CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Mohon kerajaan bantu klinik, hospital swasta. Jumlah pesakit drop 70-80 peratus.

  [Copy link]
Post time 23-11-2020 02:48 AM | Show all posts
sarah82 replied at 22-11-2020 11:08 PM
Walaupun lambat.. Aku suka pi klinik kerajaan.

Swasta pun lambat......sama mcm gov punya hosp....tunggu turn lambat...yg cpt..result darah semua la....tak perlu dtg byk kali ...pengalaman di KPJ la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Operate kki sikit 10 K .Sengkek APA benda ??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
applecomel replied at 23-11-2020 02:48 AM
Swasta pun lambat......sama mcm gov punya hosp....tunggu turn lambat...yg cpt..result darah semua  ...

Ingtkan cepat
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:51 AM | Show all posts

Hahaha...sy mula ingatkan cepat....sy sampai pukul 8....pukul 11 lebih baru selesai....cuma tu la sy kata...result darah tau terus...tak yah ulang mai byk kali
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua company mintak tolong kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
applecomel replied at 23-11-2020 07:51 AM
Hahaha...sy mula ingatkan cepat....sy sampai pukul 8....pukul 11 lebih baru selesai....cuma tu la  ...

Lama juga.. Tapi agak cepat berbanding kerajaan.. Tapi mmg suka pi kerajaan berbanding swasta.. Walaupun lambat tapi detail la bagi sy depa check.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2020 07:58 AM | Show all posts
sarah82 replied at 23-11-2020 07:54 AM
Lama juga.. Tapi agak cepat berbanding kerajaan.. Tapi mmg suka pi kerajaan berbanding swasta.. Wa ...

Swasta....detail juga...depa akan print result tu...tapi semua result berbayaq la...deposit ambil test 200 tetap dah....hehe.... tak pa la...p ja mana yg selesa kan....sy p pun sbb boleh claim haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
applecomel replied at 23-11-2020 07:58 AM
Swasta....detail juga...depa akan print result tu...tapi semua result berbayaq la...deposit ambil  ...

Masa kerja dulu.. Sy kena masuk utk operation. Kena byr dulu rm300...minor saja.. Habis semua dlm 4k mcm tu tak termasuk dressing utk 14 hari.. Luka x nak elok.. Check x ada kencing manis mcm depa risau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 10:40 AM | Show all posts
https://youtu.be/wgU7vNdNmgg

hujung2 esok jadik gini
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:49 AM | Show all posts
anony-mous replied at 22-11-2020 05:04 PM
Ish marah agent medical card

Lg 1 i rasa kurang ambik mc sbb ramai wfh. Kalau sakit, boleh t ...

yeah. agreed.


punca pendapatan dari penjualan MC tidak dapat dilakukan.


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:29 AM | Show all posts
alah,swasta time cekik darah, perah duit orang tak beringat..

bila dah tak ramai pelanggan, merungut..

kalau tak pakai kad insurans, orang jarang g klinik ni unless panel medical company..

aku ada pengalaman,tp ni klinik gigi la...kat 1 hospital swasta terkenal di malaysia ni..

dah pamer harga prosedur cucian gigi (scaling), aku pun g la...pakai panel company,so takyah kua cash & baki medical masih mencukupi..harga dh tetap,pamer kt kaunter &website.

alih2 bila sampai bil, tinggi yakmat sampai burst had medical aku...bila aku check, dia tambah caj konsultasi semua sampai dekat 200+... (normal prosedur kat klinik lain dalam 100+ jer..)

aku pun call pura2 baru nk buat prosedur,tanya harga..dia jawab dlm 150+..aku tnya ada kos lain..takde...kemudian aku call balik lepas sejam, ckp cmne dia caj kos tmbahan ni,hari tu dh letak harga tetap kt kaunter...tergagap2 dia jawab,last2 dia issue invoice baru,harga yg sebelum tu..alasan,doktor yg tambah caj tu

wife buat tampal gigi pun (4 gigi) kena dekat RM1k...sebab nampak pakai panel company..memang sesah tinggi habis caj dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:56 PM | Show all posts
yg aku faham statement tu, swasta ni minta kerajaan libatkan drg sama dlm isu covid ni. sekarang kat semuanya buat kat hospital kerajaan., so kenapa taknak guna facilities drg untuk covid juga.

hal pasal klinik nak gulung tikar whatsoever tu, dah masuk cerita lain sbnrnya.yg tu sebab ramai org dah jaga kesihatan, tak mc, duduk rumah, pakai mask. sebab tu la dah kurang gi klinik pe semua.

tapi klinik cardio mungkin akan bertambah patient bila yg dok rumah makan mcm2, tak excercise, belum masuk mak pak sakit jantung dgn perangai anak2 kat rumah...ahahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat nak berkolaborasi dgn hospital kerajaan dalam memerangi Covid-19 tu bagus dah.. tapi, memandangkan tokey hospital swasta ni, kapitalis teragung... Aku skeptikal..

Dalam berita tu, nampak mcm beria2 benar nk tolong hospital kerajaan lawan covid.. takkan tolong free gi tu je kan..

Masa zaman mewah, berpakat dgn pakar dan agen insurans, charge pesakit yg ada insurans & medical card kaw2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 02:18 PM | Show all posts
sebelum covid-19 lagi
rungutan terlalu byk klinik
dalam kawasan yg sama
klinik perlukan purata 30 pesakit setiap hari
kalau tak
lama-lama bungkus
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:19 PM | Show all posts
betul, aku rasa dia nak libatkan swasta dlm memerangi covid19 tapi........


memang tak tolong free la macam di hospital kerajaan..aku syak dorang nk kerjasama berbayar antara kerajaan dan hospital swasta...hospital & klinik swasta tolong dan tanggungan kos oleh kerajaan

kalau tak takde nya nak bangkitkan pasal hospital tak untung, klink swasta banyak nak tutup
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:21 PM | Show all posts
early this year aku demam panas teruk gila and warded (Suhu 38.9). Lepas tu gula dlm darah tinggi dia caj ubat sepapan rm40

aku beli ubat tu kat luar 6 papn rm90

kau rasaa

Hospital swasta tersohor di shah alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2020 02:54 PM | Show all posts
Syor kes bukan COVID-19 rujuk klinik swasta
Oleh Suzalina Halid, Mahani Ishak dan Fahmy A Rosly - November 23, 2020 @ 2:27pm


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan kes bukan kecemasan dan rawatan susulan bagi penyakit bukan COVID-19, dirujuk kepada klinik atau hospital swasta bagi meringankan beban doktor di hospital dan klinik kerajaan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy, berkata langkah itu akan membolehkan doktor di hospital dan klinik kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada kes COVID-19.

Jika syor berkenaan diterima, katanya, ia akan turut meningkatkan pendapatan klinik swasta, sekali gus membolehkan perkhidmatan terbabit bertahan daripada terus terjejas kesan penularan COVID-19.

Beliau memberi contoh, kes bukan kecemasan seperti demam dan rawatan susulan seperti kencing manis, darah tinggi boleh dirujuk ke hospital atau klinik swasta dengan pesakit hanya perlu membayar RM1 seperti dikenakan klinik dan hospital kerajaan.

"Cadangannya adalah Kementerian Kesihatan (klinik, hospital kerajaan) merujuk pesakit bukan kecemasan untuk mendapatkan konsultasi di klinik swasta, manakala ubat-ubatan masih lagi dibekalkan oleh klinik atau hospital kerajaan.

"Bayaran konsultasi ditanggung kerajaan. Untuk ubat-ubatan, jika perlu diambil di klinik atau hospital kerajaan, ia akan menyusahkan pesakit yang terpaksa ke sana untuk ambil ubat.

"Jadi, lebih baik baik ambil terus di klinik atau hospital swasta yang memberi rawatan. Sama sahaja kalau ubat berkenaan diambil di klinik atau hospital kerajaan kerana kerajaan tetap perlu tanggung kosnya," katanya kepada BH, semalam.

Beliau memberi contoh, pesakit ke klinik kerajaan kerana demam, kemudian dirujuk ke klinik atau hospital swasta dan tidak akan dikenakan bayaran kerana klinik atau hospital swasta berkenaan akan membuat tuntutan kepada kerajaan.

"Bayaran konsultasi dan ubat akan dituntut oleh klinik atau hospital swasta itu daripada kerajaan. Dengan bayaran itu, ia sedikit sebanyak boleh membantu klinik atau hospital swasta mengekalkan operasi dan mempunyai pendapatan.

"Langkah ini juga secara tidak langsung mengurangkan beban fasiliti kesihatan awam," katanya menambah, caj konsultasi oleh klinik swasta di Malaysia tidak membebankan, iaitu hanya sekitar RM50 bagi seorang pesakit.

Dr Subramaniam berkata, ramai menganggap mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta adalah mahal, sedangkan ia adalah kos sebenar.

"Di klinik kerajaan, pesakit bayar hanya RM1, tetapi kos selebihnya ditanggung kerajaan. Contohnya, jika keseluruhan kos rawatan dan ubat-ubatan RM100, kerajaan tanggung RM99.

"Jika pesakit ini dirujuk ke klinik atau hospital swasta, kosnya sama sahaja dan klinik swasta boleh membuat tuntutan daripada kerajaan melalui cadangan MMA ini," katanya lagi.

Katanya, langkah itu sudah dilaksanakan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Australia dengan semua konsultasi rawatan perubatan di negara terbabit dikendalikan doktor swasta, bukan klinik atau hospital kerajaan.

"Di sana, doktor swasta akan menjalankan pemeriksaan kesihatan, mencadangkan ubat serta memberi nasihat. Bagaimanapun, rakyat mereka dilindungi polisi insurans kebangsaan.

"Di negara kita tiada skim sedemikian walaupun MMA sudah cadangkan dulu. Kerajaan wajar mempertimbangkan skim insurans nasional ini dan semua rakyat perlu menyumbang, sama ada guna caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau lain-lain sumber," katanya.

Beliau berkata, kaedah demikian pernah diamalkan di Malaysia sebelum ini, membabitkan rawatan asas segera seperti pembedahan dan prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

Katanya, MMA sangat berharap cadangan berkenaan dipertimbangkan kerajaan, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, iaitu perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.

Kelmarin, MMA memaklumkan, perkhidmatan kesihatan swasta di negara ini akan mengalami krisis jika tidak dibantu kerajaan kerana COVID-19 menjejaskan pendapatan dan boleh menyebabkan klinik serta hospital swasta menutup operasi.

Dr Subramaniam berkata, sektor kesihatan swasta mengalami kemerosotan pendapatan dengan pengurangan jumlah pesakit ketara sejak Mac lalu.

Antara punca adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan penangguhan pemeriksaan kesihatan, selain pesakit mengelak mengunjungi klinik atau hospital kerana bimbang dijangkiti COVID-19.

Kajian MMA mendapati, klinik dan hospital swasta di seluruh negara mengalami penurunan jumlah pesakit antara 70 hingga 80 peratus sejak tempoh berkenaan.

Cadangan kerjasama beri kesan positif

Syor kerjasama di antara perkhidmatan kesihatan kerajaan dan swasta bukan sahaja boleh memberi kesan positif kepada kedua-dua sektor berkenaan, tetapi akan turut memanfaatkan pesakit.

Bagi Dr Jeffri Teh Faizal yang sudah 13 tahun berkhidmat, syor dikemukakan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) itu mampu mengurangkan masa menunggu pesakit, perkara biasa dilihat di klinik atau hospital kerajaan, khususnya ketika penularan COVID-19.

Selain itu, katanya, pesakit juga akan mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk bertemu doktor berikutan klinik swasta beroperasi melebihi waktu pejabat, malah ada yang dibuka 24 jam.

"Di klinik swasta, pesakit juga mempunyai lebih masa untuk bersama doktor. Jika di klinik kerajaan, seorang doktor perlu bertemu 60 hingga 70 pesakit dalam tempoh empat hingga lima jam kerana ada terlalu ramai pesakit.

"Jika kerjasama seperti disyorkan MMA dilaksanakan, fasiliti awam boleh mengurangkan kesesakan pesakit yang tinggi dan pada masa sama, kepakaran pengamal perubatan am (GP) juga boleh dimanfaatkan secara maksimum pada waktu ini," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau yang berkhidmat di Melaka, menyarankan kerajaan tampil dengan modul tertentu, sama ada mengehadkan kuota bayaran pesakit dalam tempoh bulanan atau GP mendapatkan bekalan ubat daripada kerajaan, sekali gus boleh meminimumkan bayaran perlu ditanggung kerajaan.

Sementara itu, Dr Raja Kohila Sivaganesamoorthy, berkata syor MMA itu jika dilaksanakan, boleh dilihat sebagai kaedah kerajaan membantu semula GP yang selama ini terikat dengan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, khususnya dalam aspek caj konsultasi.

Buat masa ini, katanya, kebanyakan GP atau doktor swasta berdepan waktu sukar untuk meneruskan operasi kerana penurunan pesakit akibat pandemik COVID-19.

"Sudah tiba masanya kerajaan tampil membantu (doktor swasta). Kebanyakan pernah berkhidmat di kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan, jadi tidak timbul isu kualiti rawatan yang diberikan kepada pesakit.

"Jika kita lihat, inisiatif ini banyak dilaksanakan di negara maju dan ia wajar juga dilaksanakan di negara ini. Apatah lagi caj konsultasi doktor swasta di negara kita adalah antara yang terendah, sekali gus membolehkan kerjasama ini dilaksanakan.

"Ini juga cara kerajaan membantu GP sekarang kerana kebanyakan daripada kami berdepan penurunan jumlah pesakit sejak beberapa bulan lalu," katanya menambah, beliau sendiri hanya menerima purata dua hingga tiga pesakit sehari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Private hospital terlampau mahal especially Kpj. Lagi dia tahu ko ada insurance terus proposed suruh buat operation.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:01 PM | Show all posts
Bukan orang ramai tak nak ke klinik swasta tapi sejak covid19 melanda doktor pun macam malas dan takut2 nak check pesakit sebab takut pesakit tu ada covid19.  Mungkin bimbang terjangkit pulak pada doktor klinik kena tutup macam ada beberapa klinik kena sejak kebelakangan ni.  Selain tu klinik pun macam takut2 nak bagi ubat macam ada sop untuk larang mereka bagi ubat seperti biasa tak macam sebelum covid19 dulu.  Hal ni menyebabkan orang pun malas nak datang klinik,  belum lagi caj yang agak mahal walau sekadar klinik biasa.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu penah kena kat col asia. Anak kecik 2 org batuk demam biasa, caj dekat 500++ mentang la masa tu guna ins company. Saje nak caj melampau. Serik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064285 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list