CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20237|Reply: 168

Alya iman akui bm teruk katanya..sheol anak kayangan kah?

  [Copy link]
Post time 22-11-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ALYA IMAN AKUI LEBIH SELESA BERBAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU TERUK

"Pertamanya Alya mengaku Alya sangat teruk dalam Bahasa Melayu. Sebabnya adalah kerana Alya dulu tinggal di Syria dan di Syria, bahasa kedua mereka adalah Bahasa Perancis.

"Walaupun Alya ada ramai kawan-kawan Melayu di Syria, tapi hampir setiap masa Alya dengan Baba, Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam keluargapun kami lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Alya pun dah terbiasa.

"Bila balik daripada Syria pun Alya masuk Sekolah International, jadi kawan-kawan Alya kebanyakannya adalah bangsa asing dan kami bercakap dalam Bahasa Inggeris.

"Tambahan lagi, di tempat kerja juga Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu Alya lebih mudah menulis dalam Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu," demikianlah terang pelakon baharu Alya Iman.

Meskipun pelbagai kontroversi terpalit dirinya sebelum ini, namun anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini tetap tenang meneruskan kehidupanya seperti biasa.

Sering memuat naik kapsyen menulis dalam Bahasa Inggeris di laman Instagram miliknya, Alya memberitahu dia dan keluarga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris termasuk dengan arwah bapanya. Malah, Alya akui teruk dalam bahasa Melayu.

Alya yang mula dikenali ramai melalui lakonannya dalam 'Senafas Rindu' berkata, sebab itu dia lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

"Kadang-kadang Alya cakap saja dalam Bahasa Melayu. Alya tak cakap yang Alya nak ke tepikan Bahasa Melayu. Ramai sahaja orang Melayu yang berbahasa Melayu mengikuti media sosial Alya. Mereka tanya soalan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya.

"Dulu Alya memang nak tunjukkan apa yang orang nak tengok tentang Alya, tetapi sekarang Alya nak tunjukkan diri Alya yang sebenar. Alya tunjukkan apa yang Alya lakukan, Alya tunjukkan Alya bekerja, the reality of life.

"Ada ketika Alya tengah sedih, Alya akan tuliskan rasa hati sedih Alya, bila rasa down atau tak ada motivasi, Alya akan kongsikan quotes, dan quotes ni bukan nak tunjukkan pada orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga," terangnya lagi.

Menurut Alya lagi, sekarang ini dia mencuba sebaik mungkin untuk menjadi dirinya kerana di luar sana terlalu ramai yang suka membenci.

"Sekarang ni Alya rasa seperti kehidupan baru. Kat luar sana ramai sangat haters. Tak kira masa. Kita buat ini salah, kita buat itu salah. Jadi Alya pilih untuk memulakan hidup baru, untuk berkongsi apa yang sebenarnya, siapa Alya Iman, apa Alya Iman buat.

"Kalau dulu sanggup nak OOTD setiap hari, nak pakai makeup setiap hari hanya nak tunjukkan pada orang yang kita ni Instafamous atau selebriti. Tapi sekarang Alya lebih senang menunjukkan siapa diri Alya yang sebenar.

"Diri Alya yang sebenar adalah seorang yang bekerja separuh masa sebagai model, separuh masa sebagai pelakon yang merupakan hobi yang paling Alya minati serta mahu terus belajar mengenainya, dan sekarang Alya bekerja sepenuh masa, seperti orang lain juga," tuturnya.

Ditebak soalan mengenai 'Rakyat United', Alya terdiam seketika: "Ada orang mengatakan pasukan bola 'Rakyat United' tu kepunyaan Alya. Ramai yang bertanyakannya. Jadi Alya nak jelaskan di sini, pasukan bola tersebut dibeli oleh syarikat kepunyaan teman lelaki Alya, Ridhwan Rosli.

"Ianya bukan kepunyaan Alya, tetapi kepunyaan syarikat kepunyaan Ridhwan. Itu yang Alya nak jelaskan di sini supaya tidak ada lagi spekulasi mengenainya," jelas Alya mengahiri bicara.
.
.
VERSI WEB: http://www.myartis.com/2020/11/alya-iman-akui-lebih-selesa-berbahasa.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yoyo jee lah. Pigilah. Orang kaya betul pun relax lah ckp melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah tu.. english dia boleh tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
remotechiever replied at 22-11-2020 11:36 AM
Yoyo jee lah. Pigilah. Orang kaya betul pun relax lah ckp melayu.

Ye ke... mostly orka speaking...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 22-11-2020 11:45 AM
Ye ke... mostly orka speaking...

Yap.. Geng old money.. Biasanya ckp bahasa Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 22-11-2020 11:45 AM
Ye ke... mostly orka speaking...

Iya. Yang acah2 baru nak kaya, baru nak hidup lifestyle mewah je yang action speaking. I can’t speak malay ahgitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia menjual kerang tu dia ckp bahasa apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu elok je tu jwp dlm bahasa Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni anak arwah yg sekendel tua gemok ikan paus tu yer? Alaaa yg katanya bini dia kantoi kan tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 22-11-2020 12:00 PM
Ni anak arwah yg sekendel tua gemok ikan paus tu yer? Alaaa yg katanya bini dia kantoi kan tu

Gossip apa bang aji? Link mana? Tal kenal retis bbnu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Si idris khan pon born oversea
Grew up oversea

Xde plal wat statement poyo x reti ckp melayu

Anzalna and famili pon dok canada lama .. adik2 dia diap beranak kat sana pon elok je ckp melayu siap ckp utara lagi ..

Apa masalah ko ni nak ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 22-11-2020 12:02 PM
Gossip apa bang aji? Link mana? Tal kenal retis bbnu...

Alaaa cite lama kut..kan de depa sini membawang anak arwah tu dok jadi sugarbaby paus gemok kaya tuu..bini dia tauu..pastu the endddd ..abis

Budak ni ke..tu aku nk tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 22-11-2020 12:06 PM
Alaaa cite lama kut..kan de depa sini membawang anak arwah tu dok jadi sugarbaby paus gemok kaya t ...

Nampak dlm thread ni je aji.. lain dari tu tak tau.. tp sebab anak ali setan yg dah insof sebelum akhir hayatnya, maka nak tau jugak sejauh mana kesesatan budak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru iols tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 22-11-2020 12:02 PM
Gossip apa bang aji? Link mana? Tal kenal retis bbnu...

Search kat utube je

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg circle fam dia berbahasa inggeris.betul tu dia ckp.. dia mngkn logiklah sbb dibesokan kt luar negara dn berckp bhsa asing..ank azhar sulaiman tergeliat lidah nk ckp bm yg aku menyampah.mmglh dia sek ren dan sek men yg hampir semua ckp bi( sbb status kayangan) tp ko belajo sistem pembelajaran msia dn duk msia..xpandai ckp melayu tu ngengadeee ja namanyaaa..ehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 12:20 PM | Show all posts
Dulu weols pon mcm acik forom, judgemental bila issue cmni. Tapi, nak cmne, bkn salah sheols pon, dah makpak sheols pon xckp melayu kat rumah, cmne heols nk ckp melayu. Grew up kat oversea plak tu. Ok la die mengaku. Paspasni pandai la tu. bende cmni pon nak judgy.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-11-2020 12:15 PM
Search kat utube je

Oic.... Daddy issue agaknya...

Gigih bapak dia bawak anak beranak ke bumi anbiya sampai mintak derma rakyat Malaysia untuk kelangsungan hidup... Ujung2 anak hanyut jugak..

Moral of the story... Dunia berubah.. anak2 bukan 100% bawah kawalan kita macam zaman dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 22-11-2020 12:20 PM
Oic.... Daddy issue agaknya...

Gigih bapak dia bawak anak beranak ke bumi anbiya sampai mintak ...

Ntah la. Iols tak amik kisah depa ni. Last iols tgk azmil ni, lakon cite mekanik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:29 PM | Show all posts
whateverrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.071677 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list