CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4080|Reply: 61

[Tempatan] Hamzah: Individu terbabit kes abu CHIN PENG TIDAK akan DIDAKWA! Sekian harap mak

[Copy link]
Post time 24-11-2020 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 25-11-2020 01:08 AM

Hamzah: Individu terbabit kes abu Chin Peng tidak akan didakwa
Diterbitkan Hari ini 8:00 pm



Kerajaan memutuskan untuk tidak mendakwa individu berkaitan kes kontroversi kepulangan abu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia yang ditabur ke laut dan gunung di Perak.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata kes itu diklasifikasikan sebagai 'tidak ada tindakan selanjutnya' (NFA) kerana kekurangan keterangan.

"Sehingga kini terdapat sebanyak 11 repot polis dibuat berkaitan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia.

"Pihak polis telah melakukan siasatan di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 4 Jun 2020 dan keputusannya ialah NFA (No Further Action) kerana keterangan/ elemen yang tidak mencukupi," katanya.

Hamzah menjawab soalan lisan MP Baling Abdul Azeez Rahim pada 9 Nov di parlimen yang bertanya mengenai status siasatan kes berkenaan.



"Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkembangan terbaru berkaitan kes ini.

"Kerajaan akan melihat semula kes ini untuk tindakan selanjutnya dan rujuk kembali ke Jabatan Peguam Negara," jelas menteri dalam negeri.

Mendiang bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia di Thailand pada 16 September 2013 dalam usia 89 tahun.

Dia telah memohon supaya mahkamah membenarkan dia pulang tetapi Mahkamah Persekutuan pada 30 April 2009 menolak permintaan itu.

Pada 26 Nov 2019, Malaysiakini melaporkan abu Chin Peng dibawa pulang dari Thailand pada 16 September 2019, enam tahun selepas kematiannya. Abu Chin Peng ditabur di laut berdekatan Lumut dan hutan di banjaran Titiwangsa dua bulan kemudian.

Keesokan hari, polis dilaporkan berkata akan menyiasat bagaimana dan bila abu tersebut dibawa pulang.

Polis telah merakam kenyataan daripada pengadu, seorang editor Malaysiakini, seorang wartawan, orang yang membawa abu berkenaa dan juga individu yang terlibat dalam upacara tersebut di Perak.

Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan kekacauan dan membuat sebarang bentuk provokasi melalui penulisan, ucapan atau penyebaran berita.

Katanya, polis akan menangkap dan mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2020 10:24 PM | Show all posts

Taufik Itulah politicians Melayu sedare. Masa jadi pembangkang, macam singa. Dah jadi kerajaan, jadi kucing lak. Semuanya pengecut. Lps tu slhkan bangsa lain walhal bangsa lain hanya ambik kesempatan dgn politicians melayu yg penakut ni
Iris Wyl Beginilah scenario politik Malaysia sebelum dan selepas jadi kerajaan.
Sebelum, pakar bermain sensitiviti rakyat untuk meraih sokongan.
Selepas, baru sedar apa yang dilakukan sebelum ini sukar membuktikan kebenarannya.
Iskandur Iskandur Tunggu apa lagi padang merbok laaa angkat sepanduk payung ceramah atas lori seround dua... . Ka pakat jadi pekak bisu semua
Temasik Temagi Tanjak mana tanjak.. baju melayu mana baju melayu... Melayu mana melayu... Kominis Naik tocang... DAP gugur kes Abu chin peng... mana pi mana pi mana pi yg bagi interview kat TV3...
Muhammad Noah Oooooo ini la yg duk canang dulu kata senstiviti org melayu la..skrg ni dah naik kerajaan tak kena dakwa pulak yee.. mana skrg pergi geng2 WALAUN Parti sesat yg duk bising dulu tu? Tanye je..
Zul Kifli Wahai pejuang melayu sekalian.
Saya ada jual baju purple utk dipakai dipadang merbok nanti.
Rm355 sehelai.
Sila PM
Azgee Maza Menteri yg takut kehilangan undi ke..kenapa tidak disiasat..aduan polis sdah dibuat..maka fail siasatan boleh disediakn..lagipn..banyak gambar dan photo yg dilihat..jahanam ada menteri begini
Beratus-ratus komentar netizen pelbagai kaum yang kesimpulannya....

Kah... kah... kah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:25 PM | Show all posts
Sebenarnya Abah takut dengan MCA...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Krik krik jelah...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:41 PM | Show all posts

Bukan masalah bagi saya saudara xy_daen kerana tetap ada silent reader yang sebenarnya majoriti membaca thread saya...

Dan mereka ada mesej saya untuk tetap menyediakan thread yang berkualiti seperti ini...

Mereka sebenarnya ingin bersuara dan berkongsi pendapat, tetapi terhalang kerana tingahlaku segelintir the vocal few yang suka membuli dan menyindir mana-mana warga forum yang tidak sealiran dengan mereka...

Follower saya sudah menghampiri 12 pages, dan nama mereka tidak aktif dalam memberi komentar dalam forum ini...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Abu mayat komunis chin peng diseludup masuk masa DAP berkuasa

sekarang ni DAP pun dah bungkus

tinggal sejarah saja

komunis PKM tumbang pada 1989

komunis DAP pula berkubur pada 2020
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm, benda dah dijangka...tp reaksi berbeza sbb pengucap berbeza

Isu Allahyarham Adib, isu Bir di kedai serbaneka, dan terkini isu Abu Chin Peng...

Menyusul, isu Tanah di Raub......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 24-11-2020 10:46 PM
Abu mayat komunis chin peng diseludup masuk masa DAP berkuasa

sekarang ni DAP pun dah bungkus

Tapi agen2 dia dah menyelinap segenap pelusuk jabatan dan agensi.cuma berbaju macam kita,berwajah macam kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 12:05 AM | Show all posts
dizekni replied at 24-11-2020 10:46 PM
Abu mayat komunis chin peng diseludup masuk masa DAP berkuasa

sekarang ni DAP pun dah bungkus

abah sokong chinpeng la plak. penyokong tross takberkutik.



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang ditunggu lagi..gunalah ayat paling power abad ini iaitu- “ini semua salah DAP”..
Sekiannnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi kopipes, ni komen2 forumer dulu dlm pelbagai thread berkaitan abu mayat Chin Peng di CI masa era Pee Esh dulu

....

Rakyat nak kau siasat camne bole terlepas masuk. Siapa dalang. Cari dan bawak ke muka pengadilan

Komunis pengkhianat negara. Dorg xpercayakan tuhan which melanggar rukun negara yang pertama xkira lagi jenayah perang dorg lakukan

Kalau negara lain bole dakwa negara jepun untuk jenayah perang dunia kedua, atok kene nasihatkan negara berkenaan supaya LUPAKAN KISAH LAMA

Bole la stop belajar sejarah dan remove novel bukit kepong dari silibus komsas

Org dulu2 ckp komunis lagi kejam dari jepun
Komunis tangkap dan seksa melayu sbb jepun hunt org cina sahaja sampaikan cina terpaksa bersunat dan mengaku melayu

Org cina non komunis terpaksa bagi anak dan bini dorg kt keluarga melayu bila komunis raid kampung nak carik perempuan cina muda2 untuk jadi pelacur dorg dlm hutan

Once pengkhianat, nak lupakan saja walau dah mati?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kopipes

Bukan citer takut.. Citer penghinaan kepada beribu2 anggota keselamatan sama ada masih hidup, terkorban dan cacat sesama darurat.

Bodoh sangat la sapa yg ingat org2 bising sebab takut kat abu bangsat Chin Peng..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kopipes...

Karang aku meroyan ttg sejarah kata aku rasis.. Si pengkhianat negara chin peng ni tak layak balik negara walaupun hanya abu mayat dia saja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Abu bukan sebarang abu. Kalau ia sekadar abu, kenapa pentingnya dibawa balik ke Malaysia? Campak je kat mana2. It's not about the thing, it's about the identity. Tukar ngan abu rokok pak Abu pun boleh.
Isu kecik pun tak boleh nak handle, apatah lagi isu besar. Ada hati nak cakap banyak. Be quiet and do you work!

-kopipes-
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts

Mana menteri pertahanan? Langsung x komen.  Senyap jer menteri pertahanan langsung x sensitif dgn perasaan tentera kita yg bertahun2 melawan komunis

-kopipes-
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulaa
Siap posing bagai
Tangkap je laa
Sumbat dalam Sosma

-kopipes-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hasil perbuatan tgn2 ghaib di belakangnya

-kopipes-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 08:58 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 25-11-2020 01:00 AM
axl_bach replied at 24-11-2020 05:44 PM
Edisi kopipes, ni komen2 forumer dulu dlm pelbagai thread berkaitan abu mayat Chin Peng di CI masa e ...

Saudara axl_bach, izinkan saya copy and paste thread yang menjadi sumber inspirasi agar warga forum dapat mempelajarinya bagaimana semangat juang keyboard warrior berkokok semasa pemberitaan abu Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia...

Sama-sama kita doakan agar semangat juang mereka ini berterusan di zaman PN ini...

Isu Abu Mayat Chin Peng lagi penting dari membangunkan negara. - Tun
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1182251

"Maruah Perajurit Dan Polis Diperlekeh" Warganet Kecewa Abu Mayat Chin Peng Rupanya Sudah Lama Dibawa Balik
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1182074

Malaysia Baru : Akhirnya Abu Chin Peng pulang ke Malaysia...ditaburkan di Lumut dan Banjaran Titiwangsa
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1181989

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Abu pun ISU semasa ? Bertuah kau Ayam ......
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 09:04 AM | Show all posts
apa nak hairan kan tak ada ambil tindakan.
bersepah pengkhianat negara skrg.
nak mewah nak pangkat jual je kejujuran dgn amanah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.091039 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list