Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1237
View
10
Reply

[Politik] 'Semua tahu nombor WhatsApp saya, tiada yang hubungi' - YDP Dewan Rakyat lahir rasa kecewa! Apa punya Speaker lah... Urusan perbahasan dalam Dewan Rakyat disuruh bincang dengan dia dalam Whatsapp?

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-11-2020 06:34 PM | Show all posts |Read mode
'Semua tahu nombor WhatsApp saya, tiada yang hubungi' - YDP Dewan Rakyat lahir rasa kecewa
Fauzi Suhaimi November 23, 2020 13:18 MYT



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan peraturan perbahasan menteri yang ditetapkan selama 20 minit dan hanya 80 wakil rakyat dibenar berada dalam Dewan Rakyat.

Azhar Azizan berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini.

Hari Ahad pun saya datang ke pejabat dan nombor WhatsApp saya pun semua tahu. Saya sanggup datang malam Ahad untuk mesyuarat tetapi tiada siapa pun yang hubungi saya dalam isu ini.

Tetapi bila masuk jam 11 pagi hari ini, semua bangun dan bangkitkan perkara ini. Kita sudah setuju, namun tiada siapa hubungi saya untuk bangkitkan perkara ini supaya ia boleh dibincangkan sebelum hari ini.

"Hari ini kita sudah rugi 30 minit hanya untuk mempersoalkan keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini, katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Terdahulu, sesi penggulungan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, tertangguh kira-kira 30 minit selepas ahli Parlimen pembangkang mencelah membangkitkan isu berkenaan.

Isu itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) sejurus tamat sesi soal jawab lisan pada jam 11 pagi dan Azhar mengumumkan sesi penggulungan perbahasan akan berlangsung mulai hari ini hingga Khamis.

Azhar memberi ruang setengah jam kepada beberapa ahli Parlimen memberikan pandangan sebelum Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berpendapat Dewan perlu diteruskan mengikut aturan yang dipersetujui.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 23-11-2020 06:40 PM | Show all posts

Shafry Salim Moral of the story, lepas ni jika ada apa2 isu berkaitan parlimen, sila WhatsApp tepi je kat speaker ni... Tak perlu bangkit dlm dewan
Sathyendran Chelliah Is WhatsApp an official communication medium????
Noi Aris Senang x payah adakan sidang dewan..buat group Ahli Parliment aje..speaker jadi admin..lagi senang..rakyat pun senang hati xpayah tengok MP bertekak dalam dewan..
Mohd Saiful Azhar Bagus lagi Dato mohd ariff dari dia ni jadi YDP dewan rakyat..
Irzan Mohd Klu dah tau keputusan sblm mesyuarat buat apa nak dtg bermesyuarat lg derrr..kau faham2 sendiri lah
Muhd Imran Buang masa , Buang duit . Lebih baik RAJA je perintah . One man decision lg senang tepat dan jelas .
Mohd Noor Hal parlimen cakap dalam patlimen la.... nak ajak minum baru sesuai whatsapp
Tun Perak Tun Perak Standard speaker dewan rakyat malaysia...berbeza dgn TS Pandikar Amin mulia
Zulkifli Hamzah Pigidahh..baik tak perlu ade parlimen kalau semua perkara kena wasap je...kayu betul
Gbx Rasanoor text whatsapp tak masuk dlm hansard lah!! itu pun tak paham ke?
Terry Jerry Speaker nie faham tak dewan nie tempat berbahas bukan dewan kuliah???
Mohd Firdaus Ishak Hal kepentingan negara pun nak bincang guna wasap ke? Parah sungguh speaker.
Fadli Zulkifli Buat la grup wassap parlimen
Carol Lee Awat tak boleh sembang dekat parlimen.. Kena sembang dekat WhatsApp. Adakah WhatsApp adalah official apps setaraf dengan government email?


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2020 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Speaker PN...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua whip parti tu amende
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw yg aku paham mcm ni, kan cuma boleh masuk 80org je tp ahli parlimen total 220org. So pembangkang kalau tak puas hati whatsapp la ydp ni pastu set la tarikh lain kalau ada ahli lain yg sesi ni tak dijemput ke, atau nak tukar dgn org lain ke ape ke. Bknnye time mesyuarat baru nak buang masa membangkang

Btw tak serik2 ke dh le ada staf parlimen kene covid dah. Patutnya mati sorg politician ni baru nak stop berpolitik kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 06:30 AM | Show all posts
Umm.in general principle ,  Whatsaap is legally binding and is admissable to be tendered as evidence in courts.

In that sense, should there be an agreement that a formal information that includes whatsaap, dont see a problem of using that to be as a form of medium.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2020 08:32 AM | Show all posts
Speaker nak buat Parlimen macam bilik kuliah sahaja, selebihnya Whatsapp...


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2020 08:37 AM | Show all posts
Persepsi netizen terhadap Speaker...


Ab Rakyat lagi kecewa pengadil dewan berat sebelah
Syaza Muaz Sembang lah speaker
Fadillah Irfan Caterer Aku lagi kecewa tengok muka kau
Amy Zai Mcam mana nak jadi speaker asik kecewa Aja???
Apis Infra Speaker paling terok dlm sejarah Negara...
Ismail Bin Ibrahim Ishonda Speaker terbangang hy ada di malaysia di bawah kerajaan pn pintu blkg
Jekeffi Shamlani Rakyat lagi kecewa lihat sikap speaker sekarang
Ayie Nas Asri Parlimen tempat berbahas, bukan tempat menteri baca teks - Anwar Ibrahim -
Amrahi Buang Speaker yang tidak dihormati kerana proses lantikan nya dipertikaikan.
Tharan Anand Speaker kecewa kerana kena taruk dengan pembangkang
Hassan Mamat Hassan Chempaka speaker tak terasakah bahawa pembangkang rasa kecewa terhadap speaker.


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin segala arahan abahcow padanya melalui wassaps pastinya.....wassap trail

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2020 08:57 AM | Show all posts

KiniTV
1.35M subscribers

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim membantah peraturan tempoh masa ucapan penggulungan menteri yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan menyifatkannya bukan  cara parlimen berfungsi.

Pagi ini, Azizan mengumumkan bahawa setiap menteri mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing.

Beberapa anggota parlimen pembangkang menyahut gesaan Anwar dan mendesak Azizan untuk mempertimbangkan kembali peraturan tersebut termasuk sekatan hanya 80 ahli parlimen dibenarkan terlibat dalam sesi perbahasan.

Azizan mengatakan bahawa beliau sekali lagi akan memanggil pertemuan dengan semua pihak atau ketua parti untuk membincangkan perkara itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapa permintaan ini tidak disampaikan kepadanya sebelum sesi hari ini.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2020 10:35 AM | Show all posts
Apa punya Speaker la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list