Edited by Knowlee at 24-11-2020 10:04 PM
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/11/24/rebah-dan-meninggal-dunia-selepas-hantar-pesakit-kkm-sahkan-pemandu-ambulans-negatif-covid-19
PEMANDU ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif pandemik tersebut. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif. “Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan. “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain, ” menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama pada Selasa. Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu. Tular di media sosial sejak semalam tentang pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0VID-19 ke sebuah hospital di Perak. Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan. Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri. - BERNAMA
|