CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3700|Reply: 54

[Tempatan] Perlu lagi kah kurung para penduduk tak leh kluar rumah langsung ketika PKPD , t

[Copy link]
Post time 1-11-2020 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by blastoff at 2-11-2020 08:12 AM

Merujuk kepada teknik PKPD di sabah yg sekarang ni sedang di laksanakan....

Selama berbulan2 dari pengalaman yg kita semua lalui dimalaysia telah dapat dilihat dgn jelas yg ok je terkawal virus dari tersebar meluas apabila kita pakai mask dan amalkan social distancing serta guna sanitizer ,

walau rakyat kluar sana sini bawak anak2 sekali pun tapi apabila diamalkan pemakaian mask dgn betul dan social distancing yg ketat memang boleh mengelak virus nih .....

So utk apa lagi masih nak di buat PKPD yg mengurung dlm rumah tak benarkan kluar selama berbelas2 hari hingga nak ke bank pun tak leh terhadap seluruh kawasan perumahan ?

Kenapa pergi ke bank dianggap berisiko sesgt tapi pergi kedai2 tidak pulak dianggap gitu ketika PKPD ? Bersandarkan pada bukti sains apakah yg bank lebih berisiko tersebar virus dari kedai atau rumah sendiri ?

Kenapa nak rakyat menderita dgn cara perlaksanaan PKPD yg tak masuk akal gituh sedangkan selama ni solution mudah dah ada depan mata ?

Pak2 menteri dan para penyokong depa nak pakai mask dan nak amalkan social distancing tak sanggup lah yg membawa pada ledakan virus, jadi jelas sekarang yg PKPD style kurung ala tahanan ISA nih memang tak perlu dan dah jadi amat extreme serta zalim utk terus terusan di buat.

Bayangkan kalau muhyidin berjaya istihar darurat, dia boleh je letakkan semua rakyat malaysia dlm PKPD sekali lagi atas alasan virus tak terkawal mungkin kerana dia phobia takut rakyat bangun memberontak buat demo ke hapa menentang dia ....lalu semua rakyat bakal menderita lah jawabnya sama mcm penderitaan yg lani sedang dialami oleh rakyat sabah yg dikenakan PKPD .

So why not kita semua cuba bersuara dan zahirkan rasa simpati utk membela nasib rakyat sabah yg sekarang ni menderita terkurung dlm rumah sendiri tanpa keperluan asas tu sebelum one day mungkin kita semua akan turut alami yg sama gak kalau dibiarkan muhyidin terus bermaharajalela menindas rakyat dgn SOP PKPD yg tak masuk akal gitu .




==========================================



BERITA

https://www.malaysiakini.com/news/548720


  65      Shares  
    
    
    



Kawasan PKPD Taman Semarak diperluas rangkumi kedaiDiterbitkan  30 Oct 2020, 3:59 pm






Kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Taman Semarak, Tawau di Sabah kini diluaskan untuk merangkumi satu deretan kedai.
Ini selepas penduduk berdemonstrasi semalam kerana susah mendapat bekalan makanan.
Peraturan baru mengenai penghantaran barang dan gerai makanan juga telah diperkenalkan.
Agensi berita kerajaan Bernama memetik setiausaha Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang hari ini mengatakan bahawa penduduk kini boleh mengunjungi kedai dari jam 6 pagi hingga 6 petang.
Keputusan itu dibuat pada pertemuan Pusat Kawalan Operasi Bencana Tawau (PKOB) malam tadi berikutan demonstrasi tersebut.
Semalam, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmy Yahya mengarahkan agensi negeri untuk meneliti keperluan penduduk.
Turut diputuskan bahawa sebarang sumbangan makanan untuk penduduk kini boleh diserahkan di dua pusat pemeriksaan yang ditetapkan - Simpang Utama Semarak atau Bulatan Semarak Megah - antara jam 9 pagi hingga 2 petang.
"Penghantar boleh berhubung terus dengan keluarga terbabit untuk mengambil barang berkenaan mengikut masa yang ditetapkan. Sekali gus SOP sebelum ini berkaitan penghantaran barang termasuk ke PKOB di MPT adalah terbatal," kata Pang.
Penjual makanan, termasuk mereka yang menjual sayur-sayuran dan ikan perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum mereka dibenarkan memasuki kawasan PKPD Taman Semarak.
Pang menambah bahawa penduduk tidak akan dibenarkan meninggalkan kawasan PKPD untuk mengakses mana-mana bank dan mencadangkan agar mereka menghubungi anggota keluarga untuk menyerahkan wang di pusat pemeriksaan.
Kehabisan makanan
Semalam, kira-kira 50 penduduk Taman Semarak mengadakan demonstrasi di sebalik pagar kawat berduri yang dipasang mengelilingi kawasan kediaman mereka.
Dalam video demonstrasi yang kini tular, penduduk dilihat memakai topeng dan berdiri dengan menjaga jarak fizikal antara satu sama lain sambil meminta kerajaan  memberi mereka akses kepada makanan dan bekalan.


Seorang demonstran mengangkat sebuah plakat yang bertuliskan “Kami gaji hari, benarkan kami ambil duit di bank. Satu orang satu rumah saja. (Anak-anak kami perlukan) susu dan pampers.
Sementara seorang lagi demonstran mengangkat plakad tertera" "Kami minta diizinkan belanja di bawah (di kedai)".
Demonstran Johny Garakit Goran memberitahu Sinar Harian bahawa ramai penduduk kehabisan makanan setelah empat hari berada di bawah PKPD.
"Masalah kami sekarang adalah sukar mendapatkan bekalan makanan dan kedai berhampiran telah dipagari.
"Kami hanya mahu pergi tidak jauh dari sini untuk membeli makanan kerana banyak penduduk kehabisan makanan. Beberapa yang lain juga kehabisan gas untuk masak,” katanya seperti dilapor.
Bekalan makanan mentah yang disumbangkan oleh orang lain kepada penduduk juga akan terbuang kerana penghantaran yang tertunda, tambahnya.
"Mereka mengumpulkan barang (di pusat pemeriksaan) dan hanya memberikannya kepada penduduk pada waktu malam. Sudah tentu makanan mentah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran akan rosak.
"Sukar bagi penduduk untuk bergantung pada orang lain kecuali ketua isi rumah untuk keluar dan membeli bekalan, terutama makanan mentah," kata Johny.
Taman Semarak, yang dilaporkan terdiri daripada 4,000 keluarga ditempatkan di bawah PKPD dari 26 Oktober hingga 8 November berikutan lonjakan kes Covid-19 di sana.
Sehingga 12 tengah hari semalam, Tawau melaporkan sejumlah 1,189 kes, jumlah kes kedua tertinggi di 26 daerah di negeri ini.
Sabah telah menjadi pusat gelombang Covid-19 ketiga negara ini, dan telah menyaksikan sejumlah besar kluster jangkitan selain mencatatkan peningkatan kes kematian.
Di bawah PKPD, penduduk yang terjejas harus tinggal di rumah kecuali untuk mendapatkan bekalan asas. Pihak berkuasa juga seharusnya mengedarkan makanan kepada penduduk.
PKPD bertujuan untuk membolehkan ujian Covid-19 bersasar dapat dijalankan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
X zalim kalau nk mengekang virus ni...tapi zalim jika x dibantu yg x boleh kerja dan cari duit....sebab menteri2 ni tetap ada duit dan hidup mewah ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Takat ko bg bpn..bsh setahun sekali pi mampos ingat yg susah tu hidup depa cemana....ada yg kelengkapan rumah seperti tilam...bantal pun x de....tak percaya?? Pi join orang2 susah...masuk je area orang2 susah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:29 AM | Show all posts
noor2 replied at 1-11-2020 09:25 AM
X zalim kalau nk mengekang virus ni...tapi zalim jika x dibantu yg x boleh kerja dan cari duit....se ...

disebabkan PKPD ala tahanan ISA lah yg membawa kepada ramai yg tak leh kerja dan cari duit ..... so its a direct cause to the problem.... nak solve problem tuh perlu di cegah direct cause tu dulu lah , tak gitu ?

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 1-11-2020 09:29 AM
disebabkan PKPD ala tahanan ISA lah yg membawa kepada ramai yg tak leh kerja dan cari duit ..... s ...

Ya...x perlu pun pkpd....cuma perlukan sop saja... rakyat masing2 pandai jaga diri....siapa yg nk mati?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:31 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 1-11-2020 09:32 AM

rakyat yg selama nih tak pernah tagih bantuan pun, elok2 bekerja, elok2 boleh cari duit tapi dgn perlaksanaan PKPD trus jadi tahanan ISA hingga terpaksa minta sedekah bakul makanan kerajaan .....errr bukankah PKPD yg membuatkan rakyat tu melarat merempat berbelas hari gitu perlu dihapuskan dah lani  ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2020 09:36 AM | Show all posts
noor2 replied at 1-11-2020 09:30 AM
Ya...x perlu pun pkpd....cuma perlukan sop saja... rakyat masing2 pandai jaga diri....siapa yg nk  ...

itu laa, tapi yg peliknya tuh, parti pembangkang mcm DAP cuma membantah kuarantin berbelas hari hanya apabila ahli2 politik depa sundrik yg kena baru2 nih,

DAP lupa kah yg rakyat dah dok kena camtu berapa lama dah selama ni tapi DAP diam je.


Itu lah. Ada pembangkang pun sama bersikap selfish macam kerajaan gakk... yg mufti2 dan pejuang2 hak asasi pun semua tak teringin nak membantah langsung PKPD tuh .... haih apa nak jadi la.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 1-11-2020 09:53 AM
blastoff replied at 1-11-2020 09:36 AM
itu laa, tapi yg peliknya tuh, parti pembangkang mcm DAP cuma membantah kuarantin berbelas hari ha ...


Awal covid dulu...aku terima juga pkp...pkpd semua tu...tapi tengok keadaan ekonomi rakyat makin teruk...ramai kehilangan kerja x kan nk teruskan benda yg sama..


Lagi pun rakyat mmg dulu patuh pada pkp..pkpd dan covid dah mula nk hilang dari Malaysia ni.... tiba2 dtg pemimpin bodo yg buat PRN terus naik teruk balik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 1-11-2020 09:31 AM
rakyat yg selama nih tak pernah tagih bantuan pun, elok2 bekerja, elok2 boleh cari duit tapi dgn per ...


Kerajaan ada tanggunjawab yg besar utk strike a fine balance antara LIFE rakyat dgn LIVELIHOOD dlm menangani wabak ini, kata abahcow...

Lu org dok rumah senyap senyap..biar abahcow yg rentas negeri tanpa SOP, sekaligus per taruhkan nyawa abah pada virus ini...demi rakyat yg abahcow cintai.....

Kahkahkahkahkah

Ptuiiiiiiiii

Haramjadah punya politaiks

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu..
Yg pkpb pun ramai berkumpul2... no distance.. peluk2... merayap2 keluar daerah alasan exercise, bercuti etc... sambut halloween... dan sebagainya. Boleh lah tengok kat soc med masing2 pun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu student sabah kat upsi la dia citer kena.kuarantin 2mgu duk kolej.asrama. nak beli makanan xda cash. Habis. Tp takleh g mana2. Takleh g atm. Jd dia duk menumpangla makan maggie kwn2
Sian betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 10:03 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 1-11-2020 10:10 AM

Korang ahli2 parlimen kena kuarantin dlm hotel lima bintang yg diberi makan sedap2 , ada tv besaq gedebaq boleh lepak dgn pendapatan serta elaun sket tak terjejas...

punggg merungut sakan tak tahannn dikurung berbelas hari....

inikan plak rakyat marhein yg tak berduit, tersekat pendapatan, tarak bekalan asas, yg terkurung dlm rumah berbelas hari dgn anak2 yg ramai berteriak menangis itu ini lagiii laaaa tak tahan woiiiii.

Tapi DAP cuma fikir puak2 dia je ,

itu yg membuat rakyat ramai yg menyampah kat DAP tuu kerana terlalu sempit minda tak mampu faham penderitaan manusia sejagat kerana cuma nak fikir membela nasib sekutu dia jer memanjang.




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

https://www.sinarharian.com.my/a ... imple&link=link


>> BERITA > Nasional >



Ahli-ahli Parlimen Sabah bakal jadi 'tahanan'

MOHD AZLIM ZAINURY | | 23 Oktober 2020
Tangkap layar kenyataan Kit Siang di blog dan laman Facebooknya hari ini.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa pihak pengurusan Parlimen tidak membuat sebarang persediaan untuk persidangan Parlimen secara maya ketika gelombang ketiga wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara.

Soal Kit Siang, apakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak memberikan kebenaran kepada pihak Parlimen untuk mengadakan persidangan secara maya memandangkan tumpuan utama mereka adalah bagaimana untuk menggantung persidangan Parlimen.

Veteran DAP itu berkata, jika persidangan secara maya diadakan ahli-ahli Parlimen daripada Sabah tidak perlu dikuarantin di bilik hotel selama 14 hari di Kuala Lumpur sebelum menjalani ujian saringan Covid-19 untuk menghadiri persidangan Belanjawan pada 2 November ini.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen Sabah itu seakan-akan menjalani tahanan perseorangan selama 14 hari di bilik hotel mereka di Kuala Lumpur.

“Pengalaman ahli-ahli Parlimen Sabah yang perlu menjalankan kuarantin berasingan di bilik hotel ini seakan-akan serupa dengan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan secara bersendirian selama 60 hari pertama mereka sebelum akta ini dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan diblog dan laman Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru Mesyuarat Khas Kabinet memaklumkan kepada Parlimen yang mereka tidak mempunyai sebarang bantahan untuk mengadakan sesi sidang Dewan Rakyat secara dalam talian.

"Saya menyeru kepada mesyuarat khas Kabinet pagi ini untuk memaklumkan kepada Parlimen yang mereka tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap Parlimen untuk mengadakan persidangan secara maya dan untuk membenarkan pihak Parlimen untuk mengambil apa-apa persediaan diperlukan untuk mengadakan persidangan secara maya ini," katanya.

Katanya, Parlimen patut diberikan jaminan yang Kabinet akan meluluskan cadangan belanjawan untuk mengadakan persidangan secara maya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... imple&link=link
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 1-11-2020 09:59 AM
Aritu student sabah kat upsi la dia citer kena.kuarantin 2mgu duk kolej.asrama. nak beli makanan xda ...

Sian pelajar ...sialllllll politaiks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blastoff at 1-11-2020 10:24 AM
Piramida replied at 1-11-2020 09:59 AM
Perlu..
Yg pkpb pun ramai berkumpul2... no distance.. peluk2... merayap2 keluar daerah alasan exer ...


itu hanya masaalah lemah pemantauan jer, kalau dah sedar kat certain tempat org banyak berkumpul ramai2 tak patuh SOP, perlu difokuskan kat situ lah utk diawasi lebey....

pehal plak dikurung semua hanya kerana kerajaan sundrik lemah tak reti buat pemantauan berkesan...

itu macam tak reti kawal mat rempit yg kuat racingg lalu semua rakyat yg naik moto dihalang langsung dari gi mana2.. logik ke solution extreme camtu yg tak address the source of the problem pungg?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sabah..mmg ada yg duduk jauh dari town..nak access bank pun xblh, nak mkn apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:49 AM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 1-11-2020 10:55 AM

Setakat sekarang bulan Nov 2020, "hanya" 249 orang Malaysia telah dibunuh oleh virus Covid-19/Wuhan, kebanyakannya orang2 tua dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, dll = ada sistem immune yang sangat lemah. Kebanyakan mangsa2 mati virus selsema/influenza pun sama. Tapi yang hairan, mengapa tiada PKP/MCO/lockdown bila sebanyak 13,913 orang Malaysia dibunuh oleh virus selsema/influenza pada tahun 2018 atau pada tahun yang lain.? .......

https://www.worldlifeexpectancy.com/malaysia-influenza-pneumonia
.

https://www.thestar.com.my/asean ... eceived-flu-vaccine - 2020/10/31/s-korea-govt-says-that-83-deaths-reported-among-people-who-received-flu-vaccine

.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 1-11-2020 01:46 AM
Awal covid dulu...aku terima juga pkp...pkpd semua tu...tapi tengok keadaan ekonomi rakyat makin ...

Couldnt agree more with you
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 11:03 AM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 1-11-2020 11:08 AM

*sindiran* - Demi rakyat, kerajaan Malaysia akan hapuskan semua kematian rakyat akibat virus Covid-19/Wuhan, virus selsema/influenza, virus AIDS, kanser, sakit jantung, kemalangan, banjir, tsunami, kilat, tanah runtuh, jenayah membunuh, bunuh-diri, dll, ... spt dengan  langkah bijaksana  PKPD/EMCO/full-lockdown atau perintah berkurung.
.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 11:14 AM | Show all posts
Mmg betullah susah nak puaskan hati semua org.

Setiap hari bila baca comments kat FB atau instagram KKM, pasti ramailah org2 Sabah yg meminta supaya di lockdownkan (PKPB) seluruh negeri Sabah. Sampai ada yg memberi hints/sindiran bhw kerajaan Persekutuan bersifat pilih kasih sbb hanya buat PKPB di Selangor, KL & Putrajaya.

Kat sini pulak, ada yg tak berpuas hati dgn PKPB and PKPD.

Auntie ni bukanlah pakar ttg apa yg patut atau tidak patut dilakukan. Maka auntie biarkan saja pihak yg bertanggungjawab (terutamanya KKM dan MKN) utk membuat keputusan yg terbaik. Auntie yakin pihak2 yg bertanggungjawab pun tak mahu membebankan rakyat tapi utk memutuskan rangkaian covid 19, terpaksalah dilaksanakan.

Auntie tinggal di kwsn PKPB, di zone merah. Mmg tak suka dikurung. RImas, boring, dan mcm2 lah. Tapi cepat2 berfikir, nak hidup sihat ker atau nak ambil risiko kena covid 19.  So cepat2 bersyukur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 02:55 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 1-11-2020 03:39 PM
auntieagony replied at 1-11-2020 11:14 AM
Mmg betullah susah nak puaskan hati semua org.

Setiap hari bila baca comments kat FB atau instagr ...

Jawapan haku dlm font warna biru.... harap auntie puas hati lah , tapi kalau tak pun tak paaa dan dialu-alukan utk nyatakan sebabnyaa  



Mmg betullah susah nak puaskan hati semua org.

Zalim ke tidak sesuatu perbuatan bukan terletak pada kepuasan hati manusia , tapi pada kesusahan hidup yg berlaku hasil dari perbuatan yg sengaja dipaksakan ke atas manusia tanpa justifikasi .


Setiap hari bila baca comments kat FB atau instagram KKM, pasti ramailah org2 Sabah yg meminta supaya di lockdownkan (PKPB) seluruh negeri Sabah. Sampai ada yg memberi hints/sindiran bhw kerajaan Persekutuan bersifat pilih kasih sbb hanya buat PKPB di Selangor, KL & Putrajaya.

Macam mana boleh betul2 sure yg beri komen nak PKPD di FB dan instagram KKM tu benar2 dari rakyat sabah yg genuinely nakkannya, atau sekadar macai2 ahli politik yg taksub terlampau hingga sanggup membanjiri komen socmed utk tunjuk sokongan, errr hatta sanggup berbaring atas jalan kalau itu boleh memberi dedak lebih ?


Kat sini pulak, ada yg tak berpuas hati dgn PKPB and PKPD.

sebab apa tak suka PKPD yg perlu di nilai , instead of pukul rata yg tak suka tu semua tak puas hati je


Auntie ni bukanlah pakar ttg apa yg patut atau tidak patut dilakukan. Maka auntie biarkan saja pihak yg bertanggungjawab (terutamanya KKM dan MKN) utk membuat keputusan yg terbaik. Auntie yakin pihak2 yg bertanggungjawab pun tak mahu membebankan rakyat tapi utk memutuskan rangkaian covid 19, terpaksalah dilaksanakan.

Apabila "pakar" diterima setiap perbuatannya tanpa check and balance langsung, membawa kepada mentaliti "cult" yg akhirnya akan mengundang kezaliman tanpa batasan berlaku, sejarah telah membuktikan ianya benar2 berlaku gitu over and over again  .


Auntie tinggal di kwsn PKPB, di zone merah. Mmg tak suka dikurung. RImas, boring, dan mcm2 lah. Tapi cepat2 berfikir, nak hidup sihat ker atau nak ambil risiko kena covid 19.  So cepat2 bersyukur.

Kalau berkurung boleh menyihatkan dan menghindarkan covid 19 taraklah dlm penjara yg semuanya berkurung belaka2 tu boleh berlaku ledakan virus tuh kannn hingga jadi tak terkawal lani . So berkurung tak semestinya boleh sihat pungg.

Errr Banyak Penjenayah tegar yg kuat berkelahi akan di kurung dalam sel individu di amerika yg tak dibenarkan kluar walau untuk riadah di compound penjara sekalipungg , lagi jahat dan suka buat perangai lagi diextend tempoh di kurung dlm keadaan gitu .... jelas tunjukkan pengurungan style tu hanyalah sesuai utk tujuan menghukum sebab ia memberi impak negatif pada emosi dan fizikal manusia .




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.072038 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list