CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3442|Reply: 43

[Tempatan] Mohon kerajaan bantu klinik, hospital swasta. Jumlah pesakit drop 70-80 peratus.

  [Copy link]
Post time 22-11-2020 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 23-11-2020 02:56 PM

Libatkan penjagaan kesihatan swasta perangi Covid-19: MMA
HASNIZA HUSSAIN | | 22 November 2020

SHAH ALAM - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk melibatkan pihak penjagaan kesihatan swasta dalam usaha melawan wabak koronavirus (Covid-19).

Presidennya, Profesor Datuk Dr M Subramaniam berkata, setakat ini pihaknya melihat keupayaan pihak penjagaan kesihatan swasta masih kurang dimanfaatkan.

Beliau berkata, kemudahan kesihatan kerajaan tidak patut dibiarkan melawan wabak itu sendirian.

"Pihak kesihatan swasta adalah komponen penting dalam sistem penjagaan kesihatan keseluruhan negara kita dan dapat menjadi kekuatan tambahan dalam menguruskan Covid-19, namun ia kurang dimanfaatkan.

"Sudah tiba masanya, kita meredakan tekanan kepada petugas kesihatan awam dan melihat kekuatan gabungan kesihatan awam dan swasta untuk meningkatkan usaha dalam pengurusan Covid-19 serta keperluan penjagaan kesihatan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Subramaniam berkata, banyak klinik dan hospital di seluruh negara melaporkan kehadiran pesakit berkurang antara 70 hingga 80 peratus dengan pengurangan pendapatan yang signifikan dan kelangsungan perkhidmatan mereka terancam teruk.

Katanya, ramai doktor senior yang berpengalaman turut mempertimbangkan untuk gulung tikar atau bersara, selain kira-kira 200 buah klinik di seluruh negara dijangka ditutup menjelang akhir tahun ini.

"MMA percaya jika kerjasama antara kesihatan awam dan swasta dapat dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada rakyat.

"Pesakit juga akan dilayani dengan lebih baik apabila kedua-dua sektor memaksimumkan perkhidmatan kesihatan berbanding bekerja secara berasingan," katanya.

Beliau berkata, kini terdapat seramai 7,000 doktor kesihatan terlatih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 3,000 lagi pakar swasta yang berkhidmat di lebih daripada 200 hospital swasta di seluruh negara.

Menurutnya, pada tahun 2018 merekodkan sektor swasta terdiri daripada 14,649 doktor, 5,174 ahli farmasi dan 34,874 jururawat.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal lak.dana hosp gomen pon dbmakin sengkek..hosp swqsta tu buat je la rwtn murah2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 22-11-2020 11:01 PM
Asal lak.dana hosp gomen pon dbmakin sengkek..hosp swqsta tu buat je la rwtn murah2..

Setuju. Klinik swasta, hosp swasta byk ambik kesempatan kat pesakit. Lg nk mntk gomen tlg. Padahal time2 mcm ni depa yg buat untung byk
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 22-11-2020 11:03 PM
Setuju. Klinik swasta, hosp swasta byk ambik kesempatan kat pesakit. Lg nk mntk gomen tlg. Padahal ...

Ade medical kad pon mcmxde makna kdg2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun lambat.. Aku suka pi klinik kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Menandakan tak semua yg ada sijil perubatan tu cerdik...

Face the reality... Some industry will be out of business due to human attitude... like tourism.. you can't expect the government to bail you out and pay your wages...

Do something else... explore...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2020 11:16 PM | Show all posts
Caj harga yahudi pun boleh sengkek ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha ..adan uke.caj melampau lampau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah n berpatutan boleh la org nk pi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 22-11-2020 11:07 PM
Ade medical kad pon mcmxde makna kdg2..

Kan. Bkn main dorang sengaja balik2 kasi anasthesia 2-3x padahal yang kali kedua tiga tu nak buka jahit ja. Pastu pa lagi, claim la berabis kat medical card. Annoying
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa laa ups and downs dalam bisnes.. yg penting kena diversify and beringat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua nk kerajaan bantu masak la. Dulu masa masyuk tekan patient ubat demam sampai RM50 tk ingat org susah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 23-11-2020 12:07 AM
Semua nk kerajaan bantu masak la. Dulu masa masyuk tekan patient ubat demam sampai RM50 tk ingat org ...

Ni pon mntk gomen serap bkn sbb nk tlg lawan covid.. Tp sbb tkot jatuh semekin.. Selfish btol..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:16 AM | Show all posts
ni pun mintak tolong?
cek pukkisss pun rm500 ko caj...
lain kali caj la murah2.. gaji doktor tu kurangkan la...
ni gaji doktor pun puluh2 ratus2 ribu, setengah tu bagi panadol jah pun caj rm50
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sale drop sbb org makin sihat patut suka dan gembira la
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say, servis di hosp/klinik gomen lg bgus...pg swasta pn kena tnggu lama, wtf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 22-11-2020 11:07 PM
Ade medical kad pon mcmxde makna kdg2..

Ish marah agent medical card

Lg 1 i rasa kurang ambik mc sbb ramai wfh. Kalau sakit, boleh tido or rehat kjp. Kalau kena pi keje mmg xlarat mmg kena ambik mc
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la sbb keje theyall masih diperlukan. So klau boleh, kurangkan lah rege tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:56 AM | Show all posts
sekarang musim demam batuk
better  swab test
kalau dulu ye lah...boleh p kliink swasta and makan ubat macam biasa


lagipun orang lebih banyak masa di rumah
yang jatuh sakit pun berkurang jua

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jari10 at 23-11-2020 02:22 AM
gurlfriday replied at 23-11-2020 12:22 AM
Sorry to say, servis di hosp/klinik gomen lg bgus...pg swasta pn kena tnggu lama, wtf


Betul. Pengalaman paling hanat pernah aku alami lebih 15 tahun lepas kat sebuah private hospital milik anak syarikat agensi 'agama' negeri. Tunggu hampir 4 jam walaupun dgn appmnt kononnya hokey. Setakat tunggu sejam tu aku boleh terima lagi. Rupa2nya dorang bantai amik appoinment semaksimum mungkin.. Jumpa doktor x sampai 10 minit.. Belum nurse tutup elok2 aurat wife aku, doktor dah rodok check kat tutt. Walau doktor tu pompuan jugak, tak reti ke jaga adab.. Then jaga aib patient. Nampak sangat kejar masa sbb patients dah beratur menunggu kat luar. Sejak tu aku serik n banned sampai sekarang! Pergi klinik pun sama gak.. Mulut doktor kemain lagii. Walau bawah agensi agama di negeri berlainan. Memang aku banned la pusat2 perubatan tu semua sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.327571 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list