CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7585|Reply: 83

[Tempatan] Laki churr dgn isteri orang tatkala isteri sendiri sarat hamil

  [Copy link]
Post time 20-11-2020 10:35 AM | Show all posts |Read mode
KULIM - Sepasang kekasih sanggup mengaku sudah berkahwin sedangkan masing-masing berstatus suami dan isteri orang ketika diserbu penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah rumah di Taman Sungai Kob, Karangan di sini awal pagi tadi.

Penguat kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya pada jam 4.40 pagi, pasangan berusia 29 dan 37 tahun itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka ada hubungan suami isteri.

Beliau berkata, pada mulanya mereka mendakwa telah bernikah di Thailand sebelum ini, namun pemeriksaan lanjut akhirnya membongkar status bahawa kedua-duanya sudah berkeluarga.

"Lelaki terbabit mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung anak kedua yang dihantar pulang ke kampung.

"Wanita itu pula masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua orang anak serta dikatakan dalam proses penceraian," katanya.

Serbuan di rumah lelaki terbabit turut disertai pegawai masjid serta orang awam yang mengesyaki berlaku maksiat di lokasi terbabit.

Kedua-dua mereka yang merupakan rakan sekerja di sebuah kilang di sini dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan tangkapan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"PADK turut mengarahkan kedua-dua mereka dijamin oleh isteri dan ibu bapa sebelum dibenarkan pulang," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeewww sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sungai kob...belakang Hi Tech, dari aku dok kulim sampai skrg, antara kawasan panas yg selalu kena tangkap basah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantar anak bini balik kg yaaaaa teringat plak yg hantar anak bini blk kg bila pkpb tu.

Kadang tak faham ada sesetengah bini mmg suka je balik kg tinggal laki lama2.
Orang lain laki g toilet pun dah rasa rindu.
Baik takyah kawen kalau ko asik nak berkepit bawah tiak mak pak.
Nak beranak balik kg, nak berpantang balik kg senang la laki leh lepaskan tanggungjawab.
Jangan biasakan sangat laki tu sorang2 mula la dia merenyam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:05 AM | Show all posts
Happeningnya Kulim

rasa nak migrate lah...

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
betul la dah kawin, tapi pasangan orang lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2020 11:09 AM | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2020 10:58 AM
sungai kob...belakang Hi Tech, dari aku dok kulim sampai skrg, antara kawasan panas yg selalu kena t ...

rindu taman mutiara kat sungai kob
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa orang kedah kuat betul libido. Banyak betul berita tangkap basah, skandal laki bini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 11:14 AM | Show all posts
Hmmm kenapaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2020 11:18 AM | Show all posts
MissVixen replied at 20-11-2020 11:11 AM
Kenapa orang kedah kuat betul libido. Banyak betul berita tangkap basah, skandal laki bini.

skandal tu lebih nikmat katernyer...

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dedek.bubup replied at 20-11-2020 11:09 AM
rindu taman mutiara kat sungai kob

Suka nasi ayam periuk besar.. Yum2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:20 AM | Show all posts
kulim semakin maju....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:22 AM | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2020 11:19 AM
Suka nasi ayam periuk besar.. Yum2.

OMG!!!!!!! rindunya


off topik lak kita ni

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:25 AM | Show all posts
Suchi replied at 20-11-2020 11:04 AM
Hantar anak bini balik kg yaaaaa teringat plak yg hantar anak bini blk kg bila pkpb tu.

Kadang ta ...

Sampai skg aku heran npe sibuk sgt nk blk rmh mak ayah lama2 tgalkan suami dan npe suami suka sgt ata bini anak blk kg. Tujuan kawin ni nk duk satu bumbung.. X koser aku nk hadam org jns mcmni. Melainkan tpksa blk sb mak ayah sakit itu lain cte...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 20-11-2020 11:11 AM
Kenapa orang kedah kuat betul libido. Banyak betul berita tangkap basah, skandal laki bini.

Kuat makan kari kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial btol jantan tak guna mcm ni, pompuan birah tu skali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 20-11-2020 11:26 AM
Kuat makan kari kot

Laki aku pun cakap sebab kari. Haha. Ada kedai asam pedas dia pun ada aftertaste rasa kari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dedek.bubup replied at 20-11-2020 11:22 AM
OMG!!!!!!! rindunya



Hahaha.. Jangan OT.

Kulim mmg rajin depa punya PADK raid..tips off saja.. Nanti PADK akan mai buat pemantauan dan betul2 ada bukti baru raid.

Semoga kulim dijauhkan dari manusia x guna
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:37 AM | Show all posts
mmg kwsn sana femes port2 scandal eh?
selalu baca pun kulim juga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijiknye bawa pompuan lain tido dlm rumah sendiri, kesian kt bini. Kwn iols suaminya bawa pompuan lain tido atas katil theyols, siap jumpa rambut sundal tu lagi, dia ckp tu pengkhianatan yg paling perit dia penah rasa. Tapi still maaf kan suami. Apoooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.142695 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list