CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2461|Reply: 0

Petua Elak Penyamun Pecah Masuk Rumah Ikut Tingkap Dan Bumbung

[Copy link]
Post time 4-11-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mr.Tibet at 4-11-2020 12:19 AM

Baru2 ni meols tengok tingkap belakang rumah meols Ada kesan umpil...tapi nasib baik la takda orang pecah masuk rumah.

Uols tahu Tak petua meols apa...

Belakang rumah meols ni banyak tanam pokok berduri antaranya bunga Ros menjalar, Dan pokok limau purut.

Lepasni meols nak pindahkan pokok bunga kertas ke tingkap belakang rumah...nak nampak messy lagi tambah dengan pokok bunga air Mata pengantin...

Padan la Muka perompak...semua tingkap rumah Ada pokok bunga kertas, limau purut dan bunga Ros merimbun.

Petua ni meols dapat dari satu artikel di internet.

Pokok berduri antara yang menghalang penyamun pecah masuk rumah...antara nya pokok yang miang dan berduri.

So pokok berduri yang bermanfaat

1. Bunga Kertas, duri yang besar dan Panjang, bunganya cantik. Akarnya tidak merosakkan struktur rumah.

2. Bunga Ros Menjalar...tahan cuaca panas dan kering. Banyak duri, berbunga cantik dan bau harum.

3. Pokok limau purut...berduri banyak dan besar, boleh digunakan dalam masakan dan berbau harum

4. Pokok Akar wangi...akar berbau harum, tidak invasive/meliar, menghalau anai2 dari dasar rumah Dan daunnye miang

5. Pokok serai...berbau harum, menghalau nyamuk Dan serangga, berguna untuk masakan dan bersifat miang.

6. Pokok Bidara Duri....pokok ni daunnya bau wangi, digunakan dalam perubatan tradisional utuk halau jin...durinya boleh halau penyamun

7. Pokok Terung Pipit...buahnya boleh dibuat makanan, pokoknya berduri...hidup meliar dan Tak perlu risau kalau rosak atau mati...akarnya tidak merosakkan rumah.

Pokok2 ni korang boleh combine dan tanam berdekatan tingkap rumah terutama bahagian dapur rumah

Yang paling bagus pokok bunga kertas sebab tahan lasak, dahan dan durinya banyak...akarnya tak merosakkan rumah.

Selamat berkebun!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054076 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list