CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 1

[Tempatan] BAGI PENDAPAT GUYS. NAK TUNTUT GAJI DARIPADA MAJIKAN (RETRENCHMENT EDITION - COM

 Close [Copy link]
Post time 12-11-2020 09:51 AM | Show all posts |Read mode

hai.



aku nak mintak pendapat korang. sama ada korang pernah experienced, atau arif bab ni, mintak tolong bagi pendapat.

aku kena retrenched by company masa bulan Julai 2020 haritu. company bagi surat berhenti dengan notis satu bulan. masa dipanggil masuk dalam meeting room tu, memang tak expect pun akan kena retrench. alasan diorang sebab covid lah (alasan paling relevan buat masa ni). nak minimize manpower. bila dah duduk, and diorang (HR) bagitahu aku kena retrench, terkejut jugak. terkejut bercampur risau sebab dah fikir lepas ni macam mana nak survive apa semua. masa tu HR manager tu explain la apa yang aku akan dapat. company bagi pampasan (dikira ikut formula yang termaktub dalam akta buruh), annual leave yang tak digunakan tu company akan reimburse, dan gaji sebulan (sebab aku still bekerja dan notis sebulan diorang bagi tu, aku masih kena bekerja). and dia bagi masa kat kitorang (bukan aku sorang kena. ada lagi 8 orang kena retrench) 24 jam untuk sign surat tu dan bagi balik copy of signed termination letter. and yes, kitorang sign surat tu. aku masa tu still in shock and tak boleh nak fikir apa-apa lagi selain "what will happen to me in future?". so aku sign je and return balik copy.

lepas 1 minggu macam tu, barulah aku rasa calm, dan boleh terima kenyataan yang aku dah jobless, dan masa tengah duk termenung tu aku compare balik apa yang HR bagi according to termination letter tu, dan apa yang termaktub dalam offer letter. and baru aku perasan kat dalam offer letter ada menyatakan yang kalau nak terminate staff, company kena bagi 3 months of termination notice. so kat situ dah nampak yang benda ni tak tally. so aku pun tanya lah elok-elok kat akak HR manager tu balik,

aku: kak, kenapa dalam surat terminate company bagi notice sebulan je? bukan kena bagi notice 3 bulan ke?
akak HR: kan akak ada bagi amended offer letter dulu. ada banyak benda yang company amend. kan akak ada buat conference call. check balik dengan manager awak.
aku: tapi saya takde sign apa-apa offer letter yang baru pun
akak: memang tak ada offer letter baru.

aikk?!

so conversation tu mati kat situ. aku dan staff lain ada juga request dia bagi softcopy offer letter yang disebutkan tapi akak HR tu boolayan. masa ni kitorang semua dah lepas daripada tempoh bekerja dalam company tu. agaknya diorang serabut kitorang semua duk bising-bising nak mintak offer letter, dia call (email langsung tak reply, call boleh pulak) kami semua sorang demi sorang untuk bagitahu yang diorang tak boleh bagi offer letter tu sebab kami semua no longer the company's staff. haha. aku tahu hardcopy offer letter semua staff simpan kat mana. so aku mintak staff (yang rapat dan paling boleh dipercayai) kat outlet tu tolong cari dan snap gambar. TAPI, tiba-tiba file tu dan GHAIB. haha. berbulan-bulan duk sadai kat situ, tapi kali ni tiba-tiba boleh lenyap.

actually kitorang ada je offer letter tu (softcopy) tapi saja je nak mintak kot kot memang ada yang dia kata 'amended banyak benda tu'. tapi takde. bukan kitorang je yang takde letter yang baru, tapi SEMUA STAFF memang takde offer letter baru yang akak tu gembar-gemburkan.

masa tengah kecoh pasal isu offer letter, tiba-tiba company call sorang demi sorang datang ke HQ untuk sign surat baru.
siap keluarkan memo lagi dan semua kena sign.


so dalam hal ni, boleh tak fight kat pejabat buruh untuk tuntut gaji lagi 2 bulan tu? mohon pendapat guys.  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 11:21 AM | Show all posts
TT boleh post sini Masalah Peribadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067118 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list