CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3050|Reply: 0

[Majalah] [BERKARYA DENGAN DS] Peluang Berkarya untuk 2021

[Copy link]
Post time 9-11-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Peluang berkarya dengan Dewan Sastera.

1)Puisi- sajak/puisi tradisional (dah penuh)
2)Cerpen (8-25 halaman)
3)Cerpen/Puisi Terjemahan
4)Drama (bebas : disiarkan bersiri)
5)Surat kepada Editor     
6)Kajian - Artikel ilmiah/separa ilmiah
7)Bicara Karya - Artikel separa ilmiah
8)Sastera Antarabangsa
9)Reaksi - Artikel tentang karya/isu/gerakan
10)Pengalaman - Artikel tentang pengalaman
11)Tabir Hayat
12)Ulasan Buku


Hantar Karya bersama Dewan Sastera 2021

Kami mengalu-alukan para karyawan untuk mengirimkan karya kreatif dan bukan kreatif bagi menghiasi ruang majalah Dewan Sastera tahun 2021 dan seterusnya. Antara karya-karya yang diperlukan:

Puisi - Sajak/Puisi Tradisional (1-2 hlm.)

Cerpen (8-25 hlm.)
nota: Sertakan foto profil penulis beresolusi tinggi dengan biodata ringkas penulis di bawah 100 patah perkataan.

Cerpen/Puisi Terjemahan - Perlu hubungi Editor Dewan Sastera terlebih dahulu (rujuk e-mel di bawah)

Drama (bebas: disiarkan secara bersiri)

Surat kepada Editor - Surat ringkas dan padat kepada Editor Dewan Sastera (1 hlm.)

Kajian - Artikel ilmiah/separa ilmiah yang mengupas secara mendalam, beranalisis dan kritikal tentang suatu penyelidikan kesusasteraan, moden mahupun tradisional, juga yang berkaitan dengan pengajian ilmu kesusasteraan, teori kesusasteraan, sejarah kesusasteraan, pemikiran/gagasan, bicara falsafah, kesusasteraan bandingan, dan hal-hal yang berkaitan (12-30 hlm.)

Bicara Karya - Artikel separa ilmiah yang membicarakan sesebuah karya sastera kontemporari. Artikel ini boleh dihasilkan dengan (1) menerapkan teori sastera (atau teori bidang lain, seperti budaya, sains sosial, psikologi, semiotik, seni, filem, falsafah, dll.) sedia ada terhadap karya tersebut dan dianalisis atau (2) melakukan bicara karya tanpa penerapan teori.
Tulisan bicara bagi (1) seharusnya mempunyai kriteria tersebut:
i. Mengaplikasikan mana-mana pendekatan kritikan sastera dengan teori;
ii. Mentafsir sesebuah karya: menganalisis secara rasional, meyakinkan dan berhujahkan fakta-fakta yang terkandung dalam karya; dan
iii. Penilaian/hukuman: menyatakan sama ada karya itu gagal, baik atau buruk.
(Mana Sikana, 1986, Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah)
Tulisan bicara bagi (2) seharusnya mempunyai kriteria tersebut:
i. Menjelaskan karya kepada pembacanya: memerikan, memfokuskan dan menerangkan bahagian-bahagian, unsur-unsur dan aspek-aspek pusat dalam sesebuah karya;
ii. Menilai karya dengan objektif; dan
iii. Membimbing penulis.
(Muhammad Haji Salleh et al., 1985, “Kritikan Sastera Malaysia dan Beberapa Saranan” dlm. Kritikan: Situasi Mutakhir dan Arah Masa Depan)

Sastera Antarabangsa - Artikel tentang penulis/karya/isu/gerakan/peristiwa sastera di luar negara (4-12 hlm.)

Reaksi - Artikel tentang karya/isu/gerakan yang berkaitan dengan sastera di Malaysia ataupun memberi reaksi terhadap fokus/artikel lepas dalam Dewan Sastera. Rencana berita dielakkan (4-12 hlm.)

Pengalaman - Artikel tentang pengalaman (1) penulis menghasilkan sesebuah karya (seeloknya buku, bukan karya eceran) atau bagaimana (2) penulis mengikuti seorang tokoh sebagai ilham/inspirasi pengkaryaan penulis, atau bagaimana (3) penulis berpegang pada sebuah buku/karya sebagai rujukan ilham/kepengarangan penulis. (4-12 hlm.)

Tabir Hayat – Artikel penghormatan dan belasungkawa pemergian seseorang penulis (4-8 hlm.)

Ulasan Buku – Ulasan buku Dewan Sastera mengikut format yang berikut:
i. Judul Buku
ii. Penulis
iii. Terbitan (setakat ini hanya buku sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dibenarkan)
iv. Tahun Terbitan
v. Harga
vi. Nama Pengulas
vii. Teks Ulasan (1 – 1  hlm.)

Format: MS Word *.doc/docx, Fon Arial 12, Langkau dua baris (double spacing), Perenggan imbang (justified) berserta Judul dan Nama penulis di awal karya.

E-melkan karya anda kepada fadlidewansastera[@]gmail[.]com

Sertakan:
i. Nama sebenar (di samping nama pena, jika ada)
ii. No. kad pengenalan
iii. No. akaun bank
iv. Alamat surat-menyurat yang tepat, lengkap dengan poskod
v. No. telefon


Sumber: FB Dewan Sastera

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063645 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list