengambil kira 20 tahun kehidupan selepas bersara.
Tambah beliau, melihatkan jumlah tersebut, wang simpanan mereka sebenarnya tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan yang selesa selepas tidak lagi bekerja.

“Secara purata dalam Akaun 1, ahli kita mempunyai sebanyak RM47,000 dalam Akaun 1. Kebanyakan daripada ahli yang kurang daripada 30 tahun, ahli yang muda, secara purata mereka mempunyai hanya RM10,000 dalam Akaun 1.
“Itu bukanlah jumlah yang banyak, kalau kita campur dengan Akaun 2, ahli kita mempunyai RM13,000 dalam Akaun 2 dan bagi mereka yang bawah 30 tahun,hanya mempunyai RM4,000 dalam Akaun 2.

“Jadi simpanan mereka tidaklah begitu banyak,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada Sabtu.
Dalam pada itu, satu lagi statistik membimbangkan ialah hanya satu daripada tiga pencarum mampu mencapai simpanan asas berjumlah RM240,000 ketika bersara.
“Daripada itu, selepas mereka bersara dan mengeluarkan duit daripada KWSP, satu daripada dua ahli KWSP akan menghauskan simpanan mereka dalam masa lima tahun.
“Di Malaysia, sebagai anggaran, jangka hayat kita 75 tahun. Jadi kalau kita keluarkan duit pada 55 tahun, dan hauskan duit sebelum mereka sampai umur 60 tahun, jadi mereka mempunyai, sebagai anggaran, 15 tahun lagi untuk jangka umur mereka untuk tempuhi,” ujarnya.

Isnin lalu, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan mempertimbangkan lagi cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata kerajaan boleh membenarkan pengeluaran duit dengan mengehadkan secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.
Begitupun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menegaskan Akaun 1 KWSP adalah untuk simpanan masa depan.
Menurutnya, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 buat masa ini, ia akan memberi masalah lebih besar kepada pencarum pada masa akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kurang dr 50k tu boleh la keluar dlm kadar sepatutnya maybe 10%.. sbb kalau dah tertekan pd masa skrg, mmg x mampu nak fikir masa depan dah.. tah2 x sempat guna pun duit sendiri tu.. mohon pertimbangan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x ingat dah simpanan kwsp aku dah bertahun tak check.. Hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut klau 10 tahun keja.. dah ada30-40k paling sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:47 AM | Show all posts
nak kuar duit sendiri pun susah....
mcm2 ALASAN....
gilak betul...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:56 AM | Show all posts
Harap2 pasni KWSP ni bukan diwajibkan ... biaq pekerja buat pilihan... depa nak carum majikan kena carum... depa tak nak carum.. buat simpanan sundri...

Pasni tadak issue duit sundri ka apa kaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2020 01:27 AM | Show all posts
zaman 60 an  mostly rakyat gaji tak sampai 100 sebulan pon,    masuk zaman 90 an,   first time kerja gaji pon 400 je

sepatut nye dividen kene naik ikut nilai value ringgit yg makin turun  ...   zaman 60 an 20k adalah wang besar,  tapi kang 20k nak beli kereta pon x cukup  ...  after 20 tahun ada simpanan 500k KWSP mebi pon sgt sikit je
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 01:57 AM | Show all posts
gaji kecik
memanglah tak banyak yang masuk ke kwsp
haishhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah gaji kecik
Kena berhenti pulak
Agak2 perlu tak duit tu skrg ni?
Silap2 xsempat merasa la duit kwsp sbb dah mati bunuh diri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji kecik, kos sara hidup tggi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji kecik ..dn baru kerja mmglaaaaa ko nk jngka lelebih..alah bg je laaaaa
Org tgh terdesak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul..gaji kecik jer.. mmg x cecah 500k la jwbnya.. ada org x terdesak tp ada org sgt2 perlukan duit utk hidup pd zaman covid ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak suka i-Lestari boleh shopping emas
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 06:38 AM | Show all posts
semoga dimudahkan segalanya...


ketika ni - baru nak keluarkan statistik akaun 1 , ada berapa jumlah simpanan etc semua,

tapi politician  makan duit itu ini , gaji depa u all tahu kan berapa sebulan ....
tu yg terilan if yg ada fake degrees, etc  yg  tak layak pun...

tau pun rakyat susah ...

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
yg pkpd di sabah nk pi bank dilarang walau duit tarak utk beli mende keperluan asas sekalipun muhyidin tetap buat de je....

so nak harap dia utk peduli pencarum2 kwsp terdesak ke idak lani sedangkan yg dok merana disabah lani pun dia tak ambik pot.

macam mengharap rimau kesian kat ayam yg terjerut kaki depannya aje laa.

dia hanya bagi itu ini pada yg boleh beri benefit pada kuasa dia,

kalau dia rasa selamat tak perlu undi dari rakyat marhein utk kekal berkuasa nescaya merana tak berduit camna pung depa takkan dipedulinya ler

sok sok ni kalau dia berjaya istihar darurat aku rasa penjawat awam pun akan dianaktirikannya kerana dia dah tak perlu undi depa dahhh.







Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tp skrg pun dah tk bekerja. nak simpan duit utk siapa...
kot govt nk guna duit epf.. amanah saham utk pelaburan.. jgn ler amik semua
ramai yg struggle ni gaji pun dah mmg kecik. tu pun kalo majikan masukkn potongan epf tu bulan2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Palahotak dia jangka hayat begitu lama
Zaman skrg ramai mati awal lah
I sndri malas nk hidup begitu lama

Dokla fikir jauhhhh sangat di kala pandemik

Kalau org tu skrg umur 35 pstu tgh susah dan berharap duit epf dorang tu boleh guna time sesak
Tapi ngokngek dlm artikel dokkk tolong fikir hal 40tahun akan datang pulak
Bodo tul
Esok lusa ntah hidup ntah tidak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kn la pd org yg hilang pekerjaan..bg je lah duit epf tu plg busuk 10k..bkn sng nk hidup sekarang ni.brg makanan pon naik.kesian org nk beli susu ank.nk bayar sewa rmh..korang politikus apa peduli org bawahan ni..mana nk rasa kesusahan rakyat,duit korang berkepok 7 keturuman tak hbs.menteri2 ni mau duit berbilion2.setakat juta2an tu apala sgt celah gigi je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke statistik ni?
Hbs xnk pulak relate kn yg gaji kt cni ni sbnarnya sikit sbb tu caruman kwsp pn sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg akaun 2 kurang 10k tu, termasuk aku la tu. Sbb dah perabih bayar ptptn.
Tu pun aku bersyukur smpt rasa diskaun 10% n 15% tu time Najib jd pm. Klu tggu sekarang, alamat kurang 5k la belen dlm kwsp tu sbb dah xde diskaun lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.094214 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list