|
[Tempatan]
Rezeki musim tengkujuh: Siput laut mendarat di Pantai Rusila
[Copy link]
|
|
ellez replied at 21-11-2020 08:00 PM
Tidak dilupa lokan dan juga tibeng
Rebus2 je dah memadai..cecah sos..
Pernah dgr lokan. Tibeng tak pernah. |
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 21-11-2020 08:00 PM
Tidak dilupa lokan dan juga tibeng
Rebus2 je dah memadai..cecah sos..
Lokan pernah dgr. Tibeng tak pernah dgr. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kecik2 suka carik kepah tepi pantai kat Kuantan.. Dptlah 2,3kilo pastu rebus.. Sedap ya Amat.. Tapi yg x sukanya sebab kt pantai tu byk pasir jerlus.. Baper kali selipar masuk dlm pasir jerlus |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya..kat kampung dulu klo lepas bah cari etak etak seronok gile kalo dpt banyak...siput meols x makan..kecik kecik dulu makan..dah tua x lalu nak sedut siput |
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 21-11-2020 08:03 PM
Bolehlah cuba..
Rasa lebih kurang sama je semua kerang kerangan tu
Kalau jumpa, insyaAllah nak try |
|
|
|
|
|
|
|
i terkejut bila tengok sekali lalu baca sheming
gamillo = gumiho terbaca as gumiho
i was like huhhhhh? gumiho...
then baca sekali lagi oh nama dia tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 21-11-2020 04:27 PM
Baru tahu siput laut tu boleh makan. Dulu2 kat rumah aku byk koleksi kulit siput mcm ni.
Klu jln2 tepi pantai pun leh jmpa kulit siput ni kan... rindu pantai |
|
|
|
|
|
|
|
Ape beza sipot laut dgn sipot sedut? Kaka xmkn sipot except escargot |
|
|
|
|
|
|
|
Macam siput tarik dekat sabah. Sedap rasa kenyal-kenyal |
|
|
|
|
|
|
|
Oh boleh mkn eh. Rezeki tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok2 juga ni cuaca tengah tak baik ombak pun besar takut ada yang leka dari suka jadi duka |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca tidak menentu, perubahan oseanografi faktor siput terdampar
| | 22 November 2020
Cuaca yang tidak menentu serta perubahan oseanografi menjadi antara faktor yang mendorong berlaku fenomena siput laut terdampar di Pantai Rusila dekat Kampung Rhu Dua di Marang beberapa hari lepas. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Cuaca yang tidak menentu serta perubahan oseanografi menjadi antara faktor yang mendorong berlaku fenomena siput laut terdampar di Pantai Rusila dekat Kampung Rhu Dua di Marang beberapa hari lepas.
Pensyarah Kanan dan ahli malakologi Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Dr Nursalwa Baharuddin berkata, ombak kuat yang terhasil akibat Monsun Timur Laut menyebabkan pergolakan air dari atas ke bawah.
"Fenomena ini membolehkan siput-siput dewasa berkumpul supaya dapat meningkatkan pembiakan dan kemandirian dalam populasinya.
"Selain itu, generasi yang berdaya tahan akan dihasilkan untuk kembali ke habitatnya. Melalui fenomena ini juga, siput ini dapat menjelajah kawasan baharu untuk mencari sumber makanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan pantai itu meriah dikunjungi penduduk setempat berikutan terdapat banyak siput laut yang didakwa muncul semula selepas 50 tahun.
Nursalwa berkata, nama saintifik siput itu ialah 'Margistrombus marginatus' yang mempunyai saiz berukuran antara empat sentimeter (cm) hingga 8 cm.
"Siput ini kebanyakannya terdapat di Laut Andaman, perairan selatan India, Selat Melaka dan Laut China Selatan malah kajian yang telah dilakukan kumpulan penyelidik saya di perairan Pulau Bidong pada tahun 2018 juga merekodkan kewujudan spesies tersebut.
"Ianya banyak didapati di kawasan yang terdapat rumput laut dan berada di kawasan bentik iaitu permukaan bawah laut yang berpasir dan berkelodak. Ia 'muncul' semula selepas berpuluh tahun disebabkan ombak kuat dan perubahan oseanografi yang berlaku sejak akhir-akhir ini," katanya.
Ditanya mengenai keghairahan orang ramai untuk menikmati siput tersebut, beliau menasihatkan agar siput itu direndam dalam air masin semalaman sebelum direbus dan dimasak untuk memastikan segala lendir, kekotoran dan pasir dapat diasingkan memandangkan habitat siput ini menduduki kawasan yang berpasir dan berkelodak.
"Siput ini mempunyai protein yang tinggi. Begitu juga kandungan kolesterolnya jika dimakan dalam jumlah yang banyak.
"Kajian di Indonesia oleh pakar nutrisi menasihatkan masyarakat di Kepulauan Riau dan Batam untuk mengehadkan memakan siput ini kepada satu atau dua kali sahaja dalam seminggu dengan kuantiti yang sedikit walaupun siput ini boleh didapati dengan banyak di perairan mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar melepaskan siput yang bersaiz kecil atau kurang daripada 4 cm dan mengehadkan pengambilannya untuk memberi peluang haiwan kecil itu hidup sekali gus menjamin rantaian makanan ke arah kelestarian ekosistem marin. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tor-siput-terdampar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 22-11-2020 03:57 PM
oh, perubahan oceanografi tu melibatkan pegolakan arus dalam laut gitu , wow pergolakan arus, arus pun bergolak ye , cayalah...what does it mean ye , pertembungan arus ?turbulent current/ flow?
interesting
kalau siput laut ... okay kot
i takut nak makan siput kerang kerangan ni melainkan dalam char kuey tiaw sebab i tak tau dan tak teringat akan ade kerang hahaha dan kekadang gusar jugak depa dari sungai mana ye , sebab mendakan lupur dari sg tercemar ke atau dicemari heavy metal? u never know...
ade ke bhgn KKM ke atau jabatan perikanan dok monitor kualiti logam berat dalam fauna fauna aquatic ?
sebab ini public health lah
kita nak tahu juga YB YB buat kerja dalam dewan rakyat yg ada data data ni
logam berat dalam makanan laut
kadar hep A infection
yups
tak banyak benda ni dalam media. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar nama Rusila ni teringat tragedi tertimbus semasa mendulang emas 1988-1990......... |
|
|
|
|
|
|
|
ade lagi ke ye lombong emas tu, tak dengaq citer dah kan sejak itu? gold rush.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari sumber berita, sejak 1990 tak dibenarkan lagi melombong di situ............
|
|
|
|
|
|
|
| |
|