CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4728|Reply: 0

Laptop Untuk Para Pereka Grafik

[Copy link]
Post time 25-11-2020 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Reka Grafik adalah satu kerja yang memerlukan set komputer yang memiliki spesifikasi yang tinggi untuk ‘performance‘ yang lancar.

Kenapa Laptop?
Ada pereka grafik yang tidak selesa dengan laptop dan lebih menyukai desktop untuk melakukan kerja grafik. Ini adalah kerana desktop mempunyai skrin yang lebih besar dan lebar, serta spesifikasi desktop boleh diupgrade lebih tinggi dan ‘powerful‘.
Tetapi, di zaman ‘digital nomad‘ ini, pemilihan laptop menjadi semakin popular kerana mudah untuk bergerak dan buat kerja di mana-mana sahaja. Laptop sekarang sudah semakin tinggi spesifikasinya serta kualiti paparannya.

Kriteria Pemilihan1. Prestasi & Kelajuan
Empat spesifikasi yang berada dalam kategori ini iaitu processor, RAM . graphic card dan storage drive.


  • Processor: memastikan kemampuan komputer untuk membuka beberapa perisian atau aplikasi serentak dengan lancar. Antara pilihan yang terdapat di pasaran Intel Core i5, Intel Core i7, AMD Ryzen dan Intel Xeon.
  • Random Access Memory (RAM): hardware tambahan untuk membantu processor memproses lebih banyak data. Untuk kerja grafik sebaik-baiknya, minima 8GB RAM perlu dipasang.
  • Graphic Card: Kerja grafik memerlukan pemprosesan imej dan grafik jadi dedicated graphic card sangat penting untuk memastikan kelancaran kerja. Antara pilihan yang terdapat di pasaran ialah NVIDIA GeForce dan AMD Radeon.
  • Storage Drive atau Hard Disk: Kebanyakan aplikasi grafik memerlukan drive yang laju untuk menyimpan dan memanggil data serta untuk membuka aplikasi. SSD adalah pilihan terbaik untuk masa kini.

2. Skrin & Paparan
Pemilihan skrin adalah kritikal untuk kerja reka grafik. Paparan yang tinggi definisi (HD, UHD, 4K, Retina) dan ketepatan warna (gamut yang tinggi) harus dipastikan.
Selain itu, saiz skrin untuk laptop juga harus dipertimbangkan. Saiz skrin yang terlalu kecil tidak sesuai untuk kebanyakan aplikasi grafik dan pergerakan semasa membuat kerja menjadi sedikit sukar. Dicadangkan saiz 15 inci adalah paling minima.

3. Keyboard & Touchscreen
Salah satu kriteria yang mungkin ramai terlepas pandang ialah keselesaan keyboard dari segi saiz dan susunan layout keyboard. Lain jenama dan model mempunyai setting yang berbeza-beza.
Touchscreen pula tidak menjadi pilihan yang terlalu penting. Sama ada seseorang itu suka atau tak suka dengan touchscreen, itu pilihan masing-masing.


Klik Penaja Kami



4. Trackpad & Mouse
Jika anda seorang yang tak suka menggunakan mouse, anda harus memilih dengan teliti trackpad yang efisien dengan pelbagai kebolehan ‘gesture’. Contohnya Mac terkenal dengan trackpad yang bagus.
Jika mouse menjadi pilihan, anda harus memilih mouse yang ‘sedap’ digunakan untuk kerja grafik yang banyak menggerakkan mouse dan banyak klik. Pastikan pilihan yang ergonomic supaya pergelangan rasa selesa untuk tempoh kerja yang berpanjangan.

5. Hayat Bateri
Bergantung kepada gaya kerja anda secara ‘digital nomad’, jangka hayat bateri boleh menjadi kriteria pemilihan yang penting juga. Jika, anda suka dan selalu bekerja di tempat awam seperti di kafe atau trend sekarang di co-working space, kecewa juga kalau ketiadaan plug elektrik.
Mac terkenal dengan memiliki bateri yang mampu bertahan dalam tempoh yang lama.
Tetapi, anda harus faham bahawa jika anda sedang melakukan kerja grafik yang agak berat, jangka hayat bateri pasti akan cepat habis. Ini adalah kerana laptop akan bekerja lebih – processor panas, kipas cooler terpaksa sentiasa berpusing, paparan monitor dan proses di graphic card.

Pilihan Laptop 2019
Salah satu mindset semasa hendak ‘memburu’ laptop yang sesuai untuk kerja-kerja berat reka grafik ialah cari laptop for gaming. Terdapat banyak jenama yang mengkhususkan siri model untuk gaming seperti Asus ROG (Republic of Gamers), Acer Predator, HP Omen, MSI, Alienware, dan Razer.
Tetapi, kena ingat bahawa kebanyakan laptop gaming adalah sedikit bulky dan berat serta harganya tidak murah.
Jadi, berikut adalah senarai jenama dan model laptop yang bersesuaian untuk kerja reka grafik (tidak mengikut turutan) :
  • Apple MacBook Pro 15″
  • Microsoft Surface Book 2
  • Acer Predator Triton 700
  • HP Omen 15
  • Lenovo Legion R720
  • Lenovo IdeaPad Y700
  • Asus ROG Zephyrus S (GX531)
  • Dell G3 15
  • Dell XPS 15
  • MSI Leopard

1. Apple MacBook Pro 15″
  • Processor: Intel i7 2.2GHz
  • RAM: 16GB DDR4 (32GB Maks.)
  • Skrin: 15.4″ FHD
  • Disk: 256GB SSD
  • Graphic: Radeon Pro 555X 4GB
  • Berat: 1.83kg
  • Harga: RM10,495.00

2. Microsoft Surface Book 2
  • Processor: Intel i7-8650U
  • RAM: 16GB DDR4 (16GB Maks.)
  • Skrin: 15.6″ FHD
  • Disk: 512GB (Sehingga 1TB SSD)
  • Graphic: NVIDIA® GeForce® GTX1060 6GB
  • Berat: 1.9kg
  • Harga: RM5,799.00

3. Acer Predator Triton 700
  • Processor: Intel i7-7700HQ
  • RAM: 16GB DDR4 (32GB Maks.)
  • Skrin: 15.6″ FHD IPS
  • Disk: 1TB HDD
  • Graphic: NVIDIA® GeForce® GTX1070 6GB
  • Berat: 2.4kg
  • Harga: RM9,499.00

4. HP Omen 15
  • Processor: Intel i7-8750H
  • RAM: 8GB DDR4 (32GB Maks.)
  • Skrin: 15.6″ FHD IPS
  • Disk: 1TB HDD
  • Graphic: NVIDIA® GeForce® GTX1070 Max-Q
  • Berat: 2.2kg
  • Harga: RM4,899.00

5. Lenovo Legion Y740
  • Processor: Intel i7-8750H
  • RAM: 16GB DDR4 (32GB Maks.)
  • Skrin: 15.6″ FHD
  • Disk: 1TB HDD + 512GB SSD
  • Graphic: NVIDIA® GeForce® RTX 2070 Max-Q
  • Berat: 2.2kg
  • Harga: Akan Datang

6. Lenovo IdeaPad 720s
  • Processor: Intel i7-8750H
  • RAM: 16GB DDR4 (16GB Maks.)
  • Skrin: 15.6″ FHD IPS
  • Disk: 1TB HDD + 128GB SSD
  • Graphic: Intel Integrated Graphics
  • Berat: 1.55kg
  • Harga: RM3,465

7. Asus ROG Zephyrus S (GX531)
  • Processor: Intel i7-8750H
  • RAM: 16GB DDR4 (24GB Maks.)
  • Skrin: 15.6″ FHD
  • Disk: 1TB HDD + 512GB SSD
  • Graphic: Nvidia GTX1060 6GB
  • Berat: 2.1kg
  • Harga: RM7,999

8. Dell G3 15
  • Processor: Intel i5-8300H
  • RAM: 8GB DDR4
  • Skrin: 15.6″ FHD
  • Disk: 1TB HDD + 128GB SSD
  • Graphic: Nvidia GTX1050Ti 4GB
  • Berat: 2.53kg
  • Harga: RM4,048.99

9. Dell XPS 15
  • Processor: Intel i7-8750H
  • RAM: Sehingga 16GB DDR4
  • Skrin: 15.6″ FHD
  • Disk: 1TB HDD + 128GB SSD
  • Graphic: Nvidia GTX1050Ti 4GB
  • Berat: 1.80kg
  • Harga: RM6,789

10. MSI Leopard GP63
  • Processor: Intel i7-8750H (9M 2.2Ghz)
  • RAM: 8GB DDR5
  • Skrin: 15.6″ FHD
  • Disk: 1TB HDD + 128GB SSD
  • Graphic: Nvidia GTX1050Ti 4GB
  • Berat: 2.2kg
  • Harga: RM4,699.sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063318 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list