CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] [ Kluster Teratai ] 28 kilang Top Glove di Klang diarah tutup berperingkat

  [Copy link]
 Author| Post time 24-11-2020 01:34 PM | Show all posts
COVID-19: Saham Top Glove susut sehingga 7.5 peratus.
November 24, 2020 @ 1:05pm

KUALA LUMPUR: Harga saham Top Glove Corporation Bhd susut sehingga 55 sen atau 7.5 peratus kepada RM6.80 sesaham pada satu jam pertama pasaran dibuka pagi tadi, berikutan isu penularan COVID-19 dalam kalangan pekerjanya.

Bagaimanapun harga saham pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia kembali stabil diniagakan pada RM6.90 sesaham, susut 45 sen atau 6.1 peratus, pada penutup sesi dagangan pagi.


Penganalisis berkata, sentimen negatif pelabur terhadap saham Top Glove adalah berikutan laporan bahawa sebanyak 28 kilangnya di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penutupan secara berperingkat itu akan diselaraskan oleh Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bersama pihak pengurusan Top Glove.

"Setakat hari ini (semalam), pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan 5,794 saringan ke atas pekerja kilang Top Glove dan sebanyak 1,889 kes positif COVID-19 direkodkan.

"Untuk hari ini (semalam) sahaja, sebanyak 1,067 kes positif COVID-19 dicatat dalam kalangan pekerja Top Glove," katanya.

Katanya, penutupan 28 kilang itu bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin.

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai Selasa lalu selepas KKM mengesan 215 kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di kawasan asrama asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 membabitkan 5,700 pekerja yang tinggal di asrama lelaki dan wanita dan 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 01:37 PM | Show all posts
Saham top glove mcm turun sket hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 23-11-2020 06:01 PM
Kes menaik macam ni pun masih nak lanjutkan waktu operasi restoran..
Hmmm

Diorang bising klo x lnjut
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Staff sis ni haa... 3 org dah covit, yg lain kuarantin yg low risk kereja mcm  sis ni ha...   so far x de lagi dah yg dijangkiti, yg penting patuh sop uoll, pakai mask , even bff ke jgn percaya pakai mask ye, sanitize tgn dan jgn bergosip dekat2, gosip jauh2 kat forum cari ja
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:49 PM | Show all posts
chipsmoremore replied at 24-11-2020 01:47 PM
Staff sis ni haa... 3 org dah covit, yg lain kuarantin yg low risk kereja mcm  sis ni ha...   so far ...

iols yang pernah jadi P5 before PKPB selangor punya la stress. apatah la suspected covid19 dan yang terdekat.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 23-11-2020 10:17 PM
selangor ni padat.

selagi kes tak cecah 100k sehari, rakyat sini rilex je.


Apa kaitan mlm jumaat dgn air? Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 23-11-2020 11:52 PM
Abah atau DG x ada ke nk keluar tv at 4pm bgtau keadaan masih terkawal?????

Kan kkm kabo dia dah sedia hadapi gelombang ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:11 PM | Show all posts
syaz_lina replied at 23-11-2020 05:32 PM
Now public mcm tk kisah dah figure covid ni. bersepah makan and shopping berebut2 selamba ja.

Kat Selangor ni PKPB tapi tak macam pkpb pun, ramai2 orang keluar macam tiada apa.. iols pulak yg rengsa tengok
Korang biar betul
Yg dekat ofis kena WFH pun sibuk datang, katanya bosan dok rumah
Then takde roadblock pun
Iols macam em, semak nya lahhhh dok jelah rumah takde keperluan pun datang ofis kalau setakat nak membawang jumpa opismate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 02:13 PM | Show all posts
Iols macam kesian kat KKM, kes makin meningkat.. kementerian pulak kena dengar cakap rakyat, kalau tak rakyat bising.. lepastu bila kes naik kementerian disalahkan sebab tak tegas

Salah siapa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:17 PM | Show all posts
aryyan replied at 24-11-2020 10:19 AM
swabtest workers depa ni by kkm ka company bayaq?

byk cantek smua nk pakai duit gomen.

sebab kena bayar la byk company berkira2 nk buat..even yg byr subsidi tu pun..kena byr half..nk free tu boleh tpi kena booking lab tu yg dtg under socso
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:18 PM | Show all posts
Normabaru replied at 24-11-2020 10:57 AM
Masa tabligh beria letak nama kluster tabligh masjid Petaling
masa topglove beria letak nam ...

kan..masa mula2 kuar kluster ni dia org x ckp kilang mana.. sabar je la .masih main sembunyi2 laie
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:20 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-11-2020 11:49 AM
ada ongkata, kalo epf beli, kita jual.. kalo epf jual, kita beli

mmg 99% berjaya buat hunton ...

bukan gomen abah je..dari dulu lagi...sebab tu la bila mula2 ada kes kt sini senyap ..pelik gak kami awat tak declare je dari top glove..huhu oncedh 200+ tu baru nk up
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:30 PM | Show all posts
shernazz replied at 24-11-2020 07:53 AM
Still tak.boleh lawan megah holdings.
250k pekerja...

hahahhahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:38 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 24-11-2020 02:11 PM
Kat Selangor ni PKPB tapi tak macam pkpb pun, ramai2 orang keluar macam tiada apa.. iols pulak yg  ...

betul kak, pegi balik keja kenderaan atas jalan lagi banyak dari sebelum pkpb
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:46 PM | Show all posts
~boolean replied at 24-11-2020 12:08 PM
kurang2 boleh lah pekerja mereka rehat2 kejap sementara kilang tengah tutup ni..kalau tak dikerah  ...

bekas pekerja TOP GLOVE ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 24-11-2020 12:18 PM
Elokla tutup 2mggu baik local baik foreigner teruk oo kena kerah tenaga ..wlpn ot berbayar tp tak se ...

Sebab tu pekerja-pekerja tu Dengan rela hati menyebarkan virus di kalangan mereka
baru dapat cuti dua minggu free Sehati Sejiwa gamaknya hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 02:50 PM | Show all posts
produk pelindung kini pelingkup...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:55 PM | Show all posts
sapa tau how pekerja TG nie dijangkiti C19?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:19 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 24-11-2020 02:13 PM
Iols macam kesian kat KKM, kes makin meningkat.. kementerian pulak kena dengar cakap rakyat, kalau t ...

Betul kata u..mcm kesian kat KKM and kerajaan abah..bila buat PKP rakyat bising2 ekonomi menjunam tak boleh cari makan..bila tak buat kes covid meningkat ..kerajaan juga disalahkan..tak competent..lemah..bla3..

Pada pandangan akak..keadaan di daerah2 lain di sgor agak terkawal..petaling, sepang dan hulu langat dah byk turun kes..yg buat spoil kwsn klang je especially drpd top glove.. selayaknya daerah klang ni dikenakan PKPD utk mengawal keadaan..

Kerajaan kita boleh contohi singapura dlm mengawal covid 19 di kalangan pekerja kilang dan juga pekerja di tmpt kerja yg sesak dan terkurung..di sana yg sy tahu diwujudkan 2 syif kerja..malam dan siang..supaya tiada kesesakan di tmpt kerja ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:58 PM | Show all posts
chipsmoremore replied at 24-11-2020 01:47 PM
Staff sis ni haa... 3 org dah covit, yg lain kuarantin yg low risk kereja mcm  sis ni ha...   so far ...

mana tu sis... ayoyo 3 orang tu

apa tanda2 depa kena? hangkut cobid dari mana terrr?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.091006 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list