CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4695|Reply: 9

[Lain-Lain] BABI [NAMAWEE BANNED FILM]

[Copy link]
Post time 19-11-2020 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by annehuda at 20-11-2020 01:46 PM

[youtube]GKNNYg9WEss[/youtube]

The film's title, Babi, directly translates to "pig" in Malay. It is seen as a derogatory term, commonly used towards the Malaysian-Chinese community.
The film is based on an alleged race-war that started innocently in a Malaysian high school in 2000.
The incidents escalate and turn so violent to the point that government authorities get involved to cover them up.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annehuda at 20-11-2020 01:47 PM

Aku tak pernah tgk movie 2 Namawee Hatta dlm Astro pun Ada .Msh ingat nyanyi Hina azan DLL .Knp post filem ni ? Aku nk tahu kejadian Tu .Katanya filem based true event .https://www.milosuam.net/2020/11/filem-babi-tercalon-dalam-4-festival.html
SEBUAH filem kontroversi bejudul BABI yang dihasilkan oleh pengarah yang juga cukup kontroversi Namawee, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee tercalon dalam empat festival filem antarabangsa.


Perkara itu dikongsikan oleh Namawee menerusi halaman Facebook. Menurutnya filem "Babi" yang diarahkan olehnya mendapat 2 pencalonan untuk anugerah Open World Toronto Film Festival bagi kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik.



Menurutnya lagi, filem itu juga dicalonkan dalam Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival 2020 (Best Original Film Song).

Katanya, Filem Babi mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000.



Dakwanya kejadian itu telah dilindungi oleh kerajaan dan media tidak melaporkannya.

"Terus terang saya telah menyiapkan 2 film tahun lepas, satu Nasi Lemak 1.0 yang dirakamkan secara terang, dan satu lagi Filem 'BABI' telah dirakamkan secara rahsia."

"Kami tidak pernah bercakap secara terbuka tentang projek ini kerana ia sebuah filem yang diharamkan, dan kami tidak mahu mendapat perhatian yang tidak diperlukan." katanya.

Tambahnya lagi Filem BABI berdasarkan kisah benar tentang pergaduhan kaum di sekolah yang berlaku dalam tahun 2000 di sebuah pekan di Selatan Malaysia.

Pada waktu itu Malaysia masih dibawah pemerintahan autoritarian satu parti, salah guna kuasa dan korupsi kerap berlaku. Media dan berita dikawal dan ditapis sepenuhnya.



Kejadian itu menurutnya telah 'diselesaikan' oleh pihak berkuasa tertentu, dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu tentang kejadian ini.

Tambahnya lagi, skrip asal filem BABI telah ditulis sejak tujuh tahun lalu namun antara sebab utama ia tidak dapat dihasilkan akibat kekangan modal, kerana tiada orang yang sanggup keluarkan modal untuk sebuah filem yang mungkin akan diharamkan dan tidak akan ditayangkan di pawagam.

Sebab kedua pula katanya, kerana dia tidak tahu siapa yang sudi menghasilkan filem ini bersama kerana hanya mendengar namanya (BABI) sahaja sudah tentu tiada orang ingin mengambil bahagian.

Namun kata Namawee, akhirnya filem itu berjaya juga dihasilkan dengan modal yang sangat-sangat rendah.


Sumber — https://www.milosuam.net/2020/11/filem-babi-tercalon-dalam-4-festival.html#ixzz6eJMgA1fZ

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annehuda at 20-11-2020 01:48 PM

https://www.malaysiakini.com/hiburan/551642
[size=1em]Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.
[size=1em]Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini, bersama lagi dengan lapan wakil pemuda PN Wilayah Persekutuan.
[size=1em]Azwan berkata laporan polis dibuat kerana poster filem bertajuk 'BABI' itu mengandungi perkataan 'Melayu Bodoh', 'India Keling' dan 'Cina Babi'.




[size=1em]“Ini adalah satu penghinaan yang sangat kurang ajar, berniat buruk untuk mencetuskan kemarahan kaum. Perkara ini tidak boleh dibiar tanpa sebarang tindakan pihak polis.
[size=1em]“Sudah banyak kali dah dia buat hal. Kenapa perkataan Melayu letak di tengah-tengah poster dan bangsa lain di tepi-tepi saja? Adakah dia nak membuat provokasi terhadap orang Melayu?
[size=1em]“Di dalam poster tersebut juga tertera ayat hinaan ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’ yang saya risau boleh menimbulkan ketegangan kaum dan bangsa di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.




[size=1em]Dia turut meminta pihak polis menyiasat Namewee di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membawa balik Namewee dari Taiwan.
[size=1em]Selain itu, Azwan menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat secara keseluruhan akaun media sosial Namewee dan kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses oleh rakyat Malaysia melalui Facebook, Youtube dan Instagram miliknya.
[size=1em]Azwan juga ialah Setiausaha Pemuda Negara Titiwangsa dan bekas wartawan hiburan di sebuah stesen televisyen tempatan.
[size=1em]Katanya, walaupun beliau belum lagi menonton filem tersebut tetapi “sebagai seorang yang berkecimpung selama 14 tahun dalam industri hiburan dan media, saya faham apa yang cuba ditonjol olehnya.”
[size=1em]“Maka laporan saya berkenaan poster dahulu kerana ini secara jelas dan nyata adalah satu penghinaan dan provokasi terhadap orang melayu,” ulasnya.
[size=1em]Dia turut berpandangan bahawa perkataan yang melibatkan bangsa tidak sepatut ditulis dalam poster dan sebaliknya boleh menciptakan nama watak bagi menyampaikan cerita walaupun ia berkisah benar.
[size=1em]'Finas jangan lulus tayangan'
[size=1em]Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah pula menggesa semua pemuda untuk membuat laporan polis terhadap Namewee dalam ciapan Facebooknya semalam.
[size=1em]“Saya harap pemuda-pemuda, ayuh bangkit dan jangan kasi lagi beliau peluang,” katanya.
[size=1em]Dia juga menuntut supaya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) “jangan beri kelulusan” kepada tayangan filem tersebut di Malaysia.
[size=1em]Sepuluh tahun lalu, Armand yang juga bekas ketua pemuda Perkasa juga pernah melakukan protes terhadap Namewee atas klip video kontroversi “Negarakuku”.



[size=1em]Walau bagaimanapun, menurut laporan media, Namewee (gambar, atas) mengakui bahawa filemnya terlalu kontroversi dan tidak mungkin dapat ditayang di Malaysia.
[size=1em]Maka dia mengambil keputusan untuk tidak mengemukakan permohonan kelulusan tayangan filemnya tetapi sebaliknya mendaftar filemnya dalam festival di luar negara.
[size=1em]Kini, ‘Babi’ telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).


[size=1em]Filem ini bakal ditayang di Taiwan mulai 20 November dan mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000.

[size=1em]Pagi ini, Namewee mempertahankan filemnya menerusi satu hantaran di Facebook, berkata karya garapannya mempromosikan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
[size=1em]Dia membidas pihak-pihak yang memainkan sentimen kaum dan mempolitikkan filemnya.
[size=1em]“Mereka tidak menonton filem tersebut dan sama sekali tidak mengetahui isu kandungan, moral, serta mesej yang ingin disampaikan dalam filem tersebut, tetapi mereka membuat komen dengan membuta-tuli tanpa fakta bahkan membuat laporan polis.
[size=1em]"Orang-orang ini adalah ekstremis sejati,” ulasnya.
[size=1em]Dia turut kesal dengan individu yang “termakan” taktik serta diperguna oleh orang-orang yang memakinya.
[size=1em]“Lebih sayang sekali terdapat sebilangan individu yang termakan oleh taktik mereka serta dipergunakan oleh mereka. Saya merasa sangat sedih.
[size=1em]“Walau apa pun, tahniah kepada Malaysia kerana filem ini adalah kebanggaan Malaysia! Kami akhirnya berada di pentas antarabangsa! Malaysia Boleh!” tambahnya.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2020 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=414582&extra=&ordertype=1&page=2&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 01:43 PM | Show all posts
salam, ni last warning dari saya ye

lain kali nak bukak thread sila ikut format mcm ni

cth tajuk thread

BABI (Nama Pelakon sorg 2)(Tarikh Tayangan)

Isi thread jgn letak video je, tolong letak sinopsis skali.  pastu rajinla skit kopipes artikel, jgn letak link je. ni dahla link pun tak bleh nak tekan.

foremer lain pun bleh follow format mcm ni. takkan uols tak bleh

sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 20-11-2020 01:43 PM
salam, ni last warning dari saya ye

lain kali nak bukak thread sila ikut format mcm ni

Sabau k .PM .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
abcdotcom replied at 19-11-2020 12:18 PM
https://www.malaysiakini.com/hiburan/551642
Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan hari ini  ...

Oh si azwan melodi ni dah start masuk politik ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]r20mdmgEWVQ[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebabian apakah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:05 PM | Show all posts
mane nak download movie ni??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.408897 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list