Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3735
View
83
Reply

[Tempatan] Peniaga maut alat pemadam api kenderaan meletup

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-11-2020 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga maut alat pemadam api kenderaan meletup
| | 22 November 2020

image.png
Seorang peniaga warung makanan maut selepas alat pemadam api kenderaan yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup. Foto 123RF

SUNGAI PETANI - Seorang peniaga warung makanan maut selepas alat pemadam api kenderaan yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup dan terkena pada bahagian kaki, paha dan lengan kirinya di Bandar Puteri Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Yusri Omar, 43, sebelum itu dikatakan sedang membaiki radio milik rakannya yang turut berada bersama mangsa.

"Bagi menambah pendapatan sampingan mangsa telah bekerja separuh masa membaiki peralatan elektronik di hadapan rumahnya. Sebelum kejadian berlaku, saksi (rakan mangsa) memberitahu, sedang duduk bersembang di hadapan rumah sambil memerhati mangsa membaiki radio yang dihantar olehnya.

"Saksi juga memberitahu pemadam api tersebut adalah untuk kegunaan di dalam kenderaan tetapi telah dikeluarkan dan berada dalam jarak tiga kaki dari tempat mereka berbual.

"Secara tiba-tiba pemadam api tersebut telah mengeluarkan asap putih menyebabkan mangsa terus mengambil untuk membuangnya tetapi (pemadam api) terus meletup" katanya dalam kenyataan di sini.

Adzli berkata, isteri mangsa yang berada di dalam rumah terus meluru keluar sebaik mendengar letupan itu dan mendapati suaminya terbaring berlumuran darah.

Katanya, isteri mangsa bersama dengan rakannya kemudian telah membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan ketika itu mangsa masih sedarkan diri, namun 20 minit kemudian doktor bertugas memaklumkan mangsa telah meninggal dunia.

Adzli menambah, forensik polis yang menjalankan siasatan awal pada pemadam api berkenaan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan dan siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar esok. - Bernama


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 22-11-2020 11:36 PM | Show all posts
"Secara tiba-tiba pemadam api tersebut telah mengeluarkan asap putih menyebabkan mangsa terus mengambil untuk membuangnya tetapi (pemadam api) terus meletup" katanya dalam kenyataan di sini.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ironinya. Bahan penyelamat jadi punca.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:27 AM | Show all posts
balang expired kut..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:16 AM | Show all posts
pelik juga tekanan rendah pun boleh meletup. Tengok gambar dah macam paip bom pulak.

pemadam_api_1606052625.png
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesan pontongan? Macam mana blh meletop?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 kereta memang suka letak benda alah ni dalam kereta...ada yg letak atas dashboard....risau tengok takut suhu panas meletop depan mata
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemadam api tu saksi punya ke mangsa punya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemadam api I pernah meletop kt bonet belakang.. habis bonet besepah benda putih tu. Ni ada satu lg size besar kt dlm rumah.. takut pulak I meletop.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:48 AM | Show all posts
mawarika replied at 23-11-2020 02:34 AM
Pemadam api I pernah meletop kt bonet belakang.. habis bonet besepah benda putih tu. Ni ada satu lg  ...

kalau camtu, kat mana je yang sepatutnya kita letak?  bawah seat?  jadi risau pulak nak beli n letak dalam kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 23-11-2020 02:48 AM
kalau camtu, kat mana je yang sepatutnya kita letak?  bawah seat?  jadi risau pulak nak beli n let ...

Tak tau la letak mana selamat. Yg meletop tu pun tak sampai setahun I beli.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:16 AM | Show all posts
xjadilah beli benda ni.... takut plak benda ni meletup
klu jumpa kemalangan kereta tebako...panggil je bomba.. xyah nk jd hero
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Adussss bahaya jugak ni..... hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut kalau dah nampak berasap tu jangan dekat bukan dia terbakar pun

Biar pressure dia abis release dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru ingat nak beli....hhmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau benda ni dh expired meletup juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 23-11-2020 01:48 AM
Pemadam api tu saksi punya ke mangsa punya?


Saksi punya kot
Nak baiki radio kete agaknya
Tu keluarkan brg dalam kete
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia beli online dari China ke? Benda nie kena buat service & check kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pon ada dlm rumah pemaju bagi dh expired lama. Kena buang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:18 AM | Show all posts
takutnya.. ade terpikir gak nak beli letak dalam keta.. kena tunggu vendor office ni datang service nak tanya dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list