CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] [ Kluster Teratai ] 28 kilang Top Glove di Klang diarah tutup berperingkat

  [Copy link]
Post time 24-11-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 24-11-2020 04:53 PM
tak...tapi aku pernah kerja part-time warehouse dekat dengan kawasan top glove tu...kenal beberapa ...

Pekerja warga asing kah? Yg i tau malaysian degree holder pon depa treat mcm hamba. Ada cctv smua dlm office / dlm lab. Mmg mcm robot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 09:13 PM | Show all posts
mejaputih replied at 24-11-2020 07:56 PM
Tatau asal dari siapa. Tp dah dari last week kot dh ada kes but kilang beroperasi mcm biasa..majik ...

sepatutnya semua workers kena korentin-yg positif so companay bayar semua.

habislah TOP glove bisnes menjunam sbb orang tak mau beli
tapi dah untung berbillion-
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
top glove ni pasaipa langgar macam2 tapi lepas?sogok duit ke apa? dah kaya sangat kot?
sejak covid 19 menggila lah kerah staff. kerajaan kena cekau banyak2 drp kilang ni once vaksin dah jumpa to cover balik kos bencana covid di selangor. baru padan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-11-2020 06:39 PM
kalu pi kilang ikut SOP, balik dorm tak ikut SOP, mmg la sia2 sisturrrr

nak2 set2 bangla, low l ...

Diorg panjat pagar sbb lapar nk beli makan bukan saja2 nk kuar ...laaaa make sense la
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 24-11-2020 09:08 PM
Pekerja warga asing kah? Yg i tau malaysian degree holder pon depa treat mcm hamba. Ada cctv smua  ...

Semua spot ada cctv..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ak smpai skg x mkn produk made in phillipines ngan made in india. beli aritu, tgk tarikh manufacture time2 covid mencanak. terus berbelah bg nk mkn, sekali company dlm negara sendiri tercanak naik tp sebaik bkn mknn at least boleh cuci2, sanitize dulu glove tu. yg mknn ni  klu masak lama2, virus akn mati kn kn. adoi, kdg2 paranoid jgk ak ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2020 04:09 PM | Show all posts
Selangor cadang PKPD di lokaliti tinggi kes COVID-19

Oleh Norzamira Che Noh - November 25, 2020 @ 3:55pm
bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Selangor bercadang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti yang didapati merekodkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya sudah meneliti beberapa lokaliti yang wajar dilaksanakan PKPD mengikut kluster yang merekodkan kes tinggi.

"Petang ini saya akan mencadangkan (dalam mesyuarat khas) mengenai lokaliti terbabit dan setakat ini ada dua kawasan dikenal pasti untuk dilaksanakan PKPD.

"Kerajaan negeri juga bersedia untuk membiayai sebahagian kos operasi (pelaksanaan PKPD) ini sekiranya ia dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berdasarkan Gender di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Selangor terus merekodkan peningkatan dalam kes COVID-19 apabila merekodkan 1,623 kes jangkitan baharu sekali gus menjadikan kes aktif terkumpul berjumlah 5,016.

Klang mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 4,022 diikuti Hulu Langat (424); Petaling (274); Sepang (131); Kuala Langat (80); Gombak (61); Hulu Selangor (12) dan Kuala Selangor (10).

Secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes kumulatif sebanyak 12,576.

Kerajaan baru-baru ini memutuskan sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan, Top Glove di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.

Amirudin berkata, penutupan kilang Top Glove juga adalah tindakan yang wajar dilakukan kerana kluster berkenaan menyumbang kepada jumlah kes yang tinggi di negeri ini.

Katanya, PKPD adalah proses yang terbaik untuk mengekang secara terus penularan wabak berkenaan bagaimanapun ia perlu dilakukan secara berpilih.

"Sehingga kini, 5,000 daripada kira-kira 13,000 pekerja kilang berkenaan sudah disaring dan apa yang membimbangkan adalah kebanyakan individu disaring didapati positif COVID-19," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara akak positif covid kerja ipoh..

Adakah hari ni kes makin naik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada 25 November 2020, Pejabat Kesihatan Daerah Klang telah mengeluarkan notis penutupan ke atas 7 buah  kilang Top Glove susulan daripada keputusan Sidang Khas MKN pada 23 November 2020 yang telah membuat keputusan supaya 28 buah kilang Top Glove ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan menjalani proses kurantin.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri: Asrama pekerja Top Glove teruk, akan ambil tindakan

Menteri Sumber Manusia M Saravanan menyifatkan keadaan asrama pekerja yang disediakan syarikat sarung tengan Top Glove adalah teruk.

Saravanan berikrar untuk mengambil tindakan tegas dan “semuanya” bakal diselesaikan dalam masa seminggu.

“Saya sudah ke asrama dan keadaan amat teruk. Pegawai saya diarah untuk bertindak secara sepenuhnya (full force) kerana ini perkara besar, (melibatkan) koloni pekerja warga asing yang mudah terjejas.

“Jika kita tidak bertindak, kluster ini mungkin jadi tidak terkawal.

“Jabatan Tenaga Kerja akan memastikan majikan bertanggungjawab atas keadaan tempat tinggal pekerjanya dan tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang,” katanya seperti dipetik The Star.

Portal tersebut melaporkan bahawa Saravanan turut berkongsi beberapa gambar dan video asrama yang nampak sesak dan tidak bersih.

Dia juga ke kediaman pekerja tersebut beberapa hari lalu bersama pihak Jabatan Tenaga Kerja.

Asrama pekerja dan kilang tersebut di Meru, Selangor merupakan punca kluster Teratai yang pada semalam saja mencatatkan 1,511 kes positif.

Setakat ini, terdapat 4,036 kes positif dalam kluster itu.

Terdahulu, Saravanan telah mengunjungi tempat tinggal pekerja Top Glove pada Ogos lalu.

Pada bulan sebelumnya, dia menyatakan ada beberapa kelemahan berhubung tempat tinggal mereka yang boleh ditambah baik.

Ia susulan arahan sekatan import yang dikeluarkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) terhadap Top Glove, antaranya atas asas keadaan tempat tinggal pekerja.

Top Glove kemudian menyatakan komitmen akan menangani perkara itu.

Susulan peningkatan kes positif secara mendadak dalam kluster Teratai, syarikat itu juga bersetuju untuk menutup 16 kilangnya - atas arahan pihak berkuasa - dan membendung wabak tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini katanya kes turun sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 05:12 PM | Show all posts
Seharusnya diarah tutup sebelum keadaan benar2 jadi tak terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 25-11-2020 05:12 PM
Hari ini katanya kes turun sikit.

Alaa frustnya..ingt 4 atau 3 k
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dakwa top glove sbb tak sediakan infrastruktur yg sesuai utk pekerja kilang...asal sumbat ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 25-11-2020 05:01 PM
Menteri: Asrama pekerja Top Glove teruk, akan ambil tindakan

Menteri Sumber Manusia M Saravanan m ...

Hurmm hostel tin sardin laa ni dasar tamak haloba punya majikan.
Emangnya mana2 hostel warga asing mmg padat teruk.
Malah ade yg diberi tempat tinggal serupa mangsa banjir yang menumpang kat balai raya.
Takde bilik duduk ramai2 kat satu ruang terbuka.
Situlah tidur makan bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.077735 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list