CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Nahnukutu

[Tempatan] Rezeki musim tengkujuh: Siput laut mendarat di Pantai Rusila

  [Copy link]
Post time 21-11-2020 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 21-11-2020 08:00 PM
Tidak dilupa lokan dan juga tibeng
Rebus2 je dah memadai..cecah sos..

Lokan pernah dgr. Tibeng tak pernah dgr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kecik2 suka carik kepah tepi pantai kat Kuantan.. Dptlah 2,3kilo pastu rebus.. Sedap ya Amat.. Tapi yg x sukanya sebab kt pantai tu byk pasir jerlus.. Baper kali selipar masuk dlm pasir jerlus
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya..kat kampung dulu klo lepas bah cari etak etak seronok gile kalo dpt banyak...siput meols x makan..kecik kecik dulu makan..dah tua x lalu nak sedut siput
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 21-11-2020 08:03 PM
Bolehlah cuba..
Rasa lebih kurang sama je semua kerang kerangan tu

Kalau jumpa, insyaAllah nak try
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 09:58 AM | Show all posts
najib888 replied at 21-11-2020 04:35 PM
El Gamillo habibun tan.. fuhhh.. nama.. america latin + indon + cina..

i terkejut bila tengok sekali lalu baca sheming

gamillo = gumiho terbaca as gumiho

i was like huhhhhh? gumiho...

then baca sekali lagi oh nama dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 21-11-2020 04:27 PM
Baru tahu siput laut tu boleh makan. Dulu2 kat rumah aku byk koleksi kulit siput mcm ni.

Klu jln2 tepi pantai pun leh jmpa kulit siput ni kan... rindu pantai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape beza sipot laut dgn sipot sedut? Kaka xmkn sipot except escargot
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam siput tarik dekat sabah. Sedap rasa kenyal-kenyal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh boleh mkn eh. Rezeki tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:30 AM | Show all posts
Seronok2 juga ni cuaca tengah tak baik ombak pun besar takut ada yang leka dari suka jadi duka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 12:20 PM | Show all posts
Cuaca tidak menentu, perubahan oseanografi faktor siput terdampar
| | 22 November 2020


Cuaca yang tidak menentu serta perubahan oseanografi menjadi antara faktor yang mendorong berlaku fenomena siput laut terdampar di Pantai Rusila dekat Kampung Rhu Dua di Marang beberapa hari lepas. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Cuaca yang tidak menentu serta perubahan oseanografi menjadi antara faktor yang mendorong berlaku fenomena siput laut terdampar di Pantai Rusila dekat Kampung Rhu Dua di Marang beberapa hari lepas.

Pensyarah Kanan dan ahli malakologi Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Dr Nursalwa Baharuddin berkata, ombak kuat yang terhasil akibat Monsun Timur Laut menyebabkan pergolakan air dari atas ke bawah.

"Fenomena ini membolehkan siput-siput dewasa berkumpul supaya dapat meningkatkan pembiakan dan kemandirian dalam populasinya.

"Selain itu, generasi yang berdaya tahan akan dihasilkan untuk kembali ke habitatnya. Melalui fenomena ini juga, siput ini dapat menjelajah kawasan baharu untuk mencari sumber makanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan pantai itu meriah dikunjungi penduduk setempat berikutan terdapat banyak siput laut yang didakwa muncul semula selepas 50 tahun.

Nursalwa berkata, nama saintifik siput itu ialah 'Margistrombus marginatus' yang mempunyai saiz berukuran antara empat sentimeter (cm) hingga 8 cm.

"Siput ini kebanyakannya terdapat di Laut Andaman, perairan selatan India, Selat Melaka dan Laut China Selatan malah kajian yang telah dilakukan kumpulan penyelidik saya di perairan Pulau Bidong pada tahun 2018 juga merekodkan kewujudan spesies tersebut.

"Ianya banyak didapati di kawasan yang terdapat rumput laut dan berada di kawasan bentik iaitu permukaan bawah laut yang berpasir dan berkelodak. Ia 'muncul' semula selepas berpuluh tahun disebabkan ombak kuat dan perubahan oseanografi yang berlaku sejak akhir-akhir ini," katanya.

Ditanya mengenai keghairahan orang ramai untuk menikmati siput tersebut, beliau menasihatkan agar siput itu direndam dalam air masin semalaman sebelum direbus dan dimasak untuk memastikan segala lendir, kekotoran dan pasir dapat diasingkan memandangkan habitat siput ini menduduki kawasan yang berpasir dan berkelodak.

"Siput ini mempunyai protein yang tinggi. Begitu juga kandungan kolesterolnya jika dimakan dalam jumlah yang banyak.

"Kajian di Indonesia oleh pakar nutrisi menasihatkan masyarakat di Kepulauan Riau dan Batam untuk mengehadkan memakan siput ini kepada satu atau dua kali sahaja dalam seminggu dengan kuantiti yang sedikit walaupun siput ini boleh didapati dengan banyak di perairan mereka," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar melepaskan siput yang bersaiz kecil atau kurang daripada 4 cm dan mengehadkan pengambilannya untuk memberi peluang haiwan kecil itu hidup sekali gus menjamin rantaian makanan ke arah kelestarian ekosistem marin. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tor-siput-terdampar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 03:55 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2020 03:57 PM

oh, perubahan oceanografi tu melibatkan pegolakan arus dalam laut gitu , wow pergolakan arus, arus pun bergolak ye , cayalah...what does it mean ye , pertembungan arus ?turbulent current/ flow?
interesting

kalau siput laut ... okay kot

i takut nak makan siput kerang kerangan ni melainkan dalam char kuey tiaw sebab i tak tau  dan tak teringat akan ade kerang hahaha  dan kekadang gusar jugak depa dari sungai mana ye , sebab  mendakan lupur dari sg tercemar ke atau dicemari heavy metal? u never know...

ade ke bhgn KKM  ke atau jabatan perikanan dok monitor kualiti logam berat dalam fauna fauna aquatic ?


sebab ini public health lah


kita nak tahu juga  YB YB buat kerja dalam dewan rakyat yg ada data data ni

logam berat dalam makanan laut

kadar hep A  infection

yups

tak banyak benda ni dalam media.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 04:01 PM | Show all posts
Dengar nama Rusila ni teringat tragedi tertimbus semasa mendulang emas 1988-1990.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 04:10 PM | Show all posts
highcastle replied at 22-11-2020 04:01 PM
Dengar nama Rusila ni teringat tragedi tertimbus semasa mendulang emas 1988-1990.........

ade lagi ke ye lombong emas tu, tak dengaq citer dah kan sejak itu? gold rush.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 06:46 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 22-11-2020 04:10 PM
ade lagi ke ye lombong emas tu, tak dengaq citer dah kan sejak itu? gold rush.

Dari sumber berita, sejak 1990 tak dibenarkan lagi melombong di situ............
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.075959 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list