1- OJA - 73.70%
2- ASHIRA - 69.70%
3- NORANIZA IDRIS - 69.60%
4- YANTZEN - 69.00%
5- MUSS - 64.50%
6 - LINDA NANUWIL - 64.40%
7 - AYU - 58.80%
8 - CLIFF UMAR - 58.20%
9 - AJU SUCCESS - 57.80%
SENARAI LAGU MINGGU KE 8 : SUKU AKHIR
TEMA : GV THROWBACK
1. OJA - Memori Cinta Luka (Nassier Wahab)
2. ASHIRA - Nur Kasih (Slam)
3. NORANIZA IDRIS - Anak Kampung (One Nation Emcees)
4. YANTZEN - Segalanya Ku Terima (Ilusi)
5. MUSS - Seragam Hitam (Kristal)
6. LINDA NANUWIL - Teringin (Shima)
7. AYU DAMIT - Rahsia Pohon Cemara (Exist)
8. CLIFF UMAR - Pesanan Buat Kekasih (Spring)
Author|Post time 18-11-2020 12:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 18-11-2020 12:09 AM
Nabil Ahmad Dikecam Gara-Gara Perli Diva AA Secara Langsung
Seperti yang diketahui ramai, selebriti sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sememangnya terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara terhadap sesiapa sahaja. Ini termasuklah baru-baru ini Diva AA telah memerli pengacara Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad di media sosial atas gaya pengacaraanya.
Susulan daripada itu, menerusi siaran langsung GV7 malam tadi Nabil dikatakan kononnya telah membalas perlian Diva AA dengan memerli dan meniru gaya Diva AA yang kini kembali dalam bidang pengacaraan dengan menggalas tanggungjawab sebagai hos bersama Elly Mazlein menerusi rancangan realiti Lagu Cinta Kita bagi musim kedua di TV3.
“Not my level, shut up! Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” kata Nabil kepada juri tetap, Datuk Ramli MS ketika bersiaran langsung dalam konsert GV7 malam tadi.
Kerana tindakannya itu, warganet menyifatkannya sebagai kurang ajar dan tidak profesional kerana mengambil peluangnya mengacara GV7 untuk membalas semula perlian Diva AA.
Malah mereka turut menuntut Nabil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya itu. Sebagai info, rancangan GV7 dan Lagu Cinta Kita telah bersiaran langsung serentak pada jam 9 malam masing-masing di TV3 dan juga Astro Ria.
Author|Post time 18-11-2020 12:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 18-11-2020 12:08 AM
Kes Nabil Ahmad Perli Waktu Siaran Langsung, Ini Jawapan Tenang Diva AA
Sejak 15 November lalu kecoh sebentar di laman Twitter apabila ramai netizen tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh pengacara Nabil Ahmad dalam satu program hiburan tempatan.
Ketika sedang mengacara, Nabil secara tidak sengaja bercakap tentang Azwan Ali yang kini namanya disebut kembali selepas mengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua.
Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, namun ramai menganggap kata-kata itu sememangnya ditujukan kepada Azwan Ali.
Tapi boleh jadi Nabil sebenarnya hanya bergurau sahaja dan tidak bermaksud untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan ayat Nabil dan menganggap dia sebagai seorang yang tidak profesional selaku seorang pengacara yang sudah berpengalaman.
Dalam masa yang sama, netizen turut menganggap Azwan Ali sebagai seorang pengacara hebat yang perlu dicontohi walaupun ada ketika dia akan keluarkan kata-kata pedas daripada mulutnya.
Selepas isu itu kecoh, kini Azwan Ali telah memuat naik satu twit balas terhadap kenyataan Nabil itu.
Tak seronok pula kalau ada isu gaduh macam ni kan, nanti lambat laun mesti akan bertemu juga sebab industri hiburan ini bukan la besar pun dan tak mustahil kalau suatu hari nanti Nabil akan bekerjasama dengan Azwan Ali kan?
Harapnya tak ada la episode balas membalas ya lepas ni, kita support each other okay!
Author|Post time 18-11-2020 12:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad
Akui tidak berkecil hati selepas didakwa disindir pengacara Nabil Ahmad ketika mengendalikan program Gegar Vaganza secara langsung, pengacara tersohor tanah air, Azwan Ali atau lebih mesta disapa Diva AA tampil memaafkan pengacara itu andai benar beliau memerlinya.
Katanya, tiada masa untuk memikirkan perkata itu, malah beliau juga menegaskan dirinya tidak mempunyai masalah dengan pelawak itu.
“Saya tak tengok pun video katanya dia sindir saya dalam program itu. Tetapi kalau betul dia sindir saya dalam program siaran langsung, saya maafkan dia.”[quote]
Dedahnya lagi, andai Nabil mahu bersikap kurang ajar itu terpulang kepadanya kerana beliau tidak menyebut namanya.
[Quote]Kalau betul dia berkelakuan begitu dan mahu bersikap kurang ajar, terpulang kepada dia. Saya tiada masalah dengan Nabil. Dia tak sebut nama saya kan, jadi lantak dia.”
Tidak hanya berdiam begitu sahaja, Diva AA tampil memaklumkan kepada semua pengacara agar sentiasa berhati-hati ketika mengacara dan menghormati kerana industri seni tanah air bukanlah sebesar mana.
“Saya tiada masa untuk berdendam dan ambil hati. Dunia hiburan kita terlalu kecil. Bagi saya, sindir-menyindir dalam program secara langsung tidak patut berlaku. Nasihat saya cuma satu ,kepada Nabil bahkan kepada pengacara lain, sila berhati-hati ketika program secara langsung sedang disiarkan.
Terkenal dengan sikap profesional, Diva AA akui isu remeh seperti itu tidak perlu dibesarkan kerana ia mampu menjadi perdebatan besar dalam kalangan peminat sehingga boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis dalam sekelip mata.
Author|Post time 18-11-2020 12:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tiada ‘Situasi Panas’ Berlaku Antara Nabil Ahmad Dan Diva AA
Hasrat segelintir netizen yang mahu menyaksikan sesuatu situasi ‘panas’ berlaku antara Nabil Ahmad dan Azwan Ali atau Diva AA di rancangan MeleTOP ternyata tidak kesampaian.
Diva AA yang hadir sebagai tetamu jemputan tampil dengan situasi ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Ini semua kerja mulut-mulut hangsuang, sebenarnya tiada apa-apa dengan Nabil. Sebenarnya hidup kita ni tak lama, kita ni hidup sementara jer.
“Setakat Nabil nak cakap… knowing Nabil, kenapa uols mesti nak besar-besarkan isu. Lepas tu Diva dapat bertalu-talu pasal Nabil,” ujarnya yang sudah 33 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
Pada masa sama, Diva AA juga mendedahkan bahawa pernah timbul isu antara mereka berdua ketika mengerjakan umrah dahulu, tetapi kedua-duanya sudah berdamai.
Menurut Diva AA, ketika rakaman parodi bersama Jihan Muse, dia memberitahu pengacara itu menceritakan perkara sebenar kepada dirinya.
“Yang penting Jihan cerita yang sebenar, itu yang Allah nak tunjuk bahawa sebenarnya tiada masalah.
“Apabila kita baca macam panas, tetapi Nabil tak sebut nama Diva AA. Aku nak saman pun tak boleh,” ujarnya.
Sementara itu, Nabil pula menyatakan memang ada pihak yang cuba mahu melihat dirinya ‘berperang’ dengan pengacara tersohor itu.
“Dorang seakan-akan nak bakar kita, dorang nak tengok kita ni bergaduh. Tetapi kita ni adik-beradik dalam industri,” ujarnya,
Sebelum ini, Nabil dikecam segelintir netizen yang dilihat seperti menyindir Diva AA ketika mengacarakan rancangan Gegar Vaganza 7 (GV7) baru-baru ini.
Post time 18-11-2020 01:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Rasanya diva AA dah kembali 50% normal kot sebab dah jadi host ni..tp kalau kt socmed,100% abnormal kot..so eloklaa bg dia job hosting byk2 supaya dia kekal normal..
obviously a staged controversy, PR 101, cross promotion, both sides (tv stations + hosts) win-win..
yg I paling menyampah is... in the end dua2 ekor pengacara yg tak bijak ni menyalahkan netizen pula! Deyy, both of u ingat kitaorg takde life ke, nak sgt laga2 kan korang berdua, pathetic
AA ni wpun ada law degree, he is not that intelligent & obviously ada mental health issue, if dia betul2 waras, kenapa perlu nak hide behind a fake persona called Diva AA, dude... get some help, life is precious!
Post time 18-11-2020 07:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Porumer sangkak mana entah maki iols sbb bekap nabil??? Mohon masuk tag diri sdri. Org mcm diva AA pon beria2 ko nak backup. Aku dah ckp nabil ni mmg gitu x ada la kurang ajar pon. Biasa jah. Compare mulut memaki2 diva ko tu
yes, setuju. a good vocal, got looks, tak poyo... kalau duet pun tak overshadow partner. tapi apa kan daya, dia takde aura pesona bintang seperti sepupu nya seorang itu. Sepupu tu kesayangan astro, while Marsha ni biasa-biasa je di mata astrok